Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Sepetang di Taman!

Okeh kita sambung dai kesah kemarin, berlaku kemarin juga... selepas dari mandi-mandi di umah Tok dia, selepas Asar tuh, kami meronda pulak kat kawasan Arau, pergi hantar Pak Su dia (adik ipar yang bongsu) kat Sekolah Menengah Teknik Arau, dalam perjalan tu jenuh la Pak Su dia melayan Athirah yang suka bercakap ( cakap dalam bahasa dia la, dalam 10 patah perkataan 4 sahaja yang boleh di paham.. yang lain pakai 'ya' sahaja la).. dalam banyak perkataan yang disebut (.. juga di ajuk dari radio kreta) , ialah dadih.. isk acapkali jumpa Stesyen Petronas.. mesti sebut dadih.. adeh dua suka makan dadih yang selalu di beli di Petronas. Lepas hantar Pak Su dia, on the way nak balik tu singgah la beli dadih ( dan isi minyak jugak..) kat Athirah.. lepas tu tengok jam masih awal.. dalam pukul 5.45.. jadi singgah lah kat taman, yang bagi aku cukup nostalgia ( he hee..) Jadi jenuh la Athirah main, jenuh juga la abah dia mengejar sana sini, menjaga anak dia yang sorang nih! Adeh dah melh n...

Sukanya dia dengan Air!

Begini lah Athirah bila dah berjumpa denga air.. seronok habis denia la dia.. dengan kedaan cuaca yang panas sekarang ni, walaupun hujan turun tapi pemeluwapan air yang tinggi menyebabkan suhu naik juga, kalau sekarang ni kat dalam umah memang lah panas! Kisahnya hari Ahad tu kami pi ke Aloq Setaq.. ( emm ada citer lain nih.. tapi nanti2 lah ye.. !!) bertolak dalam pukul 10.00 pagi, selepas dua tiga urusan kat Aloq Setaq dalam pukul 1.00 tengahari kami pon balik la, on the way balik tu singgah kat Jitra, shopping barang2 sikit, sekarang ni kalau pergi Aloq Setaq maleh betui kalau nak shopping2, nak parking susah dan kalau tak betui2 ada keja, memang tak pi la. Yer lah kan nama pon dah Bandaraya, mesti la sibuk kan? Walaupun meter parking dah buang ( sekarang pakai resit balik kot?) tapi dengan kesibukkan macam tu menjadikan selera aku nak masuk Town dah tak da! Nasib baik urusan kami nih, di pinggir bandar sahaja. Berbalik pada kesah Cik Tirah kita nih, kebetulan dia ni sekarang suka...

Harumanis.. meh chek mai!

(haa.. tgk tu, buah tak banyak tahun ni..) Emm nampak gayanya musim mempelam harumanis dah mula dok mai dah, di tepi tepi jalan dah ada di jual... dengar kata tahun ni banyak harumanis dari Kedah.. isk aku sendiri tak pasti , yang pastinya harga dia tak penah jatuh, antara RM5 - RM8 sekilo, kalau awal musim tu memang mahal la, bila dah jenu (banyak) maka harga pon akan makin turun la. Tentang hak dok jual kat tepi jalan aku tak pasti datang dari mana, atau sebetulnya pelam harumanis ni, pasal setahu aku dulunya hanya di Perlis yang sesuai di tanam , tapi mungkin dengan teknologi yang ada sekarang ni tak mustahil boleh di tanam di mana-mana. Satu lagi kat Perlis ni belum banyak buah ni, orang kata baru dok buang buruk, dan kalau ada hak awal tu kena jaga-jaga takut kena buah peram dengan karbaid.. di jamin kurang manis. Kat umah aku sendiri buah tak banyak tahun ni.. ada 3 pokok, satu pokok kena ulat jadi banyak ranting yang patah, dua pokok lagi buah tak banyak.. mungkinlepas la kami a...

Mengejar senja!

Sebenarnya, hari ni aku malas benar, sepanajang hari ni dan juga kemarin aku rasa macam tak sihat saja, bahkan aku rasa macam pening-pening, macam nak pitam.. isk apa hal la pulak badan aku nih, dok tak duduk dahjadi macam ni, hmm membuat kan aku curiga. Jadi nak menghilangkan tension rasa tak sedap badan ni, aku ajak lah mem aku dan Athirah sekali pergi jalan-jalan, tak dak la kemana sangat cuma kawasan pantai dekan dengan umah aku ni saja (lebih kurang 4-5 km saja). Macam biasa la, kamera ni memang sentiasa aku bawak la.. saja-saja bermain-main denagn kamera.. jadi bawak jer lah kan? Dah ada tu tak lepas peluang la nak tangkap gambar matahari jatuh ni, hmm bukan selalu dapat peluang macam ni. Tapi walau macam mana pon, dah kamera ni jenis murah hanya macam ni saja lah yang dapat aku tangkap.. tak cantik pon.. saja suka-suka sahaja...

Wajah-wajah Athirah

Hu hu.. suka sungguh tengok wajah-wajah Athirah sekarang ni, kadang-kadang dia ada multiple watak la, dia boleh buat watak-watak ni dalam suatu masa.. macam di atas tu.. dia boleh buat heran bila keluarkan kamera, lepas tau yang kita nak tangkap gambar di boleh senyum la pulak.. lepas tu bila kita bangkang dia saja mulah lah buat mulut muncung.. dah tak makan di pujuk dia main-main kita pulak.. isk isk isk..

Musim bertukar lagi...

Februari - Awal March 2008 Hujung March 2008 Laaa.. dah lama aku tak update rupanya, last aku update selepas dari pilihanraya, dan semua update aku pada masa tu adalah berkaitan dengan pilihanraya.. isk dah jadi makin taksub aku dengan pilihanraya, sampaikan lain-lain perkara kurang menjadi hal pada aku.. dan aku rasa bukannya aku sorang yang berkeadaan macam ni, tapi ramai juga yang berkeadaan macam ni. Bahkan detik-detik penubuhan kerajaan negeri juga begitu dramatik, sampaikan penubuha kerajaan pusat bagi aku tidak lah menjadi begitu bermakna. Sesungguhnya perubahan pucuk pimpinan di Perlis sendiri begitu mendapat perhatian dari seluruh penduduk negeri, terutamanya dari ummah Melayu sendiri (.. bangsa lain tidak la dapat aku selami perasaan mereka di pilihanraya kali ini.. ). Di kemuncak segalanya terjadi lah apa yang terjadi sekarang ni, dan baik atau buruk yang bakal di hadapi adalah episod baru yang bermula utuk tempoh yang boleh menjangkau 5 tahun lagi. Berbalik pada kehidupan a...

Daulat Tuanku

gif pic ehsan Pengulu ap.com Kami, Rakyat Perlis menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku melantik YB Dato' Dr Mat Isa Sabu sebagi Menteri Besar Perlis yang Baru, Kami berikrar untuk menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Baru.

Menanti Mentari muncul

Dah lama sebenarnya bila hujung minggu ni, kami betul-betul berada di rumah, biasanya ada saja aktiviti berjalan-jalan, aktiviti riadah, atau aktiviti balik kampung... entah kenapa, minggu ni teringat nak duduk di rumah saja, jadi sepanjang hari cuti ni aku berada di rumah, mengadap tv, mengadap athirah dan juga mengadap pc juga.. hanya ini lah aktiviti kami cuti kali ni. Untungnya bila duduk di rumah, boleh la makan masakan mem aku ni, pagi-pagi dia kata teringin nak makan gulai tulang lembu, bagi aku tak kesah la nak masak apa, aku kut saja la, jadi pepagi lagi dah kami pergi nat, cari tulang rusuk lembu dan juga ikan dan segala bala.. stok untuk seminggu! Lepas makan tengahari, tak da apa nak buat masing-masing layan tv sajala, dan kebetulan ada F1 kat Sepang, jadi aku bersiaran langsung ke sana la.. dan bila berada di rumah bersama dengan Athirah, jenuh la dok melayan dia, bermacam-macam hal dengan dia ni, nak naik angin pon ada, nak tergelak pon ada, dan kebanyakkan nya ada lah ...

Ayong?

Sekitar Majlis Angkat Sumpah MB baru

Hari ini tercipta lah sejarah, dengan rasminya Menteri Besar Perlis ke 6, YB Dato' Dr Md Isa Sabu telah di lantik, dengan selesainya Majlis Angkat Sumpah di Istana Arau Perlis di hadapan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Syed Putra Jamallulail pada jam 6.00 petang tadi. Sesungguhnya perlantikkan ini telah memadam kan segala kemelut yang melanda negeri Perlis semenjak Parlimen dan DUN Perlis di bubarkan. Setelah bermacam-macam peristiwa yang berlaku, setelah bermacam sandiwara di lakonkan dan juga bermacam episod drama yang bermain di negeri Perlis ini, akhirnya kuasa pemutus kembali kepada Raja pemerintah negeri Perlis, dengan peruntukkan dalam undang-undang tubuh negeri yang memberi sepenuh hak pemutus kepada Raja setelah pada fikirannya calon yang dipilih mendapat sokongan majoriti dari DUN Negeri maka Baginda berkuasa melantik Menteri Besar Perlis. Daulat Tuanku, patik-patik rakyat negeri menjunjung kasih atas titah perintah tuanku! Kerana masalah tugas yang tidak dapat di elakk...

Cuti-cuti - Ahad

Isk.. hari ahad hari tu sebenaqnya masih lagi suasana musim kenduri, kenduri yang berderet-deret nya datang dalam tempoh seminggu, dan hari ahad ni adalah hari terakhir, dan masih ada satu kenduri yang perlu aku hadiri, kenduri di rumah pak menakan mem aku... kiranya kenduri penutup musim la.. musim kenduri ni, memang agakmemeritkan, dengan suasana musim panas yang masih berbaki, bahngnya memang tidak dapat di hindari la.. cuma nasib baiknya hujan yang turun di sepanjang minggu telah menakung air di sawah-sawah.. maka kuarang lah panas keirng itu tetapi bahang wap panas nya masih memedihkan kulit dan menyebabkan perpeluhan yang tidak kurang banyaknya. Dek kerana ruymah kenduri ni saudara terdekat mem aku, bahkan juga boleh jadi warisnya, jadi adalah tidak molek untuk just bertandang makan kenduri semata-mata, jadi malam tu sempat juga lah kami menjenguk (read: menjenguk semata-mata, pasal dah tak der apa yang nak di buat dah ..) persiapan yang dilakukan, tungguu sampai lebih kurang ...

Sinar Baru!

Kini, sudah sah! Perlis dah dapat Menteri Besar Baru, Setelah sekian lama menanti, setelah bermacam rajau di tempuhi akhirnya selesai juga akhirnya! 15 Mac, 2008 22:10 PM Pelantikan Md Isa Dibuat Berdasarkan Keputusan Majoriti KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.Md Isa berkata pemilihan itu dibuat selepas pertemuan Raja Perlis bersama sembilan ADUN termasuk beliau di Istana Siraj, di sini semalam. "Kami (sembilan ADUN) adalah daripada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya 8 Mac. Oleh itu kami merupakan suara majoriti dalam DUN Perlis dan mengikut perlembagaan, Raja ada hak melantik mana-mana pihak yang mempunyai bilangan besar sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan situasi sebenar di Perli...

Rajinnya dia menulis

Hari ni, dalam keadaan kesamaran dalam politik negeri yang masih belum ada ketentuan ini, aku masih lagi macam biasa sahaja la, hari hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat masih menunggu siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Perlis. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak memberi sebarang impak kepada mereka, tapi bagi aku dan kakitangan kerajaan di bawah naungan negeri, tentu memberi impak yang agak besar. Banyak hal-hal yang dulu di KIV, di bakul sampahkan mungkin boleh di kemukakan semula, seperti isu perjawatan, isu budget yang tak pernah cukup dan juga beberapa isu lagi. Berbalik kepada gambar ni, sekarang ni Athirah rajin pulak dok main dengan pen dan kertas, he hee jangan lah berharap yang dia nak tulis 1,2,3 ke, atau A, B, C.. tetapi sekadar lukisan yang abstrak dalam medium garisan-garisan yang tidak dapat aku teka motif dan pengertiannya. Bukan kerana menulis tu, yang aku perhatikan cara dia macam bersungguh-sungguh benar nak menulis ke, melukis ke, dan mungkin ...