Skip to main content

Sekeluarga admitted... part 2

Sebenarnya terlupa nak bagitau yang semalam, selepas buat terapi dan amik kahak, depa buta saringan untuk Influenza H1N1, teramat saspennya kami, kalau la positif , jenuh la kami sekeluarga kena kuarantin kan? Malam nya selepas doktor datang melawat, kami tanya-tanya la tengok, doktor kata negatif.. lega la kami..

Ok kita sambung citer seterusnya, dalam dua tiga kali dok check tempreture kat sini pada waktu malam tu, suhu dia kejap tinggi lepas bagi ubat turun balik, selepas sejam dua naik balik, malah dalam satu ketika boleh mencecah sampai 39.9.. hu hu takutnya aku, boleh dapat sawan oo.. tido pon tak berapa nak lelap, paginya pn masih macam tu, aku malas nak tinggalkan adik Anieq dan mem, tapi Athirah pon nak kena bagi rawatann juga, jadi dalam pukul 11.00 pagi, aku gagahkan diri balik juga, baru nak masuk sempadan Kedah/Perlis mem aku telepon pulak, dia bagitau yang Adik Anieq akan di pasang drip untuk masukkan antibiotik, pasal ubat yang di bagi tu lambat dapat respon, dah lak mem aku komplen yang dia rasa nak demam juga letih-letih nak demam, adeh kang dah jadi sekeluarga masuk wad nih.....

Sampai kat umah pengasuh Athirah, dia dah ready nak ikut, terus aku angkut balik rumah, kutip dua tiga barang lagi untuk kegunaan harian, dalam fikiran aku masa tu , macam mana lah adik Anieq yang nak kena drip tu, tentu sakit, menyeksakan, dan merimaskan... dalam 1.30 ptg aku dah sampai balik ke KMC.. tengok-tengok adik Anieq dah tergolek terlena...

Adik Anieq yang dah keletihan, terlena selepas di pasang drip...

Athirah juga turut keletihan, sebab dah semalamam demam.. sampai jer terus kecek ubat kat doktor.. bila dah kena ubat dia terus nak tidoq dah

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....