Skip to main content

Untuk renungan : Hadis Palsu Rejab - Syaaban

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib di imani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّار
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

selanjutnya sila baca : Dr Maza

Comments

Neeza Shahril said…
bila kami datang duduk saudi ni kan zul, banyak benda yang kami belajar yang sebenarnya tak berapa betul. contohnya hadis ni la. banyak hadis yang tak diketahui perawinya (betul ke perawi nama dia ye). Contohnya kan, imam baca doa lepas solat. Nabi s.a.w tak buat macam tu pun dulu. Maknanya, kita tak perlu imam untuk baca doa. Doa perlu straight kepada Allah, bukan melalui imam. Masyarakat kita, selalu kata, lebi afdal baca doa dengan imam. tak tahu lah hadis mana cakap cam tu.. in fact banyak lagi benda ni. Mutawa sini memang berpegang teguh pada Al Quran dan Hadith yang sahih...

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Sukan Kakitangan Kerajaan Negeri Perlis

Cuti...