Sangkelu Another day's off

Sunday, January 15, 2006

Sangkelu Another day's off


Sesungguhnya.. banyak yang aku nak katakan.. banyak yang aku nak masukkan dalam ni, tapi entah kenapa aku mengalami syndrome idea yang amat kekeringan, mungkin juga sekering cuaca di perlis sekarang ni, amat kering .. semenjak dari lepas dari banjir ari tu , ujan dah mula mengurang dan kini dah muka kering kontang, kalau air kat dalam parit kat depan umah aku melimpah ruah ari tu, kini dah mula mengering, kat sawah-sawah tanah dah mula merekah sana sini, walaupon padi masih belum di tuai. Tapi best nya musim ni, angin nya tetap sempoi, sepoi-sepoi bahasa kadang kala menjadi kuat, seindah seperti di gambarkan pujangga.. itu penangan winter wind di perlis. Mungkin disebabkan banjir tahun ni, maka takde la pesta mengemping kot tahun ni..

Hari ni cuti minggu, takde banyak keja sangat aku nak buat, cuma kalau leh aku nak basuh keta, nak siram pokok, nak gi makan kenduri, emm korang tau kenduri ape.. hah korang kenalkan Jamsari Sapiean yang jadi keeper Selangor tu, kan dia baru dapat anak sulong,, emm baby girl gitu, emm err lupa lak,keluarga sebelah mertua dia ni dok kat kampung di belakang umah aku, dan ada juga bau2 bacang masak dengan keluarga aku dan juga keluarga mem aku (.. kecik gak dunia ni kan?) jadi tau juga citer sikit2.. so mungkin dia nak buat kenduri aqiqah kat sebelah sini lak kot, isk baik jugak Jamsari ni ye.. tapikan malam tadi dia kendurikan gol lak kat Perlis, kan? Tapikan aku tak dapat nak pegi pon kenduri tu, mem aku tak sihat la pulak.. yer lah ape nak buatkan?

then petangnya, emm dah ok la pulak mem aku ni, so kita bawak la mak mentua aku tu pi buat spek mata, mata dah tak berapa clear nak pi ngaji kot..(heh.. baik juga menantu dia ni.. no.. ) Dah abis buat spek mata kami pi Beseri lak, mak mentua aku ni nak gi tengok cucu dia anak kak ipar aku).. emm perut dia membengkak, ntah apa kena, asyik kentut dan sendawa je, kata kak ipar aku da pi x ray kat KMC.. aku tgk kat xray tu mmeg nampak la bengkak dia tu (isk.. macam la aku tau tengok.. emm teringat lak citer Doggie Howser MD suatu masa dulu, minat betul aku citer tu, sekarang dah tak der, jadi kau tgk House-Astro 17 - cite lebih kurang macam tu gak), ikut kata kak ipar aku tu, mungkin jadi masa kecik, tapi tak leh kesan, dah besar baru nampak, doktor dah bagi ubat makan, lebih habiskan ubat tu kalau tak ok jugak kena operate.. isk nak operate buat aper ye, emm aku kena balajar lagi la dengan Doktor House tu...

Dalam pukul 7.30 malam kami bertolak dari Beseri dan singgah kat masjid Putra untuk semayang Maghrib, Aku suka sangat masjid ni, ada ciri-ciri rumah melayu lama.. ( emm isk kalau la aku bawak mak aku sendiri lagi best.. tapi nak buat macam mana, dah tak de jodoh mak aku dengan masjid tu, walaupon dia teringin nak pi dulu..). Dalam kol 8 malam lebih kami sampai la kat Sg Padang, emm pas hantar mak aku, amik ikan haruan kering sikit..(emm abik betol mak mentua aku ni).. kami balik la.. perut dah lapo la you..

0 comments :

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...