Skip to main content

Hari-hari yang kurang keceriaannya


Adeh.. adehh.. adehh..

Ari sabtu tu, masa pi amik Athirah kat umah pengasuh dia.. depa bagitau yang dia demam, hmm sehari sebelum tuh mak dia selsema.. hah sahih dah berjangkit dari mak dia ni.. bawak athirah balik, bukak peti ais.. laa.. stok ubat dia dah abis.. so pertang nya kena la pegi klinik lak.. emm tak per la, nak buat macam mana kan, walaupun hujung-hujung bulan ni, kena juga sediakan perbelanjaan yang tak terduga macam nih.. huh nasib baik kan? So malamnya balik dari klinik terus bagi ubat dan tido kan dia.. mujur la tak meragam apa-apa.. mujur la dia tak gaduh naik main saja.. mungkin juga pengaruh dari ubat tu kot, maka dia cepat tido..

HAri ahad tu masa bangun tido aku dah start rasa semacam je.. ahh sudah.. meh berjangkit kat aku pula... emm nak wat gena terima jer la.. yang nasib baiknya.. athirah cepat sembuh.. hari ahad tu dah ok, badan pon tak panas sangat dah, batuk pon tak, bersin pon sekali sekali sahaja.. ok la macam tu.. aku masa pagi tu masih setakat bersin sekali sekala juga la.. menjelang tengah hari.. selepas aku abis cuci keta ( dua buah sekali - adeh lenguh pinggang ooo) mula jadi bertambah teruk... bersin pon makin kerap.. hidung pon mula berair.. huh habuan aku la gamaknya athirah dan mama dia tak teruk aku lak yang bertambah teruk nih..

Menjelang malam, makin menjadi-jadi lak bersin dia.. mau takmau terpaksa la aku amik Paracetamol ( sebijik saja la.. nih kes tak kuasa nak makan ubat la).. lepas sejam tu makin kurang bersin.. tapi hidung berair juga.. dah tu tak leh nak tido lak tu.. mesti tersumbat hidung.. kalau tido selang sejam atau dua jam mesti terjaga.. bangun minum air dan juga buang air.. sampai lah pagi.. huh sudah semestinya aku dah maleh nak gi keja kan.. maklum la kepala pon sakit.. sebab bersin dan kurang tido kot.. jadi cuti la aku sehari semalam..

so hari ni alhamdulillah dah ok rasa nya.. dah tak sakit kepala, dah puas tido semalaman, cuma yang tinggal batuk sekali sekala.. tapi aku rasa ok la.. pasal tu aku pegi keja hari ni.. athirah danmak dia dah ok dari semalam lagi.. aku jer dok tergedang sorang!



Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....