Skip to main content

Nira Nipah.. aduh sedap nya...

Mari tuan-tuan, mari puan-puan, adik kakak dan abang-abang, mari kita minum air asli pengubat dahaga tekat juga meredakan kerensaan perut, ayuhsemua mari kita minum nira nipahyangsegar lagi asli. HU huu.. apa kena dengan aku hari ni, baru ku hirup secawan nira nipa, dah meroyan , melalak bercerita keseluruh alam, bertap sedapnya, manisnya, sejuk dan segarnya air nira nipah ni... sekali kena memang nak lagi... war-warkan musim nira dah kembali..
Okeh mari kita tengok kegunaan nipah ni..
Cuba pakat-pakat tengok.. yang mula-mula tu memang dah buah nipah... sedap juga buah nipah ni.. tetapi nak menghasilkan nira.. buah nipah ni kena buang la.. pasal nira akan keluar dari batang tandan nipah ni.. lepas tu batang dia akan di sadap, baru keluar nira.. lepas tu akan di tahan (takung) dengan menggunakan tukei.. ok dulu tukei ni di buat dengan menggunakan buluh, buluh yang sesuai ialah buluh minyak yang biasa di dapati di kampung-kampung la.. tapi sekarang ni dah moden dah ada yang menggunakan botol-botol plastik minuman dan juga ada yang terus menggunakan plastik minuman tu. Untuk makluman juga kalau pakai tukei buluh tu, dia kena diasap selalu dengan di bakar dengan daun lalang untuk mengelakkan dari tukei tu berbau masam, tapi nanti tukei tu akan berbau asap daun lalang la.. mungkin pasal tu ramai yang tak suka bau asap ni... bagi aku, aku suka sangat bau asap nih, nostalgia betui... yang menggunakan plastik ni dah boleh siap di jual ... satu plastik ni rasanya dalam RM 4.00 kot.. atau sekarang dah naik harga..
Selain dari di buat nira, pucuk daun nipah juga di gunakan sebagai rokok, lebih dikenali rokok daun nipah, dimana tembakau yang di mampatkan di gunakan sebagai 'candu'nya.. biasanya pucuk yang baru 'sua' di tebang, kemudian akan dikatan-katankan untuk di amik pucuknya.. kemudian akan buku untuk di ambik bahagian dalamnya.. lidinya akan dia buang, selepas dah buang kemudiannya di jemur sehingga kering.. lepas tu baru di potong mengikut size nya.. kemudian baru di pasarkan.. hmm sekarang ni permintaan rokok daun memang dah popular, pasal dia murah... tapi kalau tak tau nak membalutnya susah la...
Satu lagi kegunaan nipah ialah daunnya, daun nipah ni boleh di buat atap, dulu-dulu sebelum ada atau zink, atap asbestos dan genting, daun nipah dan bertam adalah keperluan untuk di buat atap.. sekarang ni pon pasaran ataup daun nipah ni masih menggalakan, kebanyakkan di gunakan untuk binaan hiasan lanskap, pondok-pondok di taman.
Last sekali, ni buah nipah... sedap juga di makan.. kalau dulu, hilang nya aku dari umah, tak balik makan nasi, tak pi main di masjid ka, lepas ngaji Al Quran lepas tu parang ilang ka, hmm mesti dok makan benda ni, sodap ooo..

Comments

Wanpetunjuk said…
Salam...sy tak pernah minum air Nira...sedap ke?...Tapi stiap kali balik Teganu...ayah ngn abg mesti pesan kat mak sedara...hehehe...

oh...i link ur SiKelu in my Chronicle
Neeza Shahril said…
percaya tak, neeza pernah hisap rokok daun nipah ni masa kecik2 dulu sebab arwah nenek selalu hisap rokok tu hehehee... tapi tak letak tembakau la.. daun tu aje..

air nira tu neeza tak suka sangat sebab entahlah.. memang kurang suka.. tapi buah nipah tu macam sedap aje..

oh ya.. lagi 1, kecik2 dulu arwah nenek selalu buat atap guna daun nipah tu dan neeza selalu tengok.. best la rumah atap nipah.. sekarang ni ada lagi ke?
Zul Abdullah said…
Wan, Neeza...
Air Nira tu mmg sedap, dulu kalau minum memang buang air kecil cukup lawas, arwah mak kata bagi peut masam.. juga sesuai untuk orang kencing manis... walaupun nira ni manis.. dulu tok nyang Athirah memang do wat ...

Neeza..
Atap nipah tu masih lagi digunakan... tapi bukan untuk bumbung rumah dah la, lebih pada pondok-pondok kecil di halaman rumah sebagai hiasa, dangau kat bendang juga untuk kandang-kandang lembu , kobou dan kambing..

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Majlis Pelancaran Karnival Membaca!

Medical Leave / On Leave