Skip to main content

Cuti Hari kedua...


cuti..
Hari kedua..
Kaedahnya.. jadi macam ni la..

Jam 7.30 pagi..

Bangun tido.
"Mama... hari ni ada nak pegi mana-mana ka?"
"Ntah.. tak der kot.. tengok macam nak ujan je.. redup!"
"Yer..?".. zzzzzzz

Jam 8.00 pagi..

"Nak Balikk.." Athirah bejelan terkedek-kedek menuju pintu balik..
"hah.. nak balik mana? awal lagi nih..".. abah
"nak balik.. tengok katun",.. Athirah
"emm....", .. abah
Athirah keluar gi tengok tv, pastu kacau angah dia nak basuh baju.. adus tak leh abahnya nak

sambung tido gi.

Jam 9.00 pagi

"Nak ndoi cak!!"
"Abah, tolong buat susu, mama nak buai athirah"
"okesss.."
Lepas buat susu.. mandi.. pegi nat!

Jam 10.30 pagi

Balik dari nat...
Tengok athirah dah tido.. legaa..
Leh tengok American Chopper, Leh tengok NLB.. leh tengok CSI..
"Abang.."
"Yer..? "
" nak tengok Kirana.. cite Siam "
" Lorr... "
" Boleh yer bang..?"
Blurr...
Masuk bilik tukar seluar..
Amik baldi.. cari syampoo..
Basuh keta...
Basuh Proton..
Basuh Kelisa
Basuh pelapik kaki proton
basuh pelapik kaki kelisa..

Jam 1.30 tgh

Berenti makan..
sambung balik...
gosok kelisa..
gosok proton..

Jam 2.30 ptg

"Jom.. pi padang besar"
"Jom.."...
Jam 3.30 ptg..

Bertolak ke padang besar...
dalam pukul 4.10 samapai padang besar..
"errr.. nak beli apa kat padang besar ?"
"nak beli kacang cerdik, kacang potong, gajus goreng, keropok ikan, bla.. bla.."
"tu jer..?"
"yer la... gaji lom masuk!"
"isk.. yer?"
"abang bayer yer?"
"emm... yer la"..
adeh..
(dalam ati " uhhh nasib baik makanan jer.. kalau yang lain samer..?".. adeh!!!)

Jam 5.00 ptg..

Bertolak balik dari padang besar,
Pastu berenti kat Ladang Ostrich kepunyaan Jabatan Haiwan Perlis, bergambar sekeping dua.. Athirah asyik dok sebut bird.. bird, pastu tanya dia bird apa.. dia jawab "bird fly".. he hee berkesan juga aku ajar yek.. yer la masa on the way nak gi umah pengasuh dia tu banya burung bagau kat sawah.. pastu cakap kat dia tu.. tgk bird fly.. ingat juga dia rupanya..

Singgah kat Felcra Lubuk sireh kejap umah Chu Doyah,
kol 6.00 balik umah, kol 7.00 sampai.

adus letih den..!

daftar kata :
+ nak balik = nak keluar
+ ndoi cak = buaian la tu
+ kacang cerdik = pistachios

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..