Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Jom Baca

Adeh la.. sebenarnya, banyak aku nak cerita pasal program yang telah di adakan tadi.. semangat saja aku nak bercerita, bila abis jer program tadi, terus aku balik rumah dan uploadkan gambar-gambar yang beratus tu kat dalam pc aku, tapi dek kerana masa yang tak mencukupi, dan kerana ada kerja lain yang aku nak bereskan, maka aku letakkan gambar sekeping sahaja. Then, bila malam nya, aku dah jadi malas nak update, bukan kerana apa sangat, tapi bila teringatkan peristiwa yang dah terjadi siang tadi, menyebabkan hati ku sedikit tersentap.. sikit sahaja, tapi proses nak merawatnya tu kiran makan masa juga la, hmm aku dok terpikir juga la, macam mana aku boleh tersentapz.. dan terasa hati macam tu?.. padahal sepatutnya aku tak tersa pon, perkara yang kecik sangat.. terlalu kecik untuk di buat modal nak merajuk (.. waa kaa.. kaa) . Mungkin juga aku ni dah makin tua kot, jadi hati aku makin mudah terasa dan tersentuh, cuma aku perlu berdoa banyak-banyak agar perasaan ni tak dijadikan modal un...

Berkat!

Mungkin juga keluhan aku semalam di penuhi Nya, mungkin juga aku yang tak sabar dengan ketentuan Nya yang dah diatur tanpa aku ketahui dan sedari, maka pagi tadi, cuaca dah berubah, dari panas sebenarnya, menjadi dingin menjelang subuhnya, dan bila pintu rumah ku buka, rupanya dah ada kabus yang dingin.. walaupun tiada salju, tapi kabus yang dingin itu dapat selesakan diri ku ini.. sesungguh nya aku amat bersyukur, sesungguhnya aku amat aku di atas ketentuannya, ampunkan lah hamba mu ini Ya Allah, diatas ketidak sabaran ini, sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah. Pemandangan yang di ambil dekat umah pengasuh Athirah.. bila di 'zoom' kan, masih lagi tidak kelihatan bentu background dia Pemandangan dalam perjalanan balik dari rumah pengasuh Athirah, Background dia masih lagi kabur, hanya nampak sedikit bukit di belakang nya!

Anganku

Sekarang ni kat umah, panas betul.. mungkin pasal siangnya panas terik, menyebabkan dinding rumah menyerap haba yang banyak, dan menjadikan kat umahaku ni bila dok dalam umah memang berkuap-kuap panasnya.. walaupun kadang-kadang hujan, tapi masih hujan yang tak begitu lebat.. yang mana tak dapat menyejukkan suasana di dalam rumah, menyebabkan masa tidur ku terpaksa menggunakan dua kipas angin, plus satu exhaust fan.. kalau tak mem aku dan juga Athirah akan berpeluh-peluh.. dan aku tidur dengan tak ber****.. hu huu.. Udah nak buat macam mana kan? Nak beli aircon masih belummampu.. kalau pon mampu beli aircon, tapi perbelanjaan elektrik pasti akan meningkat, hu huu dalam keadaan aku sekarang ni.. memang lah tak sesuwaiiii.. jadi kena terima sajalah apa yang ada... sabo lah lagi... He hee bila lah aku nak leh pi melancong kat tempat bersalju nih.. masih dalam top list angan-angan aku.. :)

Isteri kepada suami

A khlak Isteri terhadap suami ketika hamil - menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami - menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji. - Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah. - jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga. - hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya. - apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami. - berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami. - jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain. - jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada. - jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami. - jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri. dipetik dari: norfamily

Suami kepada Isteri

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah: - sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri. - sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya. - jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba - mengingati keadaan manis dan jasa isteri. - Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya. - jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai. - hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri. - bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah. - cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesiha...

Fadhilat Wanita Menurut Islam : Wanita Soleha

Wanita soleha menurut pandangan Islam. 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ...

Setelah berhibernasi.

Setelah sekian lama berhibernasi, aku tercari-cari, kena aku jadi sunyi macam ni, kenapa mesti aku berhibernasi, sebenarnya memang aku akui, akukehilangan tujuan aku berblog, apakah semata mata aku nak bercerita, melepaskan geram, menyatakan rasa tak puas hati, melepaskan gelodak amarah, atau beribisik-bisik sekadar bercerita. Entahmungkin semuanya.. mungkin juga rasa terigin nak buat blog sealepas melihat orang lain berblog? Pun mungkin juga.. Jadi kenapa aku membisu? Sebab aku tiada idea, sebab aku selalu mengulang cerita yang sama, sebab tiada apa yang berlaku di sekliling aku... ? Tiada perkara yang menarik yang berlaku pada aku?... Sebenarnya tidak juga, banyak juga idea, banyak yang berlaku di sekeliling aku, ada juga perkara yang menarik berlaku pada aku.. cumanya aku sendiri tak mengerti macam mana boleh jadi begini.. Mungkin juga rasa bosan, cemuih, juga perasaan terkongkong, perasaan seronok, bahagia, suka dan duka serta sedih, dah terlalu bercampul gaul, malah dah menjadi te...

Hibernasi....

Entah pasai apa, aku kebuntuan kebelakangan ni, tiada ada sesautu yang menarik untuk aku garapkan kat sini, tiada sesuatu yang aku rasa dapat di lakarkan disini.. sesuatu yang aku tengok, sesuatu yang aku nampak dan sesuatu yang aku rasa macam dah jadi satu kerutinan, macam dah pernah aku cerita sebenarnya, perlukah untuk aku terus bercerita benda yang sama yang berlaku pada setiap tahun, setiap bulan, hari dan dan setiap jam, seperti musim bertukar, matahari bergerak, air pasang dan surut? Jadi sehingga ada sesuatu yang aku dapat cerita kan kat sini aku nak berehat lah sebentar, nak ber 'hibernate'... hu huu... mencari idea ... sehingga berjumpa lagi...

Musim berganti lagi...

Sekarang ni, musim berubah lagi, kalau sebelum ni, sejuk menyucuk sehingga ke tulang hitam, lepas tu pulak berbahang panas siang dan malam, sekarang ni meh pulak musim hujan, tak kira petang, malam, mau pun pagi ada saja hujan, kalau tak pagi, malam, tak pun petang, kadang2 tu dari pagi sampai lah ke malam. Dah tu pulak, fenomena nak hujan pulak dah berlainan dari dulu, dulu kalau awan kelam berkepul-kepul tuh tau lah hujan nak turun, bersama ribut petir mau pun angin kuat dan ribut. Ni lah tanda-tanda perubahan musim, yang mana kesannya membawa kepada kejadian pokok tumbang, hujan lebat maupun ribut yang menerbangkan bumbung rumah, kejadian ni terjadi hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia! Dulu, musim-musim macam ni, masa arwah mak aku ada, di mesti risau kalau anak-anak dia tak cukup, mesti dia tanya sana sini, pi mana.. dah tu bukan setakat anak-anak dia, kalau boleh kucing-kucing dia pon nak himpun sama! He hee betapa risaunya dia! Tapi sungguh, kilat dan guruh masa tu kuat sungg...

Musim rambutan datang lagi...

Entah la.. sebenarnya masih lagi bukan musim buah, cuma aku yang excited sangat, baru bleh dikira sebagai musim berputik kot.. he hee ter over lak aku kan? He hee tapi se boleh mungkin.. aku akan pergi tengok pokok-pokok rambutan ni sekerap mungkin.. bila aku berkelapangan.. nampak macam aku ni dah mengidam sangat nak makan rambutan kan?.. ehh tidak la.. kalau akan nak makan sangat, memang dah boleh beli di pasar malam atau pon kat 'nat', cuma nya aku seronok tengok lebih dari nak makan tu sendiri.. Untuk makluman, ini adalah musim ketiga pokok ni berbuah, memang la tak banyak mana buahnya, tapi kerana aku sendiri yang tanam, aku sendiri yang membesarkannya ( dengan menyiram ila perlu, dengan membaja bila sampai masanya).. jadi pasai tu aku seronok.. kalau nak di kirakan , kawasan tanah kat kampung aku tu tanah hitam yang kurang sesuai untuk tanaman buah-buahan kayu macam ni, yang sesuai adalah mempelam, nangka (cempedak pon tak sesuai) , yang tu banyak di tanam di kawasan k...

Mentari pagi...

Sekarang, dalam musim-musim sekarang ni, seronok aku bangun pagi, walaupun cuaca dah tak sejuk, tapi pemandangan pagi cukup cantik sekarang ni, kalau dulu bangun 7.30 pagi matahari belum jua timbu-timbul, tapisekarang ni, pukul tujuh pagi dah terang benderang, kalau sebelum nih , bangun pagi langit kosong saja, awan pon tak kelihatan, kalau ada pon setompok dua saja di bawak angin, sekarang ni dah boleh nampak kesan dia bila matahari menyuluh, emm nampak macam bilah-bilah matahi saja.. ni kesannya kalau kat langit tu ada kesan-kesan awan.. he hee kalau rajin juga kita perhatikan, setiap kali musim bertukar, pasti nya kedudukan matahari tak sama, kalau tengok dari gambar diatas dan tiang elektrik tu di jadikan sebagai center, kita boleh nampak bila musim tetentu matahari berada dekat tian.. kadang2 ke kanan dan kadang2 di sebelah kiri.. hu hu perihatin betul kan aku? Okeh semalam, Ahad, tak de la ke mana-mana, duduk kat umah, semejak - dua menjak ni, mem aku kurang sihat sikit lah... ta...

AF 6 : Bukan demam! Hanya selsema...

Okeh.. ini sebenarnya.. kenapa dalam dua tiga hari ni, aku beria ia ber'blues', berdendang dan mengimbau kenagan dulu-dulu, sebenarnya hanya kerana AF6 ni, kerana mereka akan menyanyikan lagu zaman-zaman ni.. jadi serba sedikit aku terasa akan nostalgianya. Lebih kurang lagu-lagu yang akan di nyanyikan adalah seperti berikut; Pelajar Wanita Saida : Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella Nadia : Total Eclipse of The Heart - Bonnie Tyler Stacy : Pelesit Kota - Search Lufya : Tika Dan Saat Ini - Medicine Rina : Enter Sandman - Metallica Pelajar Lelaki Faisal : Sentuhan Kecundang - Ekamatra Toi : C.I.N.T.A. - XPDC Riz : Keunggulan Cinta - BPR Stanly : Patahnya Sayap Malam - Massa Naim : Opera Hidup - Wings Alif : Kamelia - Sweet Charity Nubhan : Summer of 69 - Bryan Adams Kiranya aku berasa seronok sangat la.. bukan kerana apa kerana lagu-lagu ni dah menjadi pujaan ramai, lagu yang di memang di kenali.. jadi aku pon berharapan akan di persembahkan dengan sebaiknya oleh budak-budak (da...

Aku dan blues 4

Oke.. ini ada lagi lagu zaman aku lepas belajar ni, ni lagu ni popular sampaikan di buat filem dan di jadikan tema filem, bukan satu , tapi dua filem.. sungguh sensasi lagu ni, filem yang di maksudkan ialah Isabella dan juga Fenomena. dua-dua aku tengok kat panggung wayang. Dan masa tu masih ada panggung wayang di Perlis ni, sekarang panggung wayang di Perlis dah pupus di telan masa! Dulu ada panggung Kapitol sekarang dah jadi Dewan Kapitol Unimap, Dulu ada Panggung Mahkota sekarang dah jadi Pasaraya.. abis la.. satu lagi Panggung Empire.. panggung zaman mak pak aku pi tengok cerita hindustan.. dah pon runtuh di telan zaman! Oh ya tak lupa da juga Panggung Cathay Kuala Perlis, sekarang dah jadi lot-lot kedai! Hu huu kiranya dah putus benih Panggung Wayan9 di Perlis.. Isabella (Search) Isabella adalah Kisah cinta dua dunia Mengapa kita berjumpa Namun akhirnya terpisah Siang jadi hilang Ditelan kegelapan malam Alam yang terpisah Melenyapkan sebuah kisah... Terbayang lambaianmu Salju terb...

Aku dan blues 3

Hi hi.. hari ni layang blues lagi.. biarlah, biarlah aku layan blues sesorang aku, bukan ada sapa nak teman kan, dah memang aku dok sorang sekarang ni, he hee abis la aku kalau mem aku baca.. tak der lah macam tu aku maksudkan.. layan blues ni memang kena sorang2 kan.. kalau dah berdua tak layan blues lagi dah.. hmm lagu Ella nih mengingatkan aku pada zaman aku nak amik peksa SPM kali ke 2, yes kali ke dua.. zaman tu dah bebas skit.. kalau ada Ella and The boys buat Konsert kat Fun Fair.. dah boleh pi tengok dah ni.. dan biasanya aku pi sorang dengan abg aku tolong hantarkan.. yes aku tak der pengangkutan lagi masa tu.. dan layan lah aku lagu Ella ni sensorang di tengah kebisingan konsert. Dua Insan Bercinta (Ella) Bila cinta berakhir Musnahlah segalanya Kalau kau pergi dulu Tiadalah ertinya Usahlah pergi dulu Sebelum hasrat tercapai Agar kita bersama Seperti selalu Terimalah ku kembali Hanya takdir yang menentukan Berbanyakkan bersama Supaya tak di persiakan Jagalah diri jagalah diri ...

Aku dan blues 2

Okeh, hai ni pon macam kemarin juga, takder apa-apa nak di coretkan, masih melayan blues.. kali ni Kita bersama Hattan pulak.. dengan lagu yang tangkap lentok dan leleh, bersama lirik yang syahdu macam ni , buat aku nak balik umah tidor, melayan kenangan masa lalu.. zaman masa dah nak abis sekolah dah ni.. Sekuntum Mawar Merah ( Hattan) Sekuntum mawar merah sebuah puisi Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari Mulanya cinta bersemi dan kehadiran Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati Haruskah ku ulangi Kemesraanmu dan cintaku Berlagu dalam irama nan syahdu Tapi mengapa hanya sementara Api yang menyala padam tiba-tiba Terkenang kembali lagu cinta lama Kisah mawar merah berduri Menusuk di hati Haruskah ku ulangi Apakah dosaku dan apakah salahku Sering gagal dalam bercinta Mengapa cinta hanya sementara Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Aku dan blues 1

Nampak gayanya, aku masih lagi berdendang.. melayan blues, entah kenapa, entah pasai apa tiada peristiwa yang dapat nak di catatkan disini, tapi perasaan untuk meng update tu masih ada.. jadi biar lah aku terus berdendang.. mendenga lagu-lagu lama, zaman rock kapak! Tika begini mencari-cari Sebuah cinta hilang Saat begini ternanti-nanti Bayangmu sayang... Bertanya-tanya pada sang bunga Mengapa layu jua Bertanya-tanya dihujung rindu Kau pun berlalu Ku ulangi pertemuan Walau hanya mendakap sisa cinta Bersama rindu yang terdampar Saat ini aku sendiri menangisi Pemergianmu kekasih Dan cuba memujuk rindu Yang pedih tercalar Di sudut ingatanku Airmataku kau renang bahagia :-Tika dan saat ini (Medicine)

Sendiri.

Hari ni, hari kerja, berjalan macam biasa, tiada apa-apa yang luar biasa yang berlaku. Dan selepas pukul 5 petang tinggal lah aku kesorangan, tiada kawan, tiada rakan, tiada pengguna baik yang kecik2 atau pon yang besar ragam. Dan mengantuk mula bermaharaja lela.. pusing sana , pusing sini jumpa lah lagu ni.. mengungkap balik zaman-zaman remaja masa dulu! He he layan je lah.. jangan tak layan!!! Sendiri Dinginnya di malam ini Suasana pilu Terkenang daku kembali Sejarah silam Setelah engkau pergi Sepi hatiku Terpadamalah api cinta Musnah harapan Mengapa engkau sanggup Mengubah fikiran Hanya kerana Peristiwa itu Kau hancurkan kota cinta Yang kita bina bersama Di masa Yang lalu Kini aku terus tersiksa Oleh kepalsuan cintamu Tinggallah aku sendiri Menanggung derita ini Setelah engkau pergi Tertutup hatiku Tak mungkin bercinta lagi Biarku sendiri