Skip to main content

Happy Birthday Atie'ah!!

Selamat Hari jadi Atie'ah... dah besar rupanya anak abah ni.. kalau nak di ukurkan... dah setengah dari panjang tilam bujang tu.. kalau dok tengok-tengok dulu tu tak sampai suku dari tilam bujang tu, sekarang dah setengah mungkin tahun depan dah jadi tiga suku tilam .. isk dah besar anak abah ni.. semoga anak abah ni panjang umurnya.. murah rezekinya dan sihat-sihat walafiat selalu.. kalau setakat demam-demam selsema, bersin dan batuk tu.. biasa lah kan.. mana ada orang tak berpenyakit langsung ..

Sekarang ni Atie'ah dah pandai sebut nama sendiri, dah pandai tunjuk sana sini, dah pandai bilang satu , dua , tiga dah pandai bilan one, two, three.. walau pun sekadar menghapal bukan dari pemahaman sendiri, tapi satu pencapaian jugak kan? Walaupun Atie'ah dah pandai takut belalang, kadang-kadang takut 'belalang openg, tapi itu juga satu pencapaian kan? bila ah mengenal sesuatu Atie'ah dah boleh tau mana yang menakutkan , mana yang boleh menyuka kan..

Tahun ni kan, Atie'ah potong kek awal seminggu pada 6.6.08 , oleh kerana tahun ni budget makan-makan hari jadi tak dak pasal dok reserve budget pengurusan untuk sambut adik (jahatkan abah..? belum adik sampai dah fikir pasal adik) jadi buat keik-kecik saja.. nak penggei orang pun rasanya tak berbaloi jadi kita buat sama-sama dengan sepupu-sepupu (abang-abang dan abang kembaq Atie'ah la).. oleh kerana depa nak balik awai jadi kita cepatkan la majlis potong kek ni... dah tu nak save budget kita makan 'Key Ef Si' saja la..


Nih Kek nya...

Nih baru lepas 'mboih(hembus) lilin

emm.. dah pandai potong kek dia yer..

Nih hak kita makan hari tu...

Happy Birthday yang Ke 2
Anak Abah Sayang....!!!

Comments

Neeza Shahril said…
Happy Birthday Atie'ah.. hehe.. Atirah jadi Atie'ah ye.. cian dia...
baru 2 tahun rupanya dia.. leh kawan ngan adik Shahmey la gini.. adik Shahmey 1 tahun this year.. muda setahun je...
Zul Abdullah said…
Emm Atie'ah tu sebenarnya dia sendiri yang sebut.. bila tanya nama dia, dia jawab 'Nur Atun Atiee'aahhhh'.. kelakar lak dengar kadang-kadang tu.. :)

Popular posts from this blog

Meningkatkan Amal Ibadah Menuju Syurga

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..