Skip to main content

Mr Mama the return... part 2

Wah lagi kan kisah mr mama ni, dah makin kerap pula aku kena tinggal bersama anak-anak ku, kiranya ini dah menjadi satu cabaran dan juga tanggungjawab. Cabaran nya ialah si Athirah tu, sekaranag dah makin banyak bertanya, makin banyak bercakap, dan makin kuat membebel. Dah tu dia punya feeling hadoi yaa, bikin stress oo. Sekarang nih bila mama tak ada, tahap rindu dia menjadi-jadi, boleh dia cakap dia rindu kat mama, pastu dia siap nangis-nangis lagi, jenuh lak nak pujuk. 

Si Anieq nih masih rileks saja dia, bila kak dia nangis di rileks juga, tengok aje tak join, nasib baik jugak kalau tidak jenuh aku nak pujuk dua-dua. Sementara mama depa pulak tuh, mungkin pasal kemarin kena hujan masa pi gunting rambut, hari ni demam selsema lah pulak, dah lebih 500km bawakketa baru lah nak rasa lenguh2 kaki,  sakit urat sana sini, pastu dinner kat hotel pon tak berselera, ha tu la pasal, kan dah nak demam tuh... Nih aku berjaga la sekejap lepas bagi tidur dua-dua orang tuh..
 Kalau tak tidur lena dua orang tu memang tak chance nak pegang laptop bila mama tak dak, asyik nak menempek je, nak tgk ultraman cosmos la, doraemon la, nak tgk hantu la.. (hantu di rujuk kepada games 'plants vs zombies', tapi bila main ada keluar sorang tua tu, adik Anieq akan menangis pasai takut tgk muka berjambang dan mata terbeliak.. ha ha ha), sekarang dah lena dah depa, lepas dok say  good bye la, gudnite dan bersalam-salam,baru nak tido.. hu huu hari pertama dari 4 hari.. he he..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..