Skip to main content

Dah besar rupanya dia...


Hmm.. dah makin besor rupanya budak athirah ni, aku ingatkan dia lawak-lawak saja nak pergi sekolah, setiap kali outing pergi jalan-jalan, jumpa je sekolah dia cakap nak gi sekolah lah, ni sekolah dia lah, ada Mickey mouse, ada Minnie Mouse bagai, dah tu siap cakap kat sekolah tu ada cikgu fatimah la.. hmm Cikgu fatimah tu nama feveret dia kot, sampai kan semua sekolah ada Cikgu Fatimah.. he hee 

Akhirnya nak tengok betul ke tak dia nak pi sekolah, try la bawak dia pi satu Nurseri pada hari Sabtu semalam, sekali tengok dari luar aje dia dah suka, dah tu tak sabar-sabar nak masuk, entah pasal tak sabar nak belajar, pasal tak sabar nak jumpa kawan-kawan atau pun nak naik buaian dan papan gelonsor yang tersedia di situ... jadinya dah dia suka sangat, mula dari esok dia akan pergi sekolah, jadinya kita tengok aje macam mana jadinya nanti.. he heee

Comments

IxoR@ said…
Ha ah...anak kecil ini dah besar rupanya....

:D

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..