Skip to main content

Secebis kisah walang!

Adeh.. entah la.. apa la pasal.. membuat aku sangat susah nak update sekarang ni, yang pasti aku kerap hilang tumpuan, bukan saja kerana kerja.. tapi perkara-perkara yang aku sendiri tak tahu nak kata, nak sebut, dan nak tulis kat sini, walau apa pun, aku masih sihat, masih waras dan juga masih ceria menmpuh hari-hari yang terus mendatang.. dan selalu nya kalau mukaddimah macam ni, untuk orang yang jiwanya kacau bila menyambut hari lahir, mengenang usia yang makin menambah, mengenang untung nasib badan, mengenang hal hal keluarga, mengenang usia mek tirah yang semakin menambah, makin banyak tanggungjawab, mengenang nasib kerja aku, menanti pada yang tak pasti dari hari ke hari bagai tiada noktahnya.

Huh semuanya nak kena pikir, yer lah itu lah, dah makin berumur.. dah makin banyak nak kena uruskan.. jadi pesal tu gamaknya uban makin banyak.. he hee orang lain la.. aku masih maintain rambut itam yang kurang kilatnya ni, huh huh.. nampak gayanya para ini tak akan kemana-mana, tidak ada faedahnya...

Di para baru ni, hah apa aku nak bicara? Em bicara tentang kerja.. nampak gaya senario 2-3 tahun lepas akan berulang, bulan ni, gaji untuk staff sambilan dan staf kontrak federal dapat lewat, ni kerana hq(?), atau lebih tepat orang bawah sikit dari kementrian lambat nak hantar peruntukkan kepada staf depa ( kontrak) jadi pihak pejabat aku terpaksa mengguna kan sebahagian wang yang di pruntukkan kepada staf pejabat untuk bayar gaji depa ni ( masa bulan 11) jadi tabung dah syusyut.. depa terpaksa tangguhkan bayar bulan hutang-hutang, termasuk hutang keta aku, dan kemarin aku dah dapat reminder yang mengatakan aku tak bayar hutang sebanyak RM1xxx.47 .. ini bermakna dah 3 bulan duit keta tak berbayar.. ini bermaksud depa dah potong duit aku, selama 3 bulan.. tapi tak bayaq duit keta aku.. hu hu.. tension la.. mungkin bila duit dah masuk depa akan bayar.. tapi kalau dah smp tiga bula tentu kena denda kan.. sapa lak nak bayar.. huh.. tu satu hal.. mungkin kah juga gaji bulan 1 nih akan lewat dibayar? pasal duit tak masuk? hu hu.. itu la, baik burunya kan.. keja dengan gomen.. pastu perbadanan pulak , jadi membawa maksud separuh dari belanja dia biayai oleh negeri dan separuh lagi kerajaan pusat.. sentiasa ada tolak tarik antara depa.. yang jadi mangsa nya adalah kami yang menurut perintah!

Ohh yaaa.. gambar baru Athirah.. makin buas anak dara aku nih, dah pandai panjat kerusi meja makan tuh, panjat gril pintu, mulut makin celoteh, pendek kata boleh bikin abah dan mama dia semput.. kalau nak itu.. itu lah juga.. kalau dibantah.. riuh satu kampung jadinya..

ps:-
masa aku tengah dok taip entry ni aku tertengok ym dengan tak sengaja..
rupa-rupanya ada bos aku tengah dok online..
dia tengah skodenng aku ka..
hu huu.. kalau la dia baca!...

Comments

Jie said…
Salam,

Terimakasih singgah blog saya , bukan ada apa yang menarik pun, blog syok sendiri..kehkehkeh....

ttp dari blog saya jumpa ramai kawan sehingga ke dunia realiti.

mcm tu la hidup, semakin lama semakin kita byk tanggungjawap...hidup berputaran spt sedia, rutin berlalu tanpa kita sedar....cuma yg mampu kita utaman keperluan dari keinginan.

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....