Skip to main content

Semangat merdeka...

Hmm, tahun ni nampak gayanya semangat merdeka sedikit pudar rasanya, biasanya kalau disebut merdeka, Hari Kemerdekaan pastinya meriah, bahkan kalau 3 - 4 tahun lepas tak sah Hari Merdeka kalau tak kena berkawad mewakili jabatan, bahkan tahun lepas pun aku berkawad juga, tapi tidak mewakili perpustakaan tetapi di pinjam oleh Kekkwa.. yah kebetulan di bawah satu kementrian, jadinya kira gunasama la.. 


Dahulu juga kalau malam-malam merdeka pastinya ada konsert, biar pun konsert dari artis tempatan tapi tetap meriah, tambah pula ada pertunjukkan bunga api, menjadi acara kemuncak menanti deti 12 malam, malahan masa muda (awal bekerja lah..) pernah juga aku terlibat dengan kebudayan dalam persembahan ambang merdeka, pernah juga menari, berlakon pentomin, ha haa entah lah mesti anak-anak ku gelak pecah perut kalau depa tau abah depa pernah terlibat.


Banyak juga peristiwa detik ambang merdeka yang pernah aku lalui, pernah balik pukul 1 - 2 pagi pergi tengok konsert di Stadium Dato' Sheikh Ahmad Kangar, kemudiannya besok pagi kena berkawad, kadang-kadang lepas berkawad terus demam, pernah juga cuba-cuba bercouple pi tengok pertunjukkan bunga api, pernah juga berkawad waktu malam di ambang merdeka hmm 4   - 5 kali rasanya, banyak juga sejarahnya.


Tahun ini rasanya Ramadhan Al Mubaraq lebih di hayati, mungkin juga dengan keadaan sekarang yang tidak sesuai untuk beraktiviti   luar kerana pandemic H1N1 masih berleluasa, maka sambutan kemerdekaan menjadi  lebih malap, apa pun masih juga usaha menghidupkan suasana di sana sini, bangunan-bangunan kerajaan memasang bendera, kenderaan juga banyak yang dipasang bendera, begitu juga dengan library tempat aku bekerja, selain memasang bendera, juga streamer dan banting-banting banyak diedarkan keseluruh cawangan, tadi sempat juga aku rakamkan detik mereka memasang satu banting besar ...



Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..