Skip to main content

Program Hari Ahad...

Hmmm dah lama tak dak program hari ahad, balik balik dok rumah, dan juga balik sungai padang, entah apa kes ya? Minggu lepas aku keja hari sabtu, ahad tu free jugak, tapi tak ke mana-mana gak, kata nak pi gunting rambut, tapi tukang gunting dok kalut nak pi kursus kat terengganu, tak jadi pi, minggu ni tukang gunting tak balik laghi, jadi rambut makin panjang lah sama macam adik anieq, jadi kena tunggu lagi lah.

Jadi hari ni kononnya nak buat program nak jalan2, pertamanya nak cari buku untuk panduan mengajar mem, oleh keranan tahun nni ada subjek baru jadi lom ada buku, jenuh nak kena pinjam la pulak.. lepas tu nak cari kedai kain ( hu hu simptom nak masuk bulan posa dah ni..). Kami bertolak dah pukul 10.00 lebih dah, selepas balik dari nat (pasar sehari), cari stok barang basah untuk dua tiga hari. Target Location- Jitra, ha ha macam lah jauh sangat kan ? Lokasi pertama, IKBN Jitra, mencari (meminjam sebetulnya) buku dan juga sebarang nota yang berkaitan dengan OSHA. Apa kebenda OSHA tuh,? entah aku pon tak tau, tapi katanya berkaitan dengan akta kemlangan masa kerja, samada kerja industri mau pun kerja2 lain, 11.30 keluar IKBN kononnya nakcari kedai jual kain lah, dalam pekan Jitra saja, tapi bila lalu saja depan kedai tuh, alahai dah tak berkenan, tak masuk kedai pon, jadi dah abis program, hmmm.. what to do, where to go..?

Balik lah,dah abis program , tak tau nak pusing mana dah, on the way balik dok berangan nak makan cucur cempedak, pasai masa lalu nak pi tuh ada nampak pakcik2 dok juah buah2 kayu kat tepi jalan, ingat masa nak balik baru nak beli, skali bila patah balik dah abis, waaa mmg kempunan la.... Tup tup buat program baru, konon nak cover frust tak dapat buah cempedak,
 " Jom pi Bkt Wang..!! Dah Lama tak pi",
 " Jauh la, jom pi, Gua Kelam lah, leh singgah makan nasi kat umah Kak Chak",
 " haah, boleh la jugak.."

Jadi terus saja lah pi rumah kak ipaq, makan nasi sepinggan dua, lepas tuh semahyang siap semua, dalam kol 3.00 ptg baru la pi Gua Kelam, dapat la bebudak tuh mandi, tapi tak la lama, terutamanya adik Anieq, bagi rasa-rasa air saja , pasai dia selsema, tu pon turun tak sampai 5 minit dah ketaq2, sejuk ooo, tinggal lah Athirah ngan sepupu2 dia dok main air. Dalam Kol 4.30 ah balik la...





Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....