Skip to main content

Catatan awal oktober 07

Dalam mengharungi satu kehidupan berumahtangga sebenarnya banyak yang perlu kita harungi, banyak yang perlu kita pelajari malah banyak yang perlu kita beri pertimbangan. dalam membuat pertimbangan maka hendaklah di ambil kira dari semua segi dan aspek juga akan melibatkan semua pihak. Maka kerana itu bila berkahwin, maka minda. fikiran dan pertimbangan harusnya terbuka luas, agar tindakan yang diambil, pertimbangan yang di berikan akan meliputi dan saksama..

Cukup.. cukuplah intro aku yang ntah apa-apa tah tu, kalau nak di kira apa lah sangat pengalaman ku, apalah sangat perhitungan aku, apalah sangat gelombang yang ku tempuhi dalam pelayaran di lautan rumahtangga yang aku rasa masih baru, mentah dan muda ini. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman yang aku alami tak kurang peritnya.. tak payah lah aku ceritakan (mungkin... belum masanya) tapi kesannya boleh membuatkan aku merenung.. merenung dan terus merenung mencari di mana pangkalnya harus ku pegang, di mana pucuknya harus ku ulami dan di mana tegaknya harus ku panjat.

Dalam aku mencari pengalaman, tak semuanya pengalaman yang kita sendiri rasa, malahan kadang-kadang pengalaman dari teman-teman, rakan taulan juga mejadi bekal pengajaran pada aku untuk menempuhi lautan kehidupan ini, yang mana ada pasang dan surut, ada badai dan alun di tengah lautan kehidupan.

Baik, apa yang bebelkan adalah kesinambungan dari rentetan peristiwa yang berlaku di sepanjang minggu ni, sebenarnya tak banyak yang berlaku, tetapi apa yang berlaku sebenarnya meninggalkan kesan pada ku, secara langsung mau pun tak langsung. Satu pasal teman pada kawan ku, dan satu lagi perihal pengalaman rumahtangga ku juga lah.

Apa yang aku dapat rumuskan darihal teman kawanku itu, kematangan seseorang bukan terletak pada umurnya, tapi lebih kepada pengalamannya, kerana pengalaman banyak mejadi pedoman kepada cara kehidupan seseorang tuh, walaupun bagaiman cara hidup seseorang sebelum nih, bila makin banyak umur, makin matang dan banyak pengalaman makinmudah dia mengendalikan kehidupan dia, bagi yang baru nak mencari pengalaman, kesabaran dan juga pedoman perlu di bekalkan. Bagi yangdah berkahwin, kalau si suaminya yang terbabas, jangan caepat gubra, tapi cubalah cari pendekatan yang terbaik, gunakkan sehalus muslihat agar si suami dapat kembali ke jalan yang sebenar..

Aku akui, aku masih dangkal dalam mengharungi hidup baru nih, sesungguhnya pengalaman aku begitu kurang, dan mencari sumber untuk di jadikan rujukan juga amat kurang, jadi banyak dari pertimbanganku adalah dari batu jemala ku yang kirangnya pengalaman ni, jadi kadang-kadang pertimbangan ku menjadi kurang tepat, kadang-kadang aku terlalu serius pada hal-hal yang ringan, kadang-kadang aku kurang endah pada hal-hal yang berat, jadi nya bila hasil yang aku dpat tak seperti rancangan dan pertimbangan ku, kalut jugak jadinya, bukan kerana aku takada interaksi dengan isteri, ada setengahnya aku perlu kepada kuputusan bagi diri ku seblum ada keputusan bersama, yer lah takkan aku nak turutkan saja kan pada semua hal. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, bahkan menjadi semakin baik, dari sebelah keluarga ku maupun sebelah keluarga mertua ku.. harapnya akn bertambah baik la.. aku pun sedar.. aku nih pon bebal jugak..

Comments

Anonymous said…
Memang banyak perkara yang perlu dipelajari..
Pengalaman mendewasakan kita...

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..