Skip to main content

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun baru.. kepada semua, keluarga aku, kawan-kawan aku, kenalan, maupun peminat aku (yarghhh!! pasan nyer!).. di tahun baru ni, aku harap kita sumer akan lebih maju ke hadapan.. lebih berwawasan dan juga lebih murah rezeki.. tapi ada satu maju ni aku tak nak, tapi dia mai juga.. isk perut aku ni la, mencanak-canak je naik.. heh pasal yer? mungkin umur dah bertambah kot, mungkin pasal kurang workout kot, emm yer lah aku kena figure out macam mana nak buat nanti..

Tahun baru yang ni, sebenarnya dalam tahun baru ni, banyak perkara yang akan terjadi pada aku, yang terhebat aku rasa buat masa ni, InsyaAllah kalau diizinkanNya.. dan aku menanti dengan penuh harapan dan debaran, akhirnya aku akan bertukar status lagi.. ya aku akan bertukar status menjadi sorang ayah.. (emm atau abah, bapak, daddy.. err apa lagi yer..?).. aku amat-amat bersyukur atas limpah kurniaNya ini, hidup aku yang terasa sedikit malap dulu.. kini aku harap akan kembali bersinar..

Selain dari itu, sempena tahun ni juga aku berubah tempat bertugas lagi, emm walaupun mengikut kata orang atas (pejabat la..), mungkin aku di tukarkan sementara,tapi aku rasakan mungkin dah tiba aku menetap pada suatu tempat, senang aku nak set sesuatu perkara yang boleh aku laku kan.

Well.. bila sebut tahun baru mesti perkara ni tidak terlepas dari disebut, AZAM TAHUN BARU!.. heh aku pon mau tak mau kena sebut juga la.. kan aku kena berubah, dah nak jadi pak budak.. takkan nak dok macam tu juga kan. Jadi azam tahun baru aku tahun ni aku tak mau banyak la.. jadi yang lebih realistik la.. antaranya, tentu lah mau jadi sorang suami dan ayah yang terbaik kepada kepada isteri dan anak ku nanti, lainnya seperti aku kata awal tadi, aku nak cuba buat sedikit workout la, dah melampau sangat perut aku ni, kalau boleh tak nak bagi dia subur sangat.. kenak cuba la, kang aku jugak tak sihat. Selain dari tu.. kalau berkemampuan aku akan cuba nak upgrade kehidupan lagi, yer lah sampai bila nak dok kat takuk ni je kan..? Aku tak kata nak mengejar kemewahan, tapi kurang-kurangnya lebih baik dari keadaan sekarang, bukan aku terlalu susah, maupun nak jadi sorang yang materialistik, tapi aku kenak terima hakikat bahawa tahun ni keluarga aku makin bertambah, makin banyak tanggungjawab nak menyara anak dan mem aku.. so munasabah aku kena upgrade kan? soalnya macam mana?.. uhh..soklan cepumas...

...nih sambung dari entry yang lepas ni

Itu lah orang-orang tua pernah berkata, langit tak selalu cerah, kadang kadang mendung akan berarak jua, sinar hidup yang aku sangka akan terang berpanjangan rupanya akhirnya malap jua... pada 26.5.05 ibu ku yang tersayang kembali menghadap ilahi, pemergian yang amat mengejutkan dan secara tiba-tiba itu amat menyayat hati kami semua.. bukan sahaja kami sekeluarga malah kawan-kawan dan juga anak-anak muridnya. Ibu ku meninggal disebeabkan serangan jantung secara tiba-tiba. Paginya sebaik sampai ke rumah selepas menghantar kakak aku ketempat keja macam biasa, aku di beritahu yang ibu ku penat (lelah), sepengetahuanku ibuku tak pernah menghidap asthma.. ini yang menyebabkan aku tak sedap hati dan membuat keputusan nak terus menghantar ke hospital. Dalam masa dia dan isteriku berpakaian tu, sempat juga telefon jiran yang berhampiran memberitahu keadaan mak aku tu, so masa nak keluar ke hospital tu, dah ada dua tiga orang jiran yang datang menjenguk, so lepas tu terus aku drive ke hospital. Aku sampai kat hospital dalam kol lapan, terus ke bahagian emergency hospital Tengku Fauziah, Kangar. Selepas setengah jam kat situ, di dipindah ke wad CCU untuk rawatan lanjut. Dalam kol 11.30 kakak ku pon dah sampai dari tempat kerja. Kami kemudian di panggil doktor dan menerangkan bahawa mak ku di serang penyakit jantung dan keadaan dia agak akut, doktor tu cakap dengan keadaan mak ku yang dah berusia 70 tahun dia akan cuba sedaya upaya nak menyelamat nyawa mak ku.

Dalam pukul 1.00 keadaan mak ku dah stabil, dah boleh bercakap walau agak penat lagi, topeng oksigen pon masih dipasang dan banyak lagi wayar-wayar yang dipasang di tangan, jari dan badan ibuku. Tapi masih boleh bercakap lagi. Habis masa melawat, ada dua tiga orang sedara dan adik beradik datang nak berziarah, tapi tak leh masuk, jadi bertanya khabar kat luar CCU aje la. Menjelang masa melawat petangnya dalam kol 4.30petang dah makin ramai yang datang nak melawat, ye lah memang mengejutkan sumer orang, pasal selama ni mak aku tak penah masuk wad pon, jadi bergilir-gilir kami masuk melawat mak, hanya 2 orang sekali masuk je, keadaan mak baik masa tu, topeng oksigen dah digantikkan dengan tiub sahaja, malahan tak membimbangkan kami pon, dan mak sendiri sentiasa cuba tak nak bagi kami bimbang, sentiasa senyum, malahan masih boleh bercakap dengan baik, "tak de apa-apa la, cuma penat sikit aje, esok baik la", itu la ungkapan mak yang sering meniti di bibirnya pasa masa tu, abis tu memang kami tak de nak bimbang apa-apa, sampai la petang abis masa melawat pon aku masih ada kat CCU, keadaan memang seolah nak bagi peluang pada aku untuk bersama mak sepuasnya, aku sempat bersembang, tanya keadaan dia dah tu di suruh aku urut belakang dia, sumer aku buat, cuma satu je tak sempat, nak bagi mak makan nasi, dia ada minta tapi masa nak gi amik dah tak leh masuk dah, masa aku nak keluar aku pandang mak pastu terus aku keluar, masa nak tolak pintu tu aku terperasan mak angkat kepala dan memerhatiku keluar, sememangnya aku tak duga, sangat-sangat tak duga yang bertembung pandangan buat kali yang terakhir...

Dalam pukul 11.30 malam kakak ku dari Shah Alam sampai anak beranak, tak ada apa yang nak boleh di lakukan, kakak aku nak masuk melawat pon tak boleh, ye lah dah lewat malam, kebetulan orang ramai lak, jadi nu tak bagi masuk nurse-nurse kat situ tak bagi masuk la. Jadi kakak aku dok kat luar aje la, sampai kol 12.30 ker kol 1 macam tu kami suruh kakak aku tu balik umah la, kesian lak kat bebudak tu nak tido, nak tunggu pon buat ape kan? Semalaman aku, mem aku, kakak aku dan abang aku, berjaga menanti di luar bilik CCU tu, selain kami ada juga dua tiga keluarga lagi yang menanti ahli keluarga mereka. Dengan cuaca yang sejuk, tidur beralaskan tikar plastik, dengan nyamuknya, lampu yang tak di padam maka sememangnya aku tak dapat nak tido, selain dari tu sebab utama sebenarnya aku takut, aku taku kalau pintu bilik CCU di buka dan memanggil salah dari kami dan mengkhabarkan berita buruk, malahan dalam pejam mata aku seolah terdengar bunyi pintu di buka.. adus seksanya aku rasa masa tu.. tapi entah bila masa aku terlelap juga.......

Ada lebih kurang sejam lebih kot aku tertido, dah masuk waktu subuh dah, lepas kakak aku pergi sembahyang, aku ngan mem aku lak amik giliran, lepas sembahang subuh dan berdoa agar kesihatan mak agar pulih macam sedia kala, aku dan mem aku keluar dari kawasan hospital kejap, nak cari nasik lemak buat sarapan, ketika aku patah balik ke wad CCU tu aku tengok kakak dan abang aku dok melilau cari kami, bila kami sampai je kakak aku bagi tau yang sakit mak kembali dan bertambah teruk! Aku segera masuk ke wad CCU, yang memang dah dibuka untuk kami sebagai waris emak masuk, dan aku dapati keadaan mak dah nazak, apa lah aku yang kerdil ni leh buat, sedangkan doktor yang bertauliah pon dah tak boleh berbuat apa-apa, aku hanya dapat berbisik pada mak agar mak mengucap dan sentiasa ingat pada Allah. Akhirnya, apa yang aku takuti, apa yang aku tak nak berlaku, akhirnya berlaku juga, mak aku di jemput ilahi dalam pukul 7.30pagi, hari Khamis.Ibuku selamat di kebumikan pada jam 3.00petang.. lepas tu suasana kat umah aku dah tak sama seperti biasa...

.. akhirnya aku dapat habiskan entry yang paling susah dan paling lama aku amik masa nak siapkan, tapi ada lagi la, nanti aku sambung lagi.....!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....