Skip to main content

Di Hujung Minggu itu...



Sebenarnya, tak ada apa sangat nak di ceritakan... cuma sepanjang cuti hujung minggu ni tak ada apa aktiviti yang dapat dilakukan. Mula dari hari Khamis hari tu, Athirah demam panas, pada mula nya aku rasa mungkin panas biasa sahaja pasal cuaca sekarang ni walaupun hujan tapi masih lagi panas, mungkin masa bermain tadi badan nya menjadi panas, sampai malam badan nya dah jadi makin panas tapi masih ingat ok lagi, pasal dia tido nyenyak saja, tapi bila bangun pagi.. suhu badannya menjadi semakin panas, jadi aku call opis cakap tak gi keja la, ala-ala emergency macam tu.. dalam pukul 9.30 pagi kami pon dah sampai kat Klinik, emm hari Jumaat ni ada juga klinik yang tutup .. kalau nak pergi klinik kerajaan masa ni memang queue teramat panjang dan meletihkan nak menunggu..

Jadi masuk aje lah klinik yang berdekatan dengan Dewan Kapitol UNIMAP (dulu adalah panggung wayang Kapitol - tempat dok tengok wayang zaman muda-muda dulu, ceta masa tu Superman 1 - 4 rasanya, lepas tu dah abis sekolah tengok ceta omputih la banyak... macam Dance With Wolves, Back to The Future dan se angkatan dengannya- tengok sorang-sorang tak de dating-dating.. mana la aku tau nak dating-dating zaman tu.. isk...) Ok back to klinik, dah lepas register segala, dalam masa dok menanti turn , datamg sorang nurse (err.. doc assistant ?) amik suhu badan Athirah, emm suhu dia dah mencecah 40 oC, terus saja depa suruh masuk bilik rawatan kat belakang tu, buka baju dan demah (tekapkan tuala yang disejukkan dengan ais) badan Athirah, lebih kurang 15 minit suhu badan dia turun sikit pada 39 oC. Jadi Doktor tu bagi ubat demam, selsema, batuk dan antibiotik, pastu dia cakap kalau suhu dia tak turun juga kena masukkan ubat kat bontot dia la..

Jadi kami balik la dulu, bagi makan ubat dia, bagi makan sikit, lepas tu tidurkan dia, sambil-sambil tu dok rasa tengok badan dia kalau jadi makin panas, hmm aku rasa panas dia sama saja, jadi buat ok - ok sajala.. petangnya Athirah masih lagi boleh bangun berjalan , melompat dan bermain macam biasa, hmm aku rasa dah ok lah tu kan.. tapi bila dah menjelang malam, suhu badan dia meningkat balik, aku tak tahu berapa darjah dah, tapi tiap kali aku rasa makin panas saja, last-last dalam pukul 9 lebih-lebih, akmi amik keputusan nak pi check sekali la, tapi mesti klinik tu dah tutup kan, dah kol 9 lebih dah.. hmm akhirnya bawa ke HOspital Tuanku Fauziah Bahagian Kecemasan ( Bahagian ni akan terima kes-kes biasa macam ni, tetapi depa akan bagi priority kalau ada kes-kes kecemasan yang lebih serius macam eksiden, serangan jantung, asma dan lain-lain, jadikalau tunggu kat situ kadang-kadang boleh tengok ambulan datang bawak kes-kes macam ni). Selepas daftar, MA( MEdical assistant ) tu panggil dan amik suhu badan Athirah, hmm dah naik balik ke 39.9 oC , terus dia bawak kedalam bilik rawatan, hanya Athirah dan Mem aku saja yang boleh masuk,, hmm.. aku melilau saja kat luar....
Dalam5 minit depa masuk, aku dengar Athirah melolong, hmm suspen betul aku, apa lah yang dibuat kat dalam bilik rawatan tu, kemudian aku nampak mem aku keluar, dengan pampers dan seluar di tangan, lepas tu tudung dia pulak senget sebelah, aku pon masuk sama la, tanya mema aku pesal, dia cakap doktor masukkan ubat kat bontot Athirah, hmm patut la riuh rendah mek tu mengamuk.. hu huu masuk aku tolong pakai balik pampers dan seluar dia pon masik lagi dok nangis, hhmm macam tu la, tak penah ada orang pegang dia, kalu ni aku sure kalau nampak orang yang macam doktor mesti dia phobia punya...

Alhamdulillah besok tu, suhu badan dia menurun, tetapi kekadang tu ada juga naik balik, tapi lepas makan ubat dah turun balik, sampai hari ni (Isnin) suhu dia nampaknya dah ok, cuma ada batuk batuk dan serak-serak suara dia, bercakap pun suara dah jadi halus-halus macam berbisik macam tu, moga moga sembuh la demam anak ku ni.. tapi walau pun belum sembuh sepenuhnya, tapi masih dok aktif macam tu jugak la.... adeh anakku..

Comments

Yana Ismail said…
salam singgah and salam kenal:)
alahai,semoga Athirah cepat sembuh.aminnnn..
Neeza Shahril said…
kesian Athirah.. demam pulak dia. Musim sekarang ni. Kalau macam tu biasanya viral fever.. akan pulih sepenuhnya dalam masa seminggu. Insyaallah.. apa2 hal pun, tak yah risau sebab dia masih aktif.. maksudnya dia okay la tu hehehh..
Zul Abdullah said…
Neeza: InsyaAllah... moga-moga macam tu la.. sekarang ni dia batu dan berkahak pulak.. mungkin nak kena pi check ngan doc pulak la..

Princess liyana : Salam kenal juga.. dan terima kasih .. moga-moga Athirah cepat sembuh... aminn...
kuIna said…
moga cepat sembuh & sihat boleh g jenjalan, ronda2...
Anonymous said…
semoga dia cepat sembuh ...

Popular posts from this blog

Meningkatkan Amal Ibadah Menuju Syurga

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..