Skip to main content

isk.. demam la pulak..

Semalam, badan athirah panas, tapi tak membimbangkan.. masih boleh bergelak dan ketawa, bermain bersama abang-abangnya, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, bawak di pergi ke klinik, doktor bagi ubat selsema, batuk dan ubat kahak, pasal dia kata athirah berkahak.. so baliknya, terus bagi dia makan ubat.. lepas tu dia masih boleh bermain dengan abang-abang dia ( sebenarnya lebih kepada tengok[jengok] abang dia bermain jer la.. yer la, orang main bole, main games kat laptop, main tembak-tembak.. macam mana dia nak join.. sedangkan dia baru nak belajar berlari.. dok pegang sponge bob dan garfield dia jer lah..).




Hari nih, pagi.. badan dia masih panas, emm macam tak berkesan jer ubat yang doc tu bagi, tapi bagi juga sekali lagi lepas sarapan, emm dalam kol 9 lebih macam tu, dia muntah.. tapi tak der lah banyak.. muntah susu macam tu jer lah, hmm mungkin bagus juga untuk dia pasal ada kahak sama muntah dia.. okeh la tu kan.. tapi panas badan dia masih lom berubah.. tapi dia masih aktif bermain (kacau) abang-abang dia, tapi selera makan dah kurang, dalam kol 3.30 petang macam tu dia muntah sekali lagi.. bersama ubat dan juga makanan yang dia baru makan, so kami telefon balik klinik tu story lebih kurang, dan dia suruh bawak sekali lagi, jadi kami bergegas siap dan nak cuci badan athirah yang kena muntah tu, sambil tu dia terbatuk dan terkincit ( terkucil ?) ,kmai bergegas ke klinik tu, doc tu periksa sekali lagi, dan bagi dia dua jenis ubat lagi dan juga garam galian bagi merawat sakit perut dia tu, tapi masih lagi tak der ubat demam.. hmm mungkin juga dia berubat dengan cara yang berbeza kah kot.

So dah dapat ubat, dan hari masih awal..jadi aku beli la moi (bubur nasik) kat athirah , kot-kot dia mau makan, kami pegi je ke Lubuk Sireh, kat umah nyang ( moyang..) tiri dia.. sampai umah nyang dia, kami bagi la dia makan.. Alhamdulillah makan banyak juga la.. lepas tu abang-abang dia sampai dari padang besar, emm baru lepas shopping lah tu, dalam depa dok main bersama tu..(habis lah depa dok sepahkan barang mainan kat umah nyang depa tu..) kau tengok athirah makin letih jer.. so aku amik la meh kat aku.. nak bagi susu.. emm panas badan dia makin naik lak.. sampai merah bibir mulut dia, sejuk kakitangan, apa lagi terus jer kami jeram(jelum) kepala dan juga bawah ketiak dan belakang dia.. emm pastu kami balik la.. on the way balik tu aku ingat baik singgah sekali lagi kat klinik tu, walauapa pun kami nak amik gak ubat demam.. sampai jer.. doktor tu lom sampai.. tunggu kejap dia pon sampai.. so kami pon story lebih kurang, dan dia pon bagi ubat demam.. emm dia ingat ubat demam dah ada pasal tu dia tak bagi.. laaaa.. macam tu pon adaa..? isk.. isk..
ni antara kawan2 kawan athirah yang terpaksa
dimandikan.. selepas dia muntah-muntah...
isk kecian depa nih sejuk .. baru pas di mandikan
oleh khadam jepon nih.

So lepas tu balik umah terus la, athirah pon dah bad mood, dah ngantuk dan letih, sampai umah terus masuk dalam bilik tido, bagi susu tapi masih nak bergolek-golek atas tilam tu, isk dalam demam pon masih nak berlasak-lasak macam tu, emm haru nih... aku ingat pas makan ubat dia nak tido dah.. tapi dia memerat jer ( meragam).. masuk jer bilik nak kuar, nak main ngan abang-abang dia, tapi mata dah layu, tak bawak kuar nangis la pulak.. kan ke kacau.. so layan jer la.. sampai kol 10.30 malam , dah tak tahan sangat dah tu.. so dia nak naik buaian.. pulak dahh.. tapi dia naik kejap jer dah tertido.. heh lega la..

....dah tertido budak athirah nih, leh la aku buat entry nih.. leh jugak melilau jengok2 dua tiga laman orang, nak pi beraya dah tuan umah dah tido.. so layan jer la.. sehingga aku pos entry nih, athirah masih dalam buaian ngan mak dia, badan dai yang panas tu dah surut sikit rasanya.. moga-moga esok akan kebah dan sembuh.. yang aku jih masih lagi dok pinjam laptop owang nih.. bila la nak ada laptop sendiri ntah la... dah laptop orang nih tak leh nak berlama la..
ok lah.. sampai next story..

Comments

kesian kawan2 athirah tu kesejukan :)

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..