Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2005

Menjelang Tahun Baru 2006 : Rangkupan Satu Perjalanan

Aku tak tahu macam mana leh timbul ide nak buat 'blogathon', emm idea ini terbit bila kau mengenangkan tahun lepas aku cuba jugak nak buat, cuma aku taip directly to blog, ntah macam mana ntah, bila aku update je.. terus ilang, tak de backup apa.. alah tensionnya aku... pastu terus aku tak tulis apa dah.. terus tinggai tajuk je.. (menjelang detik 2005... lebih kurang gitu kot tajuknya..). So tahun ni aku prepare awal-awal la, tak nak jadi macam tahun lepas, dan kalau boleh aku naik taip panjang-panjang... biarlah sempena nak tinggalkan tahun 2005 ni, dapat mengukir peristiwa suka duka yang aku alami sepanjang tahun 2005. Alah lebih kurang imbasan tahun 2005 la yang macam dalam suratkhabar tu... cumanya takder gambo kot.. Aku harap aku tak merapu.. tapi lebih kepada isi cerita la.. kalau termerapu tolong stopkan aku ye.. Tahun 2005 ni aku bermula dengan suasana happy, ialah aku dapat semangat baru, orang dah bertunang kan, jadi mesti la dapat semangat baru.. rasa happy je.. wala

Sumbangan menggantikan karpet baru

Hari ni aku pegi buat gotong royong di Perpustakaan Cawangan KUala Perlis, kiranya permergian ke sana ni nak buat final touch sebelum perpustakaan di buka pada hari Isnin depan ni. Dan kami pon buat la kerja-ker ja menyusun buku, perabut, check segala kunci, barangan yang ada dan semua kej ayang sempat di lakukan. Rombongan kami ni terdir daripada 9 orang staff termasuk sorang driver, bersama kami jug aada pegawai yang incharge bahagian Perpustakaan Luar Bandar. Kiranya perpustakaan ni dah sedia untuk di buka kepada orang ramai. Buat sementara waktu ni. pengguna hanya boleh mendaftar untuk menjadi ahli, membuat rujukan dengan koleksi buku yang sedia ada. Untuk pinjaman bahan masih belum dapat dibuka kepada orang ramai kerana keadaan sistem perpustakaan yang belum sempurna juga kerana koleksi bahan yang masih sedikit. jadi sabo je lah! Kami disana sampai kol 12, baru balik. Sampai kat kangar, masih ada masa lagi nak memblog, so aku siapkan la sikit sikt mana yang sempat sebelum pergi se

Kelu..

Hari ni angin kurang baik sikit, tiba-tiba je aku moody, dan mem aku pon sama, jadi masing-masing cari pasal, on the way pi hantar dia ke tempat keja kami mengelu, sepanjang perjalan kami mengelu, masing-masing buat hal memasing. em sampai petang aku pegi amik dia, pastu dia nak pegi umah kak dia kat Beseri aku ikut je, malas nak bercakap banyak, sampai sana kami jadi macam biasa je, emm memasing belakon je, tak nak owang tau, tak nak owang suspect something... dah masuk Maghrib baru kami balik, on the way kami singgah kat masjid Putera, Kangar.. mungkin berkat sembahyang kat masjid ari ni, kami dah cool dah sikit malam nyer.. dah leh di bawak berbincang.. Puncanya sikit jer : dia kata aku dah tak sanggup nak hantar dia pegi keja, alahai.. mana lak tak sudi, cuma aku tanya dia boleh ke drive sendiri pegi keja, senang sikit aku tak yah dok berulang-ulang, dengan dok mengejar masa nak pegi amik dia.. em kalau dah tak leh nak bawak nak buat macam mana kan, kena la aku berulang alik Kuala

sangkelu days off

Hari nih aku sambung cuti lagi la, malas nak gi keja, dah dua ari sambung cuti kena buat keja macam-macam dan berjalan sana sini bersama mem dan merttua aku, dah buat keja mengemas dan mencuci kat umah, aku nak cuti untuk diri aku jugak, satu hari aku duduk di rumah kadang - kadang tak de buat apa, cuma tidor dan tengok tv jer, kadang-kadang masa aku rajin aku akan berkebu, adalah sikit-sikit setakat tanam sayur-sayur dan juga jagung, bukan la besor pon tanah kat belakang umah tu. Sedikit mengimbas masa lalu, masa ku bujang, aku suka sangat kalau leh cuti nak bermalas di umah, biar lah tinggal aku dengan emak saja, mak buat kej adia aku dok sowang tengok tv ke, tido ker.. tapi kini gamaknya kalau aku cuti macam ni memang nya aku tinggal sowang ler, dah tak de sapa gi dah kat umah... Berbalik pada cite aku sowang ni, aku ingat nak cuci keta lah, dah seminggu tak bercuci, yer lah ari tu dah banjir, pastu sibuk dok cuci umah pastu terus gi berjalan, ni dah cuti aku basuh lah, bukan satu t

Senandung syahdu : Tsunami

27 December 2005Semalam.. genap lah setahun berlakunya peristiwa tsunami, seluruh dunia masih terasa akan kesannya, tapi ada bebarapa negara yang menerima kesan langsung dari kejadian ombak besar Tsunami ni... Terutamanya dari daerah Acheh di Indonesia , India, Sri Langka, Thailand dan beberapa negera lagi yang menerima kesan terus dari ombak tsunami ni. Di Malaysia lebih kurang 66 orang terbunuh akibat tsunami nihkawasan yang paling teruk di timpa ombak tsunami ialah di Kota Kuala Muda Kedah, Batu feringghi, Di Langkawi dan beberapa tempat lagi. Di Perlis kawasan yang terlibat adalah di Kula Sungai Baru dan Kuala Sanglang, tiada kematian yang di laporkan, yang ada hanya kehilangan nelayan ke laut yang kemudian pulang semula. Emm.. aku masih ingat lagi masa ni, aku, emak dan kak pergi makan kenduri kat Behor Mali dan di sana orang sedang heboh memperkatakan pasal tadi berasa pening kepala, katil bergegar, tiang elektrik yang bergoyang, emm aku sendiri pon tak sedar sebenarnya, pasal ak

Beras Secupak Jadi segantang..

Hari Isnin ni, aku masih tak keja lagi la.. yer la masih ada keja lagi nak kena buat, umah pon belum habis di kemas lagi. lepas bangun tido aku dah tak bermalas-malas dah ari ni, mana boleh di ajar selalu bermalas-malas macam ni nanti di badan ni jadi 'mua'. nak bermalas selalu. Pastu kena hanto mem aku pegi keja, dalam pukul 9.30 pagi aku balik, em tengok kakak aku dah hampar tikar getah dah, tanggal nak masukkan yang hujung-hujung tu kat bawah almari je, jadi dah tak banyak keja dah la, aku biarlah dulu aku keluar pegi pasar Kuala Perlis dulu , isk tengok takde ikan yang beselera pon, ikan temenung pon yang import punya, tak best la, so aku amik moto pegi ke Kuala Sungai Baru pulak, tak le jauh dalam 7Km je, tengok ada jugak ikan yang fresh-fresh, ye lah tempat pendaratan ikan nelayan pesisir pantai, mesti la ikan baru-baru lagi yang belum di ais kan, emm menjelang kol 11am aku dah balik umah dah.. sampai kat umah kakak aku habiskan la masukkan hujung tikar getah tu ke bawah

Temaktub sudah aku ni mangsa banjir

Pagi Ahad ni macam biasa lepas sembahyang Subuh sempat lagi aku bermalas-malasan.. kiranya dalam pukul 9.00 baru la aku bangun.. emm tengok kiri kanan banyak jugak perkara yang nak di buat, ye lah mangsa banjir.. air pon dah surut.. kat dalam umah aku masih lagi lintang pukang dengan selutnya, denagan kertas mertas nya, barang-barang dalam dapur lagi... anak ular dan cacing pon ada dalam umah.. jadi banyak la jugak keja... lepas angkat dua tiga barang, clearkan pengaliran keluar air... aku rest kejap.. sempat pegi nat lagi... beli ikan, sayur, buah-buahan sikit, beli makanan untuk sarapan dan paper aku pon balik la. Apa yang menariknya isu hangat yang banyak di bualkan di nat ni hanya lah " ghumah hang naik ayaq dak? ", " Ayaq dalam dak naik umah" , "Takat mana ayaq naik, ghumah aku sampai takat pinggang" , dan macam macam soalan yang di bincang, yang pastinya hanya bersekitar satu perkara, air naik, bah , dan banjir... huh isu hangat tu.. dan aku dapati r

Termenung aku di kala kesorangan...

Hari ni aku keja sebenarnya.. tapi ntah macam tak keja pun, yelah pepagi aku mai pejabat nak punch kad.. tapi punch kad off, tak leh la nak punch kad.. so aku masuk keja macam biasa la ari sabtu jam 9.00 (untuk rekod) dan aku datang keja macam biasa lepas antar mem aku pegi keja. SO sepanjang pagi aku tunggu kat kauter .. takde sowang manusia pon yang masuk.. nak kata tak tau perkhidmatan di buka.. bulan-bulan sebelum tu ada juga manusia yang masuk.. jadi tercongok lah aku kat kaunter tu.. sampai lah tengah hari.. dek sebab aku keja sowang takde partne nak ganti.. terpaksa la aku tutup kejap dalam kol 1.00 tgh sampai la kol 2 petang .. ye la.. aku nak makan.. nak hanto makanan kat mem aku lagi.. nak semayang Zuhor lagi... hah terpaksa la aku tutup.. Petangnya benda serupa jugak berulang.. takde sesapa pon yang datang.. alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dan betapa pula membazir kos letrik .. yer la dalam dok berjimat aku hanya bukak satu lampu.. satu aircon dan satu

Hari Jumaat, tapi masjid tak de orang..?

Ari ni aku malas nak balik umah, kalau balik umahpon bukan ada sesapa, kak aku keja, mem aku pon keja, jadi aku lepak kat pejabat la.. leh juga layan blog.. leh aku buat update dan boleh jugak aku berkunjung ke blog sesapa.. lepas aku updatekan blog, masukkan gambo sekeping dua, pastu updatekan photo blog dengan gambo2 masa banjir, sempat juga merayau satu dua tempat.. pastu mem aku tepon nak makan.. aku pegi la hantar.. lebih kurang kol 12.40 balik ke pajabat balik.. pinjam moto kat kak Ngah nak pi sembahyang kat masjid Alwi Kangar, sekali aku tengok kosong jer kawasan masjid.. aih check jam aku.. dah pukul 1.10 dah takkan aku silap ari kot, kalau silap ari pon takkan tak dak owang langsung.. check jam aku sekali lagi... la betul la ari jumaat, takkan minggu ni cuti sembahyang jumaat, laa rupa-rupanya masjid ditutup la, baru lepas kena banjir, tak sempat di cuci lagi... aku terus amik moto pegi semayang kat masjid Putra, punya la ramai orang, ye lah dah di gabungkan dua masjid menjadi

Wet Territory

Hari ni.. dah masuk hari ke 6 rumah ku dimasuki air.. dah enam hari juga tido ku tak menentu, memang inilah banjir bterbesar yang penah aku hadapi kat umah ku, seumur hidup aku ini lah pertma kali dan yang terbesar banjir melanda kat sini.. kalau dulu aku mengatakan kiranya banjir sampai ke umah aku, memang besarlah banjir yang melanda kat perlis.. dan memang itu lah yang berlalu.. banjir ini mencatat sejarah sebagai banjir yang tak diduga yang terbesar penah berlaku di Perlis. Keadaan hujan yang luarbiasa yakni hujan di luar musim yang berlarutan selama empat hari dan empat malam telah melimpah air yang luar biasa banyak nya dan mencatat bacaan melebihi paras waspada 29.40 meter di Empangan Timah Tasoh, di mana kemucaknya membawa kepada bacaan setinggi 30.00 meter menyebabkan ianya perlu di lepaskan secara berperingkat untuk menurunkan isipadu air di empangan. Kesannya limpahan ini menyebabkan banjir ke seluruh negeri Perlis.. lebih 40 pusat pemindahan banjir telah di buka bagi menamp

Racangan Tergendala Sebentar.. Harap Maaf

Hi sumer.. tak dapat nak updatekan blog aku lagi ni.. sumer nye kelam kabut kat umah aku.. bersimponggang barang2 kat umah aku.. banjir la.. banjirrr.. isk tak penah seumur hidup aku duduk kat umah ni air bah naik .. tak penah bah pon.. ni lah kali pertama.. ntah la .. aku nak panjang kan entry ni.. tak pi tak leh lagi.. nanti2 la.. nih yang akan menjadikan blogathon aku makin panjang ni.. hehhh hheee.. kena la sabo lagi ni.. sabo lah lagiii... Hah ni bilik aku ni pon dah di masuki air.. macam mana aku nak update... ni dah update dah ni.. gambo betul nyer aaa.. bukan tipu2.

Aku dan aku.. sampai bila...

Semalam kau merayap kat dalam blog joe gi, walaupun aku tak khatam Joe punya blog lagi, tapi aku teringat nak merayau kat dalam guestbook.. pastu aku gatal-gatal lak pi sign guestbook dia, ntah la dia baca ke tak? Aku pon tak tahu... Bila aku baca lain guestbook dia, dan aku tijau kata-kata ku sendiri, aku tertangkap dengan satu phrase ni, "Semenjak orang menceritakan perihal kau, aku selalu terpikir, orang yang macam mana lah kou ni, aper lah yang menyebabkan kou jadi macam ni dan bila membaca blog kou ni menyebabkan kekadang akuk menyelam diri aku sendiri, sedikit sebanyak aku terpikir juga.. kou lah orang yang aku idamkan untuk jadi selama ni.. kou stranded di US sana, tapi aku stranded di sini, mana tak leh nak pegi... " Mungkin phrase aku boleh jadikan sebagai pedoman kepada 'blogthon' aku nanti, walaupun banyak nak aku kisahkan..tapi aku masih lagi memilih, menapis, dan menambah suai sesedap hatiku, supaya lebih sedap bak tomyam di Restoran Kandis tak pun sekura

Telefon Maintenar!

Hmmm.. aku letih laa ari ni... ntah la pasai apa... tapi tadi adala aku dok naik turun tangga, buat extension telefon yang leh sambung kat bilik aku dengan kaunter.. kang tak lah teruk aku berkejar sana kejar sini semata-mata nak jawab tepon, alhamdulillah tak sangka aku ni terer gak.. dah siap keja aku tu, dah leh pakai pon..pasai tu la kot aku letih sangat. Semalam aku kata macam nak demam, tapi tak demam pon, mungkin jugak aku demam tapi aku rasa tak demam, isk yang mana satu ni... emm sebenarnya aku boring la malam ni, nak tido awal sangat, kang sebelum subuh dah jaga.. nak tengok tv dah ada owang tempah, tengok E Pring kat Channel 8 la.. tengok gambar Cina la.. akhirnya aku boring sendiri. Dalam kepala aku ni penuh dengan idea.. aku ada plan nak buat satu blog marathon dimana aku nak conclude keseluruhan kejadian kesah dan apa-apa yang terjadi pada diri aku sepanjang tahun 2005 ni.. aku masih mencari ayat2 yang sesuai, phrase2 yang sedap, dan apa2 jua yang berkaitan untuk di masuk

Khusyuknya dia..

Emmm dah lama aku tak update... entah la apa pasal.. aku sendiri tak tahu... nak kata aku malas tak juga... hari aku mengembara dalam blog joe.. blog lain.. chat kat shoutbox.. kat tagboard... entah la.. nanti la aku update lain... dalam aku dok tunggu kaunter tu ada gak satu scenario ni.. khusyuk je dia baca buku, dengan mulut becok nya bertanya sana sini kat mak dia.. ..... aku rasa macam nak demam je la.. nanti la aku sambung

Aku Seorang Pencacai

Baby Twins Kakak Aku Sabtu-3/12 : Hujung minggu ni aku sibuk, walau pun aku tak kerja, tapi sibuk dengan kenduri kat kampung. Beginilah rutin hidup aku sekarang, kalau dulu kenduri kendara kat kampung jarang sangat aku nak join, cuma kalau ada tak pon aku cuma pegi makan, singgah sembang sekejap dah balik. Heh kini mungkin juga kerana aku dah makin tua ( ikut kata joe la) maka fikiran pon dah makin terbukak lah gamaknya.. kenduri kendara pon dah jadi sebahagian daripada kehidupan, pagi sabtu ada satu kenduri dekat umah aku yang akan diadakan pada hari ahad, jadi awal pagi sabtu lagi aku dah mula terlibat, buatt khemah lebih kurang, siapkan lah perkara perkara yang patut sampai lah kol 10 lebih aku pon blah la tgk dah tak der ape sangat nak buat, ye lah kita buat keja yang besar besar lah, yang kecik kecik tu tinggal adik beradik diaorang lah buat, pastu terus aku ke market cari ikan sikit, then balik umah lepak jap.. petang pas gi amik kakak aku kuar lagi pi makan kenduri kat umah sed

Baby Story

emmm.. dah seminggu aku tak update kan blogni kan.. sebenarnya tak banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku dalam minggu ni.. sumernya perkara biasa yang terjadi.. ada pun yang terjadi cuma aku terserempak dengan Baizatul Shima.. ( aku pon heran..macam mana aku leh teringatkan nama dia ..penuh dengan nama ayah dia...) Bila dah terjumpa, memori lama masa sekolah dulu pon menjengok semula.. dia adalah antara gadis yang berjaya menarik minat aku dulu.. zaman cinta monyet.. heh tapi kau tetap aku, insan yang bersembunyi disebalik pintu untuk melihat orang yang aku minat... haaa haa lawaknya.. dan bila sesekali terjumpa terserempak di library, mulut ku kelu nak berbicara ,.. hanya senyuman bermain di bibir... hah kenangan dulu..kenangan masa zaman awal remaja..manakan leh lupa.. biarlah.. yang berlalu tetapkan berlalu manakan leh patah balik.. dia pon dah ber anak dua... aku..? Dalam minggu ni ujan jer tak berenti.. kalau tak siang malam.. kalau tak malam siang.. kalau tak pagi petang..