Skip to main content

Gambar Kenangan!



Isk.. entah kenapa, hari ni aku selak lagi album gambar-gambar lama, melihat balik gambar kenangan silam, waktu sekolah dulu.. huh huh.. kalau korang nak tau ni zaman sekolah rendah, zaman dimana aku tak tahu apa satu pon.. pakai main redah saja.. hak gambar atas tu masa Darjah 3A tahun 1979.. dan kat bawah tu Darjah 2A tahun 1978.

kisahnya masa tahun ni ada peperiksaan penirasan (penurasan?) darjah tiga, di mana cikgu akan rombak balik kelas masing masing untuk dikategorikan sebagai pandai, sederhana dan lembab. Kelas pandai biasanya ada dua kelas aku rasa la (dah lama.. aku pon dah lupa) dan kelas sederhana ada satu dan kelas lembab ada satu. Lembab dala kategori ni bukanlah sampai taraf dungu.. cuma lambat nak catch up saja.. dan ada diantara mereka dari kelas lembab ni akhirnya masuk kelas A juga. Aku cikgu kategori kan aku sebagai pelajar lembab dalam kelas A.. so tak terer la dalam segalanya.. terutamanya dalam kelas lukisan.. memang aku lembab la, masa tu ilmu hisab (matematik) aku boleh celen orang lain la.. walaupun ada yang lebih baik, sapa yang lebih baik hah kami panggil dia Kak Cik ( baju putih tu : pengawas) , aku tak der apa apa jawatan sepanjang darjah 1 - 3. Sekali ada peristiwa lucu di darjah 1 aku rasa, masa awal-awal penggal tu biasalah kan ada pembuntukan Ajk Kelas.. dan bila jawatan tertinggi cikgu tanya " sapa nak jadi ketua kelas" aku dengan berani nya angkat tangan.. mana la aku tau, ketua kelas tu apa kan? Tengok kiri, tengok kanan tak der orang angkat tangan.. (mungkin depa juga tak tau.. terus melopong.. tak bergerak-gerak) heh so automatik aku jadi ketua kelas, tapikan dah aku ni jenis lembab dalam kelas yang pandai, akhirnya aku pon melopong bila dah dapat jawatan, bila cikgu masuk buat diam jer.. sampai kawan kawan aku dok tolong cuit bagitau cikgu datang nak ucap selamat pagi ka, tengahhari ka.. hu hu... sempat la aku pegang jawatan ketua kelas tu dalam dua minggu aku rasa, cikgu pon dah give up.. langsung lantik orang lain.. he hee.. abis la aku..

Selain dari tu, gambar ni juga sebenarnya gambar bersejarah, aku ras alah.. pasai apa.. selepas dari darjah 3, kami berpindah bangunan ke bangunan baru.. dalam 1 km dari tempat nih, kawasan sekolah ni sekarang dah jadi milik penuh sekolah menengah.. bangunan latarbelakang Darjah 2 tu runtuh dahulu, aku rasa masa tu aku darjah 5 kot, sekali sekala kami pi juga jenguk, dan masa aku masuk tingkatan satu, sekolah menengah yang sama, aku lihat cuma ada banguna kelas yang satu tingkat, kuarters guru dan bangunan background darjah 3 tu, bangunan kelas aku adalah bangunan background gambar darjah 2 tu, kelas bawah kanan sekali, kat gambar tu nampak pintu saja.. dan kat tengah tu(belakang tangga) ada perpustakaan, huh syok aku.. kelas tepi perpustakaan..lambat cikgu lambat masuk saja kat situ la aku pi lepak.. yang aku suka tengok ialah buku ensiklopedia sains.. mungkin pasal tu aku minat sains kot, dan bab gambar bangunan yang jadi background darjah 3 tu, lepas aku keluar tingkatan 5 baru la di runtuhkan setelah teramat uzur dan dah tak selamat untuk diduduki.. tapak bangunan darjah dua sekarang ni dah jadi asrama sekolah menengah, dan tapak bangunan darjah 3 tu, dah jadi makmal komputer aku rasa.

Banyak betul kenangan..
Kat gambar tu pun dah ramai aku tak ingat nama depa.. kalau jumpa mesti dah tak cam.. lama pakat2 menghilang.. aku harap kalau depa ada nampak gambaq ni, mungkin depa kenai sapa diri mereka.. Batch Sekolah Kebangsaaan Kayang 1977 - 1982.

++
Hok sapa yang teringin nak teka, yang mana aku tekalah,
tak der hadiah leh aku bagi, cuma penghargaan sahaja la,
satu klu yang aku boleh bagi, aku senantiasa berada di saf belakang sekali,
dari dulu sampai la ni..
Posted by Picasa

Comments

WanShila said…
salam..

sweet memories...
Anonymous said…
salam perkenalan!

Sweet memories maaa...

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Entri kira muat...

Serupa tak..?