Skip to main content

Fantasi Aku : ide memblog


Tadi, aku ada bagitau yang aku suka citer Doogie Howser MD lakonan Neil Patrick Harris, korang tau pasal apa? Heh dari sini la aku dapat first idea apa itu blog atau pada masa tu tahun 1988 rasanya dikenali sebagai life journal, yer la masa tu at the end of siri tu dia akan mengabadikan peristiwa yang terjadi pada hari tu dalam life journal of doogie howser md.. waaa aku dah teringin sangat nak buat macam tu, tapi aku mana lah tau, tak kenal mengenal dengan software2 macam tu, komputer pon baru lagi aku kenal.. rasa nya baru 3 tahun aku kenal komputer, mana ada lagi internet, micrsoft pon tak kenal lagi, yang aku tau, printshop, wordstar dan program basic.. itu jer, emm masa tu aku dah tingkatan 4, awalnya cikgu tak nak kasi aku masuk kelab komputer tu, pasal aku failed math.. tapi aku tebalkan muka aku, aku simpan malu aku, aku gi jumpa cikgu tu, Er Cikgu Abdul Razak Halim, sekarang dia kat Jabatan Pendidikan Perlis dah.. aku sanggup merayu nak masuk kelab komputer tu.

Emm masa tu kebanyakan kawan-kawan aku tak kenal pon ngan komputer, diorang tak der idea langsung, apa le manatang nyer komputer tu, korang tau sapa yang ngajar aku dan bagi first idea pada aku pasal komputer ni, hee.. hee ini sumer aku tengok kat tv, citer yang best dan memang menarik perhatian aku ialah.. The Six Million Dollar Man, Combat, Space 1999, Buck Rogers and The 21st Century dan macam-macam cite sains fiksyen.. wahh aku dah siap leh angan2 nak guna komputer masa tu, rasa nya citer tu dalam tahun 1979. Space 1999 ni tahun 1979..

Ni aku sambung sikit.. sememangnya aku suka part nih, mejadi nostalgia kepada ku sekeluarga
malahan lapisan masyarakat pada masa tu, bukannya apa sangat tapi memikirkan pada waktu tu, kampung kami masih belum ada bekalan elektrik, masih jauh dari pembangunan. Tapi keluarga pak menakan aku ni, punya la kreatif, dia amik kepala kobota (pembajak kecil.. dan masih di pakai sampai sekarang, pasal harga dia lebih murah dan ringan, jadi bendang tak dalam..) pada mas tu di jadikan sebagai generator, jadi malamnya tak la dia sekeluarga bergelap, pastu di belinya tv, hah gah la sekampung jawabnya,.. malam2 dalam kol lapan datang la orang
kampung nak tgk tv, yang dekat dan jauh datang la berpuak2, semata2 nak tgk tv, masa tu
time filem melayu jer ramai la yang datang, selain tu kalau filem hindustan, Tilawah
alQuran, wrestling memang menjadi pujaan ramai.

Kami sekeluarga pon tak lepas peluang la, sanggup bejalan dalam sekilo setengah kilometer,
semata mata nak tengok tv... dah tu malam-malam lak, kalau kena musim macam ni fuhh sonok oo sejuk dengan angin timur, dan bulan pon terang benderang.

Comments

Anonymous said…
kami pun mina cerita tu.cute sungguh dr tu.

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..