Skip to main content

Rekreasi Malam..

Nampak gaya nya Athirah nimasih lagi dok teringin nak pi main kat taman, abis tu macam mana kan? abah dia kena turn balik lewat minggu ni, mama dia pulak memang dah tak larat nak bawak ketaman, dah lak mama dia tengah dok bayar utang posa dia ,jadi memang tak larat benor nak terkejar-kejar melayan Athirah main nanti, kesian dia.. jadinya malamnya lebih kurang dalam pukul 8.30 malam kami keluar la, pegi bank la, isi minyak keta mama la.. lepas tu kesian gakkat dia tak dapat gi taman , kami singgahlah kat taman ni sat.. bagi tengok air pancut dan lampu-lampu kat situ...
Air pancut di Taman Rekreasi Sg Kechor

Tengok tu betapa leka nya si Athirah ni tengok air pancut

Sukanya dia boleh tengok lampu yang bermacam-macam tu..

Emm dalam 10 - 15 minit singgah kat situ kami balik la, pasai tengok si Athirah tu dah ngantuk... hmmm mesti tak tido petang ni... Athirah biasanya akan tido sekali saja sehari waktu siang dalm pukul 11 - 12 tengahari , tido pon tak lama dalam sejam macam tu kalau kat umah mak pengasuh dia, kalau kat umah ada orang dok tunggu boleh lajak sampai 2 jam, dan kadang kadang sampai 2 kali tido .. sampai kat umah terus masuk buaian kejap je dah tertido.. huh letih benar lah tu.. kalau tak dia boleh pusing satu rumah lagi tu..

Sehari dua ni Athirah buat perangai sikit, tak mau minum susu, kalau tanya dia pasal apa tak mau, dia kata "sakit gigi".. hu huu pandai tul dia menjawab.. dah dua hari tak mau minum susu, mungkin juga jadi ulser kat mulut dia..Tapikan.. makan nasi ke, buah ker, kek ke, air soya kotak tu boleh pulak.. penin lah kami dengan perangai dia.. angah dia kata boleh jadi pasal dia makan durian sampai 4 ulas (entah boleh percaya ke tak pasai tak nampak.. dia makan kat umah pengasuh dia) boleh jadi juga kalau makan sampai 4 ulas, panas oo durian tuh, dah tu pulak kalau kurang di beri kan air memang mudah naik ulser la...

Kemarin (ahad) tu kami pakat pakat pujuk la , kata kat dia sedap la susu la, dah tak sakit la, dah baik la... akhirnya suruh dia suapkan botol susu, tapikan dia kata sakit la, siap nangis lagi.. hmm pastu kami suruh dia tunjuk kat sebalh mana sakit tu.. dia tunjukkan sebelah hujun bibir di sebelah kiri mulut dia tu.. em bila check tengok memang ada macam bekas ulser kat situ... pastu kami pujuk lagi suruh isap botol tu menyenget kat sebleah kana mulut dia tu.. hmm akhirnya dapat juga dia minum susu.. whoo laaa.. kami pakat ramai-ramai (aku ngan kakak aku saja la.. mem gi keja) tepuk tangan, dan dan tu juga dia bangun dan bertepuk sama, mulutnya dok sebut "yee lega dah, baik dah..."... lega lah aku dan mem aku.. kalau tak dok pikir nak kena tukar susu ke apa ke... he heee...

Comments

cikin mohd said…
comel nye athirah...
nk bOrOw ley?
hehehe
bley die maen2 ngn ank buah sy
Neeza Shahril said…
budak kecik kalau tak nak minum susu memang sebab sakit mulut tapi diorang tak reti nak cakap kan.. dia rasa tak selesa.. tapi memang kesian kan.. nasib la dia pandai tunjuk tempat sakit.. kalau tidak, jenuh la tukar susu hehee..
Tirana said…
Comelnya Athirah...Seronok nampak dia jalan2 kat taman tu.. :)
Zul Abdullah said…
cikin
nok borrow?... meh amik la... tapi kang kalau kurus tak tanggung jawab..!! :))

neeza...
tapi walaupun dah minum balik, dah makin kurang dia isap susu.. adakah ini tanda2 nak berenti susu? hmm baru dua tahun lebih..

tirana..
emm memang dia sonok sangat pi taman, tak kiran malam, pagi dan peatng dok sebut taman saja.. bila dah sampai taman memang tak sempat nak berjalan.. lari saja yang dia tau..
Neeza Shahril said…
ramai je budak belum 2 tahun dah berenti susu sebab dia kenyang makan. susu tu sebenarnya tambahan kepada makanan aje.. kalau dia makan banyak, takde susu pun okay rasanya..
Zul Abdullah said…
yer ke neeza...? he hee bertapa cteknya pengalaman kan..? tak pa la nanti tengok macam mana.. tapi sekarang ni memang kurang sangat dia minum susu.. sehari dalam dua tiga kali sahaja, tu pon tak abis botol kecik tu...

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..