Skip to main content

Hujan di sana sini...

Dalam seminggu dua ni hujan hampir setiap hari, kalau tak pagi petang, tak pun awal malam kadang-kadang tu hampir nak subuh hujan juga, kadang-kadang tu lebat sangat, kadang-kadang tu hanya gerimis saja, pendek kata  hujan tetap akan hujan juga.


gambar suka-suka di ketika menanti hujan teduh

Kadang-kadang tu, hujan menjadi kronik juga, bila seharian hujan, sampai tak boleh ,( atau boleh tapi malas) nak keluar kemana-mana, dok di rumah teringat nak tidurr saja, hmm kadang-kadang tu hujan terlampau sampai membawa petaka, macam semalam hujan punya lah lebat sampai membawa terjadinya ribut, peristiwa ni terjadi di Kuala perlis dan kawasan sekitarnya:, 

"Lebih 100 Rumah Rosak Dipukul Ribut Di Kuala Perlis
KANGAR, 15 Julai (Bernama) -- Lebih 100 rumah termasuk lebih 20 unit rumah di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan Kuala Perlis Khamis.

gambar dari bernama

Kejadian pada kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan kebanyakan rumah di Kampung Seberang Alor, Taman Seberang Jaya, Pulau Ketam, Taman Bukit Kubu, dan Padang Cina mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan dinding."
berita lanjut boleh dapat di sini

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....