Skip to main content

Hari pertama keja di tempat baru

Hari ni ada lah hari pertama aku keja kat tempat baru, perpustakaan cawangan Kuala Perlis, em macam biasa bila buka aje tempat baru, makin banyak la keja kena buat, macam-macam perkara kena buat balik, malahan barang kerperluan asas pun belum cukup, abaldi, sejadah, bakul sampah penyapu sumer nya belum lengkap lagi, kalau nak komputer tu jauh lagi la, so buat masa ni aku cuma berinternet di rumah aje la, anyway ok lah pasal kedatangan pengguna boleh dikatakan menggalakkan juga, ada la dalam 50 orang, 25 orng kanak-kanak, 19 belia dan 9 dewasa. Untu sebuah perpustakaan di luar kawasan tumpuan, aku rasa quite ok la,, emm mungkin pasal ari ni lum sekolah lagi, ramai jugak pengguna, seawal pagi ( ikut waktu perkhidmatan la, dah ada 3, 4 bebudak.., hah kiranya ada potensi la tu.

Tak banyak entry aku leh masukkan pasal masa terhad. So sabo je lah tak dapat aku nak masuk entry yang panjang2 kelu aku di buatnya.

Comments

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Salam Ramadhan

Cuti...