Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2007

Excuse me! anak sapa nih..?

Err.. anak sapa yang terlepas ni? Pening pon ada.. Angin pon ada.. Lawak pun ada.. kisanhnya. pepagi jer baru lepas punch kad.. se awal pukul 9.10 pagi dah ada sorang cikgu nih datang, bawak anak dia.. mula dok tengok-tengok dalam bilik nih, pastu cari buku kat anak dia.. ok la biasa lah kan, pastu dalam lepas 5 minit, dia naik ke tingkat atas, oo.. rupanya ada cikgu nih ada program sekolah di dewan tingkat atas ni.. lepas tu susah dia nak gi hantar anak dia gi Taska kat Arau.. jadi tinggal la kat sini.. aku juga yang ngasuh... nasib baik dah 6 tahun.. tak ler kacau aku.. Lepas kol sepuluh.. Mak dia turun meh tengok anak dia, eh bawak sorang lagi.. hairan lak aku tengok.. macam mana budak tu leh naik kat atas, baru kejap dia ada kat bawah dok baca, cari buku dan berjalan-jalan dalam bilik nih.. ohh rupanya kembar patut la aku leh konpius.. jadinya dah ada 2 orang.. ok tak per lagi.. masih leh bebisik2 dan sesekali jer ketawa yang agak kuat. Ok biasa lah kan budak-budak. Lepas kol sebel

demam peksa?

ini ler.. musim peksa dah dekat maka calon-calon nya berduyun duyun mencari tempat, library awam la, library U la, library maktab la, yang spm la, yang stpm la, yang maktab la, yang U la, yang diploma la, yang ijazah la, nak studi, nak buat revision, nak buat group studi, yang UiTM la, Yang UniMAP la, Yang UUM la, Yang Maktab Perlis la Yang sekolah asrama la, Yang sekolah biasa la, eh macam-macam la.... pendek kata musim demam peksa dah tiba.. syyy!!!

Kasihan! Tangan dia melecur!

Hari nih.. semuanya ok.. Walaupun ada sikit-sikit masalah dengan network.. tapi masih ok .. yer la.. walaupun network kejap ok , kejap tak.. tapi akhirnya settle juga bila poblem dia dah jmp.. emm salah masuk switch jer puncanya.. emm kat sini ada beberapa switch yang mana menghubungkan internet dan juga system, juga untuk web server.. yang system ni termasuk dalam network asing, internet untuk user dan staf juga di asing kan dan untuk web server juga asingkan.. sumernya masuk dalam satu main switch yang mana kena connect dalam dua network iaitu system dan internet staf dan user dan sumernya di akses melalui satu modem. Aku berjaya buat korang pening kan..? pasal aku juga pening.. dulu ok la aku jaga.. so walaupun keja aku, tapi aku terlibat secara langsung atau tak langsung jadi mudah bagi aku nak ingat connection dia dan perjalan network dia.. lepas aku tukar bahagian tu.. aku ingat terlibat secara tak langsung dan langsung tak terlibat.. dah jadi masalah macam hari tu, aku stay bua

Cuti Hari kedua...

cuti.. Hari kedua.. Kaedahnya.. jadi macam ni la.. Jam 7.30 pagi.. Bangun tido. "Mama... hari ni ada nak pegi mana-mana ka?" "Ntah.. tak der kot.. tengok macam nak ujan je.. redup!" "Yer..?".. zzzzzzz Jam 8.00 pagi.. "Nak Balikk.." Athirah bejelan terkedek-kedek menuju pintu balik.. "hah.. nak balik mana? awal lagi nih..".. abah "nak balik.. tengok katun",.. Athirah "emm....", .. abah Athirah keluar gi tengok tv, pastu kacau angah dia nak basuh baju.. adus tak leh abahnya nak sambung tido gi. Jam 9.00 pagi "Nak ndoi cak!!" "Abah, tolong buat susu, mama nak buai athirah" "okesss.." Lepas buat susu.. mandi.. pegi nat! Jam 10.30 pagi Balik dari nat... Tengok athirah dah tido.. legaa.. Leh tengok American Chopper, Leh tengok NLB.. leh tengok CSI.. "Abang.." "Yer..? " " nak tengok Kirana.. cite Siam " " Lorr... " " Boleh yer bang..?" Blurr...

Cuti...

Hari sabtu.. macam biasa la aku cuti.. walaupun aku boleh kerja.. tapi hanya OT jer la.. tapi kesian kan kawan-kawan aku yang keja sambila dan tak der cuti tu, jadi aku bagi jer diaorang yang buat OT.. aku leh dok umah rilek-rilek.. aku ingat nak duduk sorang-sorang jer lah, boleh la nak basuh keta ka, nak berkebun ka, atau leh juga berkemas kawasan umah.. tapi kak aku jugak cuti... emm ingat ada pasal apa, rupa-rupanya di cuti pasal maleh nak naik stage terima hadiah 15 tahun keja tanpa MC. Uih bayangkan 15 tahun tak nak amik MC kat kilang tempat dia keja tuh.. kalau demam amik cuti la.. Oleh kerana kak aku ada jadi tak yah la hantar Athirah pi umah pengasuh dia.. dan kalau kak aku ada.. tak le teruk aku nak mengasuh sangat.. Athirah sekarang ni susah nak tido siang, kalau tido pun antara 30 - 45 minit je.. sekali pagi. sekali petang.. emm bila dah angah dia ada mula makin aktif la.. jenuh la kami kepong.. sampai kan raga baju pon dia amik main.. macam dok tolok moto.. mulut dia lak

Seminggu Tanpa update

Adeh.. sebenonya teringin sangat aku nak update hari ni, nak taip panjang-panjang.. bagi berjela-jela blog aku ni.. tak der la aksesori tu lebih dari isinya.. tapi dek kerana satu hal ni dah terjadi terus ler ilang semangat aku.. malahan terus hangin aku di sepanjang hari.. Kesahnya, kemarin ni.. diaoang bagitau.. yang sesetengah department akan bermasalah dengan internet kerana ada kabel network putus..(tikus gigit) emm ok lah.. patutnya tak der masalah la pasal kabel ke bahagian aku ni.. tak masuk dalam tuh.. tapi dah periksa semua.. dan terpaksa check balik semua, jadinya habis satu bangunan terputus internet.. kalau pun ok sikit.. jadinya kejap ada kejap tak do.. alah.. tensionnya aku.....

Gegar Anak Ayam!!

Gegar Ria Anak Ayam! Entry ini aku tuju khas buat anak-anak ayam yang akan berhimpun, bermesra, bersenda bagai nak rak.. sampai bergegar-gegar. Apa lah daya aku, teringin juga aku nak bergegar-gegar macam tu, tapi keadaan tak mengizinkan! Hanya hantar wakil di angin yang lalu jer lah.. Huh.. dengarnya ada yang tempah baju merlip-merlap gitu.. sempena nak bergegar macam tuh, ada yang datang dari jauh, dan ada juga yang bergegar dari jauh pon ada.. huh dengar nya meriah, meriah sungguh dengar berbagai jenis anak ayam, ibu ayam dan bapak ayam yang ambil bahagian. Dah tu ada juga hadiah.. huh jelos aku.. apa2 sabor jer la.. Apa-apa pun aku ucapkan selamat bergegar lah pada diorang tu.. semoga silaturrahimm yang dibina tu akan besambung ke anak cucu.. ++ cuma aku tertanya.. kalau tuan punya reban ayam tu balik... macam mana yer..?

Mengemas

Emm... nampak gayanya aku mengemas lagi, yer la baru lepas raya, kena la kemas-kemas sikit umah yang berterabur nih, jenuh jugak la aku nak cari template baru, tengok punya tengok, aku berkenan dengan template nih, Bukan apa, nampak macam misteri jer, dah tu grafik dia macam lawa jer aku tengok.. so terus jer aku tangkap.. walaupun mungkin:- + orang kata aku nak sambut halloween + orang kata aku nak tiru joe + aku meroyan nak tiru orang tu tukar cat umah he he aku apa kesah kan.. aku tetap aku.. bila aku suka.. aku suka.. walau apa orang kata.. aku dah suka.. jadi suka la...

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan Kerna pasti akan mengecewakan Fahamilah pengertianku ini Setiap insan punya perasaan Setiap cinta perlukan pengorbanan Walau sekejam ini yang kulakukan Sanggup berpisah demi kemanusiaan Asal kau bahagia oh masa depan ( korus ) Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi Renungilah sejenak bintang nan antara Belian dengan kaca mana lebih berharga Pandangilah keatas keluargamu di sana Turutkanlah kehendak mereka Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi Anggaplah diriku sepotong mimpi Usah kau tangiskan pada perpisahan ini Pergilah kepadanya Selamat Tinggal Chris Vadham + sesungguhnya.. semua itu berat buat ku.. bagi yang mahu mengerti.. bagi yang memahami.. bukan simpati yang ku pinta.. cukuplah sekadar.. satu ingatan.

Siapakah aku?

Jadinya, siapakah aku? Dari pandangan aku sendiri? Dari pandangan orang lain.. di manakah aku.. adakah aku untuk aku ?, atau aku untuk orang lain? ..

Menerima Kau Pergi (Acha & Irwansyah)

ku punya rasa tak terungkapkan hanya dalam memori hati dan benak ku simpan berat menerima kau pergi tanpa alasan juga kau buat aku.. bertanya... beribu senandung yang ku nyanyikan pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup ku masih merindukannya.. haa aa... apakah ku amat berarti di mata engkau telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku namun kau hilang dan takkan kembali juga ku merasa sepi, ku sendiri... beribu senandung yang ku nyanyikan pelipur lara basuhkan dahaga sukaku kata termanis hanya untuk kekasihku ku masih merindukannya.. haa aa... apakah ku amat berarti di mata engkau telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku namun kau hilang dan takkan kembali juga ku merasa sepi, ku sendiri... namun kau hilang dan takkan kembali jugaku merasa sepi, ku sendiri... dari : Acha & Irwansyah ++ ku punya sebab, kenapa semua ini terjadi, tak perlu aku terangkan.. kerana semuanya telah terjadi.. kerana tak akan dapat mengubah semuanya..

isk.. demam la pulak..

Semalam, badan athirah panas, tapi tak membimbangkan.. masih boleh bergelak dan ketawa, bermain bersama abang-abangnya, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, bawak di per gi ke klinik, doktor bagi ubat selsema, batuk dan ubat kahak, pasal dia kata athirah berkahak.. so baliknya, terus bagi dia makan ubat.. lepas tu dia masih boleh bermain dengan abang-abang dia ( sebenarnya lebih kepada tengok[jengok] abang dia bermain jer la.. yer la, orang main bole, main games kat laptop, main tembak-tembak.. macam mana dia nak join.. sedangkan dia baru nak belajar berlari.. dok pegang sponge bob dan garfield dia jer lah..). Hari nih, pagi.. badan dia masih panas, emm macam tak berkesan jer ubat yang doc tu bagi, tapi bagi juga sekali lagi lepas sarapan, emm dalam kol 9 lebih macam tu, dia muntah.. tapi tak der lah banyak.. muntah susu macam tu jer lah, hmm mungkin bagus juga untuk dia pasal ada kahak sama muntah dia.. okeh la tu kan.. tapi panas badan dia masih lom berubah.. tapi dia masih aktif berm

cerita raya dan athirah

Hari ni.. dah 18/10.. hu hu.. aku masih bercuti.. entah la apa aku nak buat.. cuti panjang macam ni.. tapi sekurang-kurangnya aku bebas dari kongkongan pejabat, dan dok kat rumah .. aku boleh bermain bersama athirah.. boleh berjalan-jalan tanpa memikirkan sapa yang akan gantikan shift aku.. yeeehaaaa! Cuti aku masih lagi berbaki lagi 5 hari dan.. di rumah aku masih lagi riuh dengan anak-anak menakan aku yang seramai orang hero nih.. aduh jenuh la.. bermacam-macam hal.. emm tapi kalau di tenung-tenung balik.. dah tinggai tiga jer anak menakan aku yang masih lagi belum terkawal.. yang sorang tu Alhamdulillah dah boleh harap dah, dah cool dah sikit, tak dak ler nak menyakat yang keterlaluan, cuma yang no 2 ni, masih kuat menyakat gi nih, maklum la.. dah ada dua adik yang sama sebaya, sama umur dan sama jantina lak tu.. kalau tak sama jantina mesti diorang layan abisnyer.. buktinya.. adanya athirah seolah-oleh memngisi ruang yang selama ini tiada, iaitu seorang adik yang berlainan jantina.

Setulus kasih..

berjalan, mencari yang dah hilang, mengenang pada yang telah pergi di pagi raya..

Selamat Hari Raya

Di Hari Raya Aidil Fitri, yang Indah dan Mulia ini, Sangkelu sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya mohon maaf jika terdapat sebarang salah dan silap, sebarang ketelanjuran kata, sebarang terlebih sikap, moga, Hari Raya Aidil Fitri kali ini, menjanjikan kebahagiaan buat semua..

Ayuh.. kita ke angkasa!

Dalam kesibukkan warga kota balik kekampung, dan di tengah kemeriahan umat Islam nak menyambut 1 Syawal, dan juga di tengah kekalutan di Dewan Warisan Kangar dalam majlis berbuka, sembahyang terawih dan penyampaian sumbangan hari raya kepada Kakitangan kerajaan kumpulan C dan D, juga kakitangan swasta oleh YAB Menteri Besar Perlis, seorang rakyat Malaysia yang berjiwa besar, yang mencatit satu sejarah besar negara, yang mejadi pujaan anak-anak gadis yang mencari pasangan dan menjadi idola kepada anak-anak muda Malaysia, telah berangkat ke angkasa. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, berlepas ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (Iss), bagi melaksanaka satu misi negara iaitu membuat bebaapa penyelidikan tentang mikrob dan tekanan nano graviti, tapi bagi aku buka setakat itu yang di bawa oleh beliau, tapi membawa impian, hasrat, keazaman dan juga cita-cita rakyat Malaysia keseluruhan untuk meletakkan Malaysia sebagi sebuah negara maju. Itu juga yang menjadi hasrat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor: For I

Bermulanya pada hai Ahad...

Dari mana nak mula ni? Hah biar lah aku bermula dari hari Ahad,.... Jam 4.30pagi... SahurMacam biasa la, dalam kol 4.15, 4.30 pagi gitu aku akan dikejutkan oleh jam @ alarm kat hanphone aku tu untuk bersahur, macam biasa la, macam tahun lepas lepas la, time sahur ni cuma aku dan kakak ku sahaja yang bersahur, mem aku tu bangun minum saja, dan menu kebiasaan juga, menu yang kita hadapi, ada lah menu bebukak juga, jadi senang.. panaskan aje, takyah dok masak2 lain, cepat sikit dan simple gitu, kalau minum . aku minum air suam ajer lah.. kadang2 masa bersahur, teringat lak kat arwah mak, kalau dia ada dulu kita besahur bertiga la, walaupun menu makannya lebih kurang sama juga, tapi dah 3 orang meriah la sikit, dah aku tak yah la dok bergantung pada hanphone aku tu, cukup jam, atau pun hidangan dah ready nanti ada la orang yang akan kejutkan.. tapi sumer ni berlaku masa zaman bujang dulu la, dah kawin kena aktif la.. tak leh nak tunggu orang kejutkan.. Jam 6.15.. Subuh..Mungkin kerana ter

Nah! Kad Raya

Sebelum apa-apa biar lah aku edarkan kad raya dulu, nak aku beli kad kat kedai, maleh rasanya nak jalan-jalan kat pekan tuh, panas lak sekarang ni, kalau pun aku ada kad.. berapa sangat yang aku boleh hantar kan? kalau setakat kawan tempat keja, kawan-kawan sekolah sorang dua tu mampu la aku, kalau semuanya tu, isk makan modal jugak lah kan.. so akhirnya aku buat keputusan aku cai jer lah background tu kat internet, lepas tu lak kan.. nak kena cari gambar lak.. mana nak ada gambar macam tu kan, last last aku amik gambar tahun lepas jer la.. baru la ada gambar bertiga macam tu... Athirah pon baru 4 bulan masa tu.

Catatan awal oktober 07

Dalam mengharungi satu kehidupan berumahtangga sebenarnya banyak yang perlu kita harungi, banyak yang perlu kita pelajari malah banyak yang perlu kita beri pertimbangan. dalam membuat pertimbangan maka hendaklah di ambil kira dari semua segi dan aspek juga akan melibatkan semua pihak. Maka kerana itu bila berkahwin, maka minda. fikiran dan pertimbangan harusnya terbuka luas, agar tindakan yang diambil, pertimbangan yang di berikan akan meliputi dan saksama.. Cukup.. cukuplah intro aku yang ntah apa-apa tah tu, kalau nak di kira apa lah sangat pengalaman ku, apalah sangat perhitungan aku, apalah sangat gelombang yang ku tempuhi dalam pelayaran di lautan rumahtangga yang aku rasa masih baru, mentah dan muda ini. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman yang aku alami tak kurang peritnya.. tak payah lah aku ceritakan (mungkin... belum masanya) tapi kesannya boleh membuatkan aku merenung.. merenung dan terus merenung mencari di mana pangkalnya harus ku pegang, di mana pucuknya harus ku ulami dan

Sebagai Orang Islam kena pandai membunuh?

Disuatu petang disebuah rumah di tepi sawah. Seorang tua sedang duduk bersama anaknya. Sambil mengasah pisau mereka berbual-bual tentang perkara semasa: Orang tua : Sebagai orang Islam engkau mesti pandai membunuh. Anak : Membunuh? Orang tua : Ya, membunuh. Anak : Apa yang hendak dibunuh pak? Orang tua : Yelah, engkau mesti pandai menyembelih ayam atau lembu (membunuh le). Semasa menyembelihnya perlu di sebut asma Allah. Anak : Orang lain kan ada Orang tua : Tak kan la nak minta orang bukan islam menyembelihnya, nanti dagingnya menjadi haram, kan susah nanti Anak : Kalau tak tau? Orang tua : Kalau tak tau kena la belajar, nak menyembelih perlukan ilmu. Itu baru bab menyembelih ayam aje, belum bab yang lain. Kalau nak buat apa pun kena la ada ilmu. Kalau bukan kita sebagai umat Islam yang memajukan diri kita siapa lagi. Untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita perlulah menguasai ilmu. Contohnya kalau nak menghapuskan riba, ilmu kewangan islam perlu lah kita kuasai. Kalau nak belaja