Skip to main content

Menjelang Gong Xi Fa Cai..

Hari ni, menjelang raya cina.. aku masihkat tempat keja, orang lain dah dalam mod bercuti akan ngan kekawan aku yang lain masih lagi bertugas, hai ingatkan leh cuti ka, sambung dengan cuti yang sedia ada.. nak jadi 5 hari cuti, panjang dah tu.. tapi akhirnya aku cuti 4 hari, ok lah tu.

Emm yang bestnya mem aku cuti panjang, panjang betul, dari semalam dia dah stat cuti, so tak yah la aku nak berulang alik nak gi amik di. Yang bestnya, dua ari ni aku tak yah makan kat kedai, balik makan kat umah, best ooo.. dah lama aku angankan nak makan macam tu, tapi dah sesama keja, sabo aje lah. Kang buatnya dia tak mau keja, leweh bahu aku...

Hari ni, kak aku balik bercuti bersama dengan anak2 dia sekeluarga, em meriah jadinya nanti, tak ler sunyi sangat kat umah aku tu, kalau tak sunyi beno, terutama kak aku yang sorang tu, bila balik aje anak menakan dia, em makan pon jadi lalu, beselera la... emm kebetulan si az sang penunggu kat joe punya blog tu pun balik kampung jugak, heh jenuh la si RN tu dok menjodohkan kami, mencari suratan atau kebetulan (KRM) .. aper2 pon RN jangan mare tapi teruskan dengan statistik tu yer kang kita bentang tengok, relevan ke tak..? :))

Dan.. tu dia aku merapu lagi, tadi nak kata tak dak idea, tapi dah mula pegang keyboard, dia masuk idea yang bukan-bukan. aku ada setengah jam gi lagi ni, kak aku pon rasanya dah sampai kat Gurun.. kang sampai lah tu, dengan depa kata masa tepon tadi, jemm tak sangga kot highway.. anyway semoga depa selamat sampai umah no..

Dan kepada kekawam sumer yang mengenali aku, secara sengaja@ tak sengaja, rela @tak rela... & so on , aku nak mengucapkan selamat bercuti, selamat berjalan, selamat di perjalanan walau kemana pon destinasi kalian, selamat bergembira dan bersuka, moga jangan menjadi tragedi.. dan selamat sumer.. ni aku nak roger n out until next entry.

wasalam
kuala perlis..
ps.. sori la entry kali tunggang terbalik... aku ngantuk tahap cipan tua la, tersengguk2 masa dok menaip tadi.
----------------------------------------------

menjelang gong xi edisi awal pagi..

.. huh benar sungguh tanggapan aku, balik ajer anak menakan aku ni, jadi meriah ngan tiba-tiba umah ni, dengar suara tangisan, ketawa dan keletah mereka memang hilang sunyi, sungguh terhibur rasanya, mem aku pon aku tengok suka-suka aje dok melayan anak menakan, siap leh tolong potong kuku, suap nasi kat bebudak tu, happy je aku tengok...

Emm esok aku ada program nak pi penang sat, mem aku ni tengah mengidam nak makan sotong kangkung, isk kalu si RN ni balik penang leh juga ajak dia tunjuk kat mana stall sotong kangkung yang tersedap di penang nih, oh ya mak dn pak mentua aku pon nak ikut sama, lega aku, aku pon bukan tau sangat jalan kat area penang ni, kalau pak mentua aku ada leh dia aje tunjukkan jalan, senang, kalau nak senang lagi, dia yang drive.. lagi la lega aku, yelah bukan sesapa yang dia nak tolong, menantu dia gak kan? , bukan sapa nak senang anak depa gak kan..
em ok la, aku nak tido dah la, ngantuk pulak dah ni..

batu 5, 2.00pagi,
gong xi fa cai...

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..