Skip to main content

Jom pi tengok 'baby moon'...


Bagai tahun-tahun yang lepas, menjelang bulan Ramadhan, aku suka pi tengok majlis Hilal Bulan Ramadhan, atau biasanya orang kata tengok anak bulan, juga bak kata Athirah.."jom pi tengok 'baby moon'..". Tahun lepas rasanya aku tak berkesempatan nak pi tengok pasal masa tu mem aku tengah sarat mengandung, dia pon tak de mood nak tengok, jadi tak lah dapat nak pi tengok.. selepas amik adik Anieq kat umah Tok Pah, dalam pukul 7.00 lebih lebih macam tu kami pon pi la kat tempat mencerap Hilal Ramadhan tu.. 



Tuanku Raja Muda Perlis turut berangkat..

 
 Sebahagian dari Exco dan YB..

  
 Er.. juga budak ni yang sebuk nak tumpang tengok juga...

  
 .. juga penduduk berhampiran termasuk ahli-ahli pergerakan UMNO..

  

Pemandangan sebelum matahari terbenam, dan juga selepas matahari terbenam, memang tak akan nampak anak bulan itu pasal keadaan cuaca yang tak begitu mengizinkan, ada jerebu kat kaki langit tu menyukarkan untuk melihat anak bulan, dah tu aku tanya gak pakar kat situ, kalau ikut pengiraan depa anak bulan boleh di lihat seminit sebelum matahari jatuh, bermakna memang tak akan nampak pasal cahaya yang terang... jadi makna kat harini tak jadi berposa.. besok lah kita berpuasa lah yer.. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak juga selamat berpuasa semuanya, semoga kita di berikan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan tanggungjawab ini, juga semoga amalan kita di terima oleh Nya.




Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....