Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Jumaat di Perpustakaan

Begini lah rutin setiap minggu di perpustakaan kanak-kanak, boleh memeningkan kepala, yang pinjaman dan pemulangan bukunya, yang jualan jajannya, yang aktivitinya... dah tu pulak ada pendaftaran keahlian perpustakaan dan kelab. Dah tu pulak ada aktiviti untuk kelab kanak-kanak perpustakaan, menjadikan hari Jumaat adalah hari yang tersibuk... oleh kerana ke tensionan sempat juga lah aku snap gambar-gambar nih untuk tuntunan awam...

Jalan-jalan makan kenduri

Hari ni, aku pergi makan kenduri kesyukuran di rumah tok menakan (saudara) sebelah mem aku nih, pasal dia dapat pi buat umrah .. sebenanya tak dak apa sangat pon, biasa-biasa sahaja. Sampai sana dah orang mula makan dah, jadi aku pon tumpang sekaki lah, makan sekali, bukan ada apa sangat, ada kerabu buah mempelam, ada kari ikan, ada ikan temenung goreng, ada juga acar limau... hmm ok saja bagi aku, sambar jer lah.. lepas makan nasi depa bawa keluar bubur Asyura pulak, hmm layan sajala makan free kan? Dalam masa makan ni keluar la macam-macam cerita, cerita pasal kereta masuk parit la, kisah van berlanggar la, kisah ribut malam semalam la, kisah dapat pingat emas dapat sejuta la, hm aku layan dengar sambil menyampuk sesekali saj ala, kang orang kata aku sombong lak kan. dah la aku pi makan kenduri masuk kampung pakai baju batik lak kan, ada unsur-unsur YB nih.. he hee depa ada gaya-gaya nak sembang politik la.. hmm depa ni antara orang kuat parti bulan, jadi aku selamber saja la.. nak s...

Pesta Sukan Perpustakaan Se Malaysia

Sekarang ni di Perpustakaan Awam Seluruh Malaysia sedang demam, demam untuk berkampung dan bersukan, Pesta sukan ini biasanya akan diadakan Dwi Tahunan, dan kali ini giliran Terengganu menjadi tuan rumah.. tentulah seronok kan, tentu lah meriah, sesekali warga perpustakaan berjumpa dan bersua, tentu bermacam ragamnya dan dramanya, yang pasti tentu banyak yang berubah wajah dan bentuk, tentu ramai muka-muka baru, juga dah tentu ramai muka-muka lama yang dah tak kelihatan, samada kerana pencen, kurang sihat, kurang aktif atau yang memberi peluang orang-orang baru mengambil bahagian. Untuk keterangan lanjut mengenai sukan ni bagi kali ni sila lawati sini . Bagi aku, bagi lah peluang orang-orang bau yang pergi, walaupun aku pun tergedik-gedik nak pi, tapi memikirkan tanggungjawab lain di sini yang perlu diutamakan, maka aku beri la mereka peluang, mungkin masa aku akan datang lagi pada masa depan.. dalam erti kata mudah aku tak pergi sukan tahun ni.. biarlah mereka yang pergii.. tinggal la...

Di Hujung Minggu itu...

Sebenarnya, tak ada apa sangat nak di ceritakan... cuma sepanjang cuti hujung minggu ni tak ada apa aktiviti yang dapat dilakukan. Mula dari hari Khamis hari tu, Athirah demam panas, pada mula nya aku rasa mungkin panas biasa sahaja pasal cuaca sekarang ni walaupun hujan tapi masih lagi panas, mungkin masa bermain tadi badan nya menjadi panas, sampai malam badan nya dah jadi makin panas tapi masih ingat ok lagi, pasal dia tido nyenyak saja, tapi bila bangun pagi.. suhu badannya menjadi semakin panas, jadi aku call opis cakap tak gi keja la, ala-ala emergency macam tu.. dalam pukul 9.30 pagi kami pon dah sampai kat Klinik, emm hari Jumaat ni ada juga klinik yang tutup .. kalau nak pergi klinik kerajaan masa ni memang queue teramat panjang dan meletihkan nak menunggu.. Jadi masuk aje lah klinik yang berdekatan dengan Dewan Kapitol UNIMAP (dulu adalah panggung wayang Kapitol - tempat dok tengok wayang zaman muda-muda dulu, ceta masa tu Superman 1 - 4 rasanya, lepas tu dah abis sekolah te...

Athirah @ library

Semalam, buat julung kalinya Athirah buat lawatan(?) ke Perpustakaan, bunyinya macam orang besar lak kan, tapi begitulah adanya, aku sebenarnya jarang nak bawah Athirah ke tempat keja, kang tak jadi keja akhirnya.. tetapi dek kerana pengasuh dia nak pi tengok cucunya yang nak bersalin kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar maka terpaksa la di hantar pada aku.. kalau tak susah la nak masuk wad bersalin tu... Dah datang sini tu, macam lah di kerjakannya, dia amik binatang-binatang hiasan tu nak main, lepas di aamik buku, baca sehelai dua muka surat pastu letak balik, lepas amik yag lain pulak.. lepas tu dia kacau kakak yang dok baca buku, sambil gelak besar dia tu, hu huu seronok sungguh dia, tapi abah dia yang semput dok kejar dia...

Athirah... Athirah..

Athirah ni kan... suka juga bergambar, kadang-kadang tu saja-saja dia suah tangkap gambar.. pakai hanphone saja la.. alah tangkap gambar main-main, tapi kan.. lepas tangkap gambar tu, mesti dia nak tengok.. jangan la main-main, kalau tak bagi tengok meraung satu denia... kalau nak tido pon kadang-kadang nak tengok gambar dia kat hanphone tuh.. sambil dengaq lagu Aspalela-Saiful Apek tuh sampai tertido.. Angan-angan ku kalau ada modal nanti nak juga buat sketch potrait dia macam ni, kalau di frame ka tentu cantik kan?.. tapi tu la, makan modal ni... Athirah ni juga, dah suka main kucing nih, sampaikan kadang-kadang tu bangun saja dari tidur terus cari kucing... tapi dia masih tak sampai nak dukung dan meriba kucing lagi la.. masih takut-takut gitu, tapi kadang-kadang tu siap boleh dok bersembang dengan kuing, geram pon ada, nak tergelak pon ada, siap dok pesan jangan main kat luar takut 'blalang Openg' kat kucing-kucing tu.. sekali tu dia dok tari ekor kucing, apa lagi kena caka...

Bersenja di Kuala Perlis

Isk tak puas ronda lagi 'Atun Iyah' (see.. selain dari Atii'ah.. adalagi nama manja dia ni), kemarin dah ronda-ronda tengok sawah padi, dan tengok bot.. hari ni nak tengok bot lagi.. jadi hari ni meronda-ronda lah lagi, tapi tak naik moto la, pasai baru balik dari keja.. dah tu pulak balik dah pukul 6.30 lebih, tak jalan jauh la.. pergi lepak di 'benten' dekat dengan Jeti Kuala Perlis, tak lama duduk pon dalam 15 - 20 minit dah, dah senja pon masa tu, tapi kan bila nak balik saja, meraung la pulak.. tak mo balik.."nak tengok bot lagi.." adeh jenuh la macam ni... akhirnya pukul 7.50 malam baru sampai umah.

Jalan-jalan hujung minggu

Dah lama tak berjalan-jalan, dah lama tak meronda-ronda dengan moto nih, isk last masa meronda dulu, pokok padi pon belum menghijau lagi.. jadi hari ni dek kerana Athirah yang buas sangat.. (mungkinpasal dia tido lama hari ni 11.30 pagi sampai 2.30 pagi petang .. kira sangat lama la tu), makan tak mau... terutamanya nasi.. ndak makan cokelat saja.. jadi aku ajak dia ajer lah pi ronda- ronda naik moto ni. Tak kemana pon, ronda dari kampung ke kampung saja.. ni lah hobi aku sejak dari lepas sekolah lagi, dulu aku ronda dengan mengayuh basikal.. lepas tu dah keja baru la ada moto, baru la ronda dengan moto, lepas tu ada keta tapi aku still suka meronda dengan moto juga, yer la ronda dari kampung ke kampung, naik keta ni jenuh nak kilas(pusing) stereng la. Biasa nya tempat aku relak ialah tepi laut samada kat Sg Berembang ka, dekat Kuala Perlis ka... janji tepi laut... biasa dalam pukul 6.00 petang - 7.15petang aje lah .. lepas tu dah malam.. Pak dan Anak yang sedang bermain panas pet...

Eh Besarnya buah tu abah...

Suatu hari, berlokasi sekitar Kangar... keluar berjalan jalan bersama keluarga.. tiba-tiba nampak Replika Buah ni... "Eh Abah, macam pernah nampak saja buah ni..." "Boleh makan tak abah.. tengok macam dah masak saja..." "Kalau la boleh makan.. kan ke sedap.. Aummmm makan semuanya... "

Hujan Seminggu

Seminggu nih, hujan lebat sungguh, kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang waktu tengahari, kadang-kadang waktu malam, mlahan kadang-kadang waktu subuh juga... bagi berumah batu kata orang mungkin tak terasa, deruan hujan menimpa genting hanya bagai alunan lagu ni cuping telinga, bagi rumah beratap zink pula, tentu boleh mengejutkan mimpi di tengah malam, lebih menyeksakan kena pula bergegas bangun menadah kan timba, baldi ,besen dan seumpama jika ada zink yang bocor, ini nostalgia lama rasanya terutamanya, terutamanya bagi rumah-rumah kampung di zaman 60an hingga pertengahan 80an.. lepas itu banyak berganti dengan atap asbestos atau yang lebih mampu menggunakan atap genting. Sesungguhnya memang tidak dapat di nafikan bahawa hujan itu pembawa rahmat, bagi petani, pesawah dan peladang malah penternak juga ai menjadi keperluan untuk semua. Tapi manusia ni tak dapat lai dari mengeluh, sana dan sini dah menjadi lumrah. Kalau hujan pagi, bagi yang kurang berkemampuan, menghantar anak dengan...

Happy Birthday Atie'ah!!

Selamat Hari jadi Atie'ah... dah besar rupanya anak abah ni.. kalau nak di ukurkan... dah setengah dari panjang tilam bujang tu.. kalau dok tengok-tengok dulu tu tak sampai suku dari tilam bujang tu, sekarang dah setengah mungkin tahun depan dah jadi tiga suku tilam .. isk dah besar anak abah ni.. semoga anak abah ni panjang umurnya.. murah rezekinya dan sihat-sihat walafiat selalu.. kalau setakat demam-demam selsema, bersin dan batuk tu.. biasa lah kan.. mana ada orang tak berpenyakit langsung .. Sekarang ni Atie'ah dah pandai sebut nama sendiri, dah pandai tunjuk sana sini, dah pandai bilang satu , dua , tiga dah pandai bilan one, two, three.. walau pun sekadar menghapal bukan dari pemahaman sendiri, tapi satu pencapaian jugak kan? Walaupun Atie'ah dah pandai takut belalang, kadang-kadang takut 'belalang openg, tapi itu juga satu pencapaian kan? bila ah mengenal sesuatu Atie'ah dah boleh tau mana yang menakutkan , mana yang boleh menyuka kan.. Tahun ni kan, At...

Menuju ke destinasi...

Kadang-kadang, kita perlu mengambil risiko bila melakukan sesuatu, bahkan dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besarnya.. risiko kadang-kadang melibatkan juga kos, kadang-kadang juga melibatkan perhubungan, persekitaran maupun perasaan dan kudrat. Untuk menuju ke destinasi yang di hajati, mencari kebahagiaan yang di idam, maupun apa saja hajat yang di pendam, pengorbanan, risiko, kudrat dan usaha harus lah sebati. Jadi berani-beranikan lah diri anda... pst.. ntah apa-apa ntah.. jangan di tanya!

Selamat Bertunang!

Selamat bertunang kepada anak menakan aku ni .. Norhana Bt Abdul Aziz.. sebenarnya aku dan abang aku ni satu emak dan bapak yang berbeza.. jadi aku tak tahu macam mana nak deinisi kan? Kalau satu emak yan berbeza dan bapak yang sama boleh di kategorikan sebagai adik beadik tiri kan? Heh he hee.. macam mana yer? Kira Kategori tiri juga ke? Walau bagaimana pun, majlis bertunang ni selamat di jalankan pada hari Ahad hari tu, hanya aku dan mem serta Athirah saja yang pergi, akak ku tak pergi manakala yang sorang lagi dah balik semula Shah Alam.. tapi masing-masing dah bagi sumbangan masing2.. aku cuma mewakilkan diri bersama dengan keluaga ku saja la. Majlis yang agak simple.. dengan kehadiran orang tua-tua ni tak banyak berbasa basi.. mungkin kerana rombongan sampai agak petang jadi masing-masing tak banyak berbasa basi.. terus direct kepada point masing... dan macam biasa, si Athirah ni macam biasa la, tentu tak leh dok diam, kesana kesini.. tak kira tengah majlis ke tak.. jadi kami tak ...

blog bercuti

Maaf! blog ini bercuti barang seminggu, ini kerana dek kerja terlalu sibuk hari tu menyebabkan.. hati kelu menjadi batu.. bukan kerana di sumpah tetapi hanya kerna bercuti.. Harap Maklum Sesungguhnya memang lah tuan punya blog ni bercuti, bercuti bersama keluarga, tiada apa-apa yang spesialnya, cuma hendak bersama keluarga saja adanya, setelah dalam seminggu dok tinggalkan Atie'ah dan mem aku kat umah, maklum la mem aku tu cuti mengajar jadi dok kat umah sajala, dah tu pulak time nih juga ada karnival membaca dengan pelbagai aktivitinya, juga bermacam-macam persiapan kena buat dengan pelbagai-bagai venue pulak.. he hee penat tu weh.. Mungkin kerana tu juga sebaik sahaja selepas 'clearence' semua keja-keja tu, aku pula diserang 'virus selsema', jadi kiranya aku bercuti dok dirumah sajala.. dek kerana dok dirumah saja, maka 'virus selsema' tu menyerang la pulak Atie'ah dan juga mama dia.. adeh jadinya sekeluaga kami la diserang 'nya'. Pada masa ber...

Bila minyak naik harga...

Kemarin memang semua orang kecohkan, pasal besoknya harga minyak naik, dalam sekitar pukul 7.00 petang aku bau lepas balik dari gunting rambut, kakak aku tepon habaq kata orang berderet-deret (bahkkan bersusun-susun) kat Stesyen Minyak pasal besok harga nak naik! Isk kebetulanaku dah keluar, kebetulan minyak pon dah nak abis aku pon ronda kat stesyen minyak berdekatan, Kat Behor Temak penuh, berderet, aku belok ke Jalan Raja Syed Alwi, Petronas kat situ juga penuh berderet-deret, terus Esso taman kemajuan tu, juga penuh.. isk kacau ni... ...kat Petronas Jalan Raja Syed Alwi Last-last aku terus lajak ke Simpang Empat.. tengok berderet-deret juga, tapi meter minyak dah dok berkelip-kelip saja, aku masuk barisan juga la, hu huu kecoh juga la, pasal ada yang potong barisan la, yang dok menghimpit la.. walaupun polis jaga.. akhirnya dalam pukul 9.30 malam baru la dapat isi minyak.. adeh .... kat Esso Simpang Empat