Skip to main content

Majlis Pelancaran Latihan Askar Wataniah




Kelmarin aku kena bertugas di Majlis Pelancaran Latihan Askar Wataniah yang diadakan di depan Kayangan Square Kangar, majlis ini diadakan pada setiap tahun, tahun lepas aku masih tak terlibat dengan skuad promosi perpustakaan jadi tak tahu pon ada majlis macam ni, bagus juga majlis macam ni di bawa ke hadapan khalayak ramai, dapat juga rakyat tahu berkenaan dengan askar wataniah, sedikit infonya..


"Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.... maklumat lanjut boleh dapat di sini "













Tugas aku dan kawan-kawanku tak ada apa lah sangat cuma mengendali kan pameran jabatan bersama dengan beberapa jabatan lagi , jadi berkesempatan lah aku nak berangan-angan jadi photographer dan berkawan2 bersama photgraher lain dari akhbar2 dan juga media lain, ha ha nampak macam glamour lah sikit kan?


Majlis ini di rasmikan oleh Taunku raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin bersama Tuanku Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Laillatul Shireen Akashah, dalam majlis perasmian ni juga ada beberapa demonstrasi dari askar melayu, unit K9 polis, jabatan kastam eksais di raja juga imigresen. Ada demonstarsi tempur tanpa senjata, unit anjing dan bermacam demonstrasi yang diselang seli dengan letupan senapang dan bom asap, ramai juga yang menonton sedikit sebanyak demonstrasi ni menarik minat rakyat serta membanggakan rakyat dengan askar kita.




Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..