Dah lama aku tak update rupanya.. maafkan aku.. selepas sekian lama badan aku demam, dan sekarang ni masih lagi terasa belum selesa denagn sedikit batuk batuk. Dan selepas itu maka idea aku juga turut demam dan minda ku juga menjadi begitu kelu untuk melakarkan coretan-coretan disini.. sekali lagi maafkan aku..
Merujuk kepada gambar tertera di atas, selepas sekian lama aku tak perlu menghadiri apa-apa program di luar waktu pejabat maka, kali ini aku terpaksa juga keluar malam. Pagi tadi.. semasa aku nak pi Punch card (thump print sebenarnya..) aku terbelek satu sekla ( circular) yang mengkehendaki aku menghadiri satu majlis iaitu Majlis Perasmian Ekspo Maal Hijrah. Hmmm nampak gaya dah ada nama ni, terpaksa la aku pergi jugakan.. dah tu pulak siap berpakaian batik lak malam-malam.. isk maleh nya aku.. tapi apa nak buat.
So balik umah aku pakat dengan mem aku untuk nak bawak 'lesen besar' untuk balik awal. Jadinya kena la bagitau kat pengasuh athirah untuk pastikan dia tidor siang tu untuk menjamin bahawa dia tak akan mengantuk awal malam tu.. petangnya dalam kol 6.30 lebih-lebih aku dah sampai umah.. jadi sempat rilek sekejap , main main dengan athirah..pastu leh terus mandi manda untuk siapkan diri ke majlis malam ni..
Dalam kol 8.30 kami keluar la pi ke Dataran 150.. berdekatan dengan bangunan Jam Besar .. tempat diadakan Ekspo Maal Hijrah tu.. so kerana sampai agak awal (sebelum jam 9.00 malam) jadi sempat juga kami ronda-ronda kejap di kawasan persekitaran tu.. hmm apa yang ada .. ada jualan produk-produk tempatan.. seperti keropok ikan keli, ada juga juala kopi herba, ada juga jual ikan keli hidup.. juga ada sudut untuk mengurut secara tradisional. Terdapat juga di situ bebarapa Jabatan kerajaan yang membuat pameran jabatan masing-masing, termasuk juga lah jabatan aku.. huh patut la.. hmm aku pon dah ketinggalan.. pasai semenjak dok di temapat yang agak terpencil nih (walaupun berada di pusat..) aku dah teramat kurang terlibat dengan sumer nih, pegawai yang dok denagn aku yang manyak terlibat.. mungkin pasal aku dah kawin kot.. dan depa masing bujang so aku ada excuse juga lah kan..? Dalam lebih kurang 5 minit sebelum majlis bermula MB Perlis tiba untuk merasmikan majlis.. dan kebetulannya aku berada di gerai jabatan.. dan kebetulan juga gerai jabatan aku berhadapan pintu masuk utama, dan kebetulan juga masa tu kami ada di hadapan.. jadi selepas edisi sambut-menyambut oleh para penyambut tetamu dan dif-dif.. maka MB Berjalan untuk bersalam dengan orang ramai.. dan ketika itu dia terpandang Mek aku tuh..
" Ehh anak sapa ni?".. MB
" Anak saya la.. " .. Mem Aku
" Sapa nama? Meh salam .. " .. MB
" Amau... ".. Athirah
" Mai la.. comeinya dia" MB sambil sua(hulur) tangan.. dan detik tu tiba-tiba si Athirah tu sua tangan dan cium tangan MB.. hu hu.. terkedu aku, tak terkata apa.. lepas tu baru dia salam dengan Datin Seri pulak.. hehe glamour la sekejap.. tapi sayang nya aku terkedu terus.. lupa nak tangkap gambar masa tu.. isk ruginya.. cuma yang tak terjadi malam tu, nasib baik la athirah tak kata " amau kawan.." he hee kalau dia marah ke, atau kita bangkang dia sekarang ni itu la ayat dia.. lepas tu kena pi pujuk la kata " awan la..".. pastu dia gelak la..
Satu lagi mujur lah dia tak jawab masa MB tanya nama dia mujur la dia tak jawab.. " Atun Eii.. Ahhh!!".. heh he kalau dia jawab macam tu mesti pakat gelak besaq.. emm dah besaq rupanya anak aku nih.. dah boleh sebut nama dia walaupun masih pelat-pelat dia tu.. dalam kol 9.45 kami balik la.. pasal Atu Eii Ahh tu dah menguap sangat dah.. dah ngantuk .. dah sampai masa dia nak lelapkan mata.. mujur juga dia tak meragam sangat.. cuma dok gaduh nak berjalan.. isk nasib baik pakai stokin saja, tak pakai kasut.. kalau tak jenuh la hambat dia satu kawasan tu..bukannya dia nak jalan..tapi nak larii...

Comments