Skip to main content

Excuse me! anak sapa nih..?


Err.. anak sapa yang terlepas ni?
Pening pon ada..
Angin pon ada..
Lawak pun ada..

kisanhnya. pepagi jer baru lepas punch kad.. se awal pukul 9.10 pagi dah ada sorang cikgu nih datang, bawak anak dia.. mula dok tengok-tengok dalam bilik nih, pastu cari buku kat anak dia.. ok la biasa lah kan, pastu dalam lepas 5 minit, dia naik ke tingkat atas, oo.. rupanya ada cikgu nih ada program sekolah di dewan tingkat atas ni.. lepas tu susah dia nak gi hantar anak dia gi Taska kat Arau.. jadi tinggal la kat sini.. aku juga yang ngasuh... nasib baik dah 6 tahun.. tak ler kacau aku..

Lepas kol sepuluh..

Mak dia turun meh tengok anak dia, eh bawak sorang lagi.. hairan lak aku tengok.. macam mana budak tu leh naik kat atas, baru kejap dia ada kat bawah dok baca, cari buku dan berjalan-jalan dalam bilik nih.. ohh rupanya kembar patut la aku leh konpius.. jadinya dah ada 2 orang.. ok tak per lagi.. masih leh bebisik2 dan sesekali jer ketawa yang agak kuat. Ok biasa lah kan budak-budak.

Lepas kol sebelas..

Mak dia meh pulak.. aik bawak sorang lagi, kalai ni lak adik lelaki dia, aduss sudah .. kena dua yang tu pun boleh bikin gue pusing, ni datang lagi leh jadikan gue rewel la.. dan memang la.. bila dah jadi tiga tu makin kecoh la.. main sana, main sini, pegang sana, pegang sini.. lari sana, lari sini memang boleh kasi gue capek la.. lepas tu aku tangkap la diorang.. (... aku tangkap gambo la..) lepas tu aku cakap la.." adik-adik, dalam ni tak leh la nak main-main macam tu, kalau adik nak main juga pegi la main kat compound kat luar tu, tapi jangan la bising ..." ok.. diaorang ikut gak la cakap aku nih gih main kat luar... (maklum la cikgu kecik takder.. aku la jadi cikgu besarnya)

Lepas kol 12,
Depa mai pulak, kali ni bawah sepupu sepapat ke kawan-kawan dia orang lak... adus.. pancit gue...!

moral of the story:-
+ jangan dera budak-budak
+ dasar budak-budak memang suka nak main
+ dasar aku - mau tak mau kena la layan budak-budak
+ dasar aku - nak cakap ngan customer tak leh la kasar2, lembut2 gitu.. maleh aku nak marah2 kan orang

++ tapi kan , comei gak si kembar tu kan..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..