Hari ni, aku pergi makan kenduri kesyukuran di rumah tok menakan (saudara) sebelah mem aku nih, pasal dia dapat pi buat umrah .. sebenanya tak dak apa sangat pon, biasa-biasa sahaja. Sampai sana dah orang mula makan dah, jadi aku pon tumpang sekaki lah, makan sekali, bukan ada apa sangat, ada kerabu buah mempelam, ada kari ikan, ada ikan temenung goreng, ada juga acar limau... hmm ok saja bagi aku, sambar jer lah.. lepas makan nasi depa bawa keluar bubur Asyura pulak, hmm layan sajala makan free kan?
Dalam masa makan ni keluar la macam-macam cerita, cerita pasal kereta masuk parit la, kisah van berlanggar la, kisah ribut malam semalam la, kisah dapat pingat emas dapat sejuta la, hm aku layan dengar sambil menyampuk sesekali saj ala, kang orang kata aku sombong lak kan. dah la aku pi makan kenduri masuk kampung pakai baju batik lak kan, ada unsur-unsur YB nih.. he hee depa ada gaya-gaya nak sembang politik la.. hmm depa ni antara orang kuat parti bulan, jadi aku selamber saja la.. nak sembang ok.. tak sembang pon ok.. boleh sampuk aku sampuk, tak boleh sampuk aku dengar dan angguk saja la...
Dah dekat pukul satu tengah hari kami pon bertolak balik, sampai kat simpang Kg Sungai Padang - Jalan Kangar Alor Setar tu.. tengok-tengok dah tergolek dah.. gamaknya yang ni lah depa dok cerita tadi. Tengok kiri kanan pak polisi masih ada, pemberita dan jurugambar TV3 dok ada lagi, jadi sempat juga la aku snap gambar ni dari dalam kereta, sebelum teruskan perjalan ke tempat keja.
Kepada sesiapa yang suka lalu jalan-jalan kampung di berhati-hati dan jangan la laju-laju, banyak halangan dia, terutamanya kalau ada simpang, walaupun sunyi sepi dan memang jalan kita tapi tengok-tengok sama.. selalu sangat dah yang terjadi eksiden kat kawasan-kawasan macam ni..

Comments
eh.. teruk gak accident tu ya.. terbalik cam tu sekali.. apa jadi kat orang tu?