Skip to main content

Hujan Seminggu


Seminggu nih, hujan lebat sungguh, kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang waktu tengahari, kadang-kadang waktu malam, mlahan kadang-kadang waktu subuh juga... bagi berumah batu kata orang mungkin tak terasa, deruan hujan menimpa genting hanya bagai alunan lagu ni cuping telinga, bagi rumah beratap zink pula, tentu boleh mengejutkan mimpi di tengah malam, lebih menyeksakan kena pula bergegas bangun menadah kan timba, baldi ,besen dan seumpama jika ada zink yang bocor, ini nostalgia lama rasanya terutamanya, terutamanya bagi rumah-rumah kampung di zaman 60an hingga pertengahan 80an.. lepas itu banyak berganti dengan atap asbestos atau yang lebih mampu menggunakan atap genting.
Sesungguhnya memang tidak dapat di nafikan bahawa hujan itu pembawa rahmat, bagi petani, pesawah dan peladang malah penternak juga ai menjadi keperluan untuk semua. Tapi manusia ni tak dapat lai dari mengeluh, sana dan sini dah menjadi lumrah. Kalau hujan pagi, bagi yang kurang berkemampuan, menghantar anak dengan menaiki basikal, motosikal bahkan menaiki bas juga merupakan satu kesusahan, alu mengeluh 'isk hujan la pulak...', bagi berkereta isk ' kereta baru saja basuh.. isk hujan la pulak..'.. namun kalau lama hujan tak turun, mengeluh lah juga' lamanya hujan tak turun, panas la, bila nak hujan ni..?'.. macam-macam hal la..

Sekarang ni hujan, ada dah ber'trend' la pulak, ialah hujan sekarang ni jaang sangat menyeluruh, kalau kat tempat aku ni lah, kadang hujan punya la lebat sebelah Selatan bila pi sebelah Timur.. kering kontang saja... tak ke satu trend.. tapi bagi aku benda ni kecik saja.. di mana Allah nak jatuhkan rezeki, rahmah dan kurnia dia.. di situ lah... tiada ada sapa-sapa yang dapat membantah dan mempertikainya..

Berbalik kisah hujan seminggu ni, bukan lah bermakna hujan tak berhenti-henti selama seminggu ni, tapi tiap-tiap hari hujan, selalu aku terdengar orang berkata yang orang-orang tua pernah berkata kalau hujan turun pada malam jumaat, maka hujan itu akan berlanjutan sampai malam jumaat yang akan datang, mungkin betul pemerhatian orang dulu-dulu, pasal begini lah yang terjadi seminggu nih.. hujan tiap-tiap hari kalau tak pagi, tengahai, tak pon petang, malam , atau subuh hari..

Bagi aku sendiri , kehadiran hujan melegakan.. kalau tak hari-hari mem aku dok berangan nak pasang aircon kat umah, memang dia panas sokmo di umah nih.. mungkin pembawaan anak kot! Bila dah hujan macam ni.. dah tak sebut sangat dah... kadang-kadang tu sejuk lah pulak kata dia, emm memamng la, ari tu musim petukaan musim, awannya tebal, api tak berhujan.. sekaang ni kejap je naik kelam gelemat kalau hujan nak turun..

rahmat juga tu....

tapi di sebalik tu kadang-kadang jadi pulak macam ni...

Lapan Kereta Guru Rosak Dihempap Bumbung Sekolah

KANGAR, 13 Jun (Bernama) -- Lapan buah kereta milik guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis rosak teruk akibat dihempap bumbung sekolah itu dalam kejadian puting beliung pagi ini.

Kejadian berlaku pada jam 9.15 ketika pelajar-pelajar sedang menjalani sesi pembelajaran di kelas masing-masing.

Seorang saksi Basah Kidam, 48, pencuci di sekolah itu berkata, 'Angin kuat sangat dan saya arahkan pelajar supaya masuk dalam kelas, dalam masa sekelip mata semua bumbung jatuh timpa kereta kat bawah ni," katanya.
selanjutnya.... -BERNAMA-





Posted by Picasa

Comments

Neeza Shahril said…
bila baby baru nak keluar tu?
memang le kalau pregnant, badan selalu panas.. maklumlah ada orang duduk dalam orang kan.. hehehh
Zul Abdullah said…
Heh heee.. baby baru tu di jangka pertengahan November nanti...

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....