Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2006

Menjelang Gong Xi Fa Cai..

Hari ni, menjelang raya cina.. aku masihkat tempat keja, orang lain dah dalam mod bercuti akan ngan kekawan aku yang lain masih lagi bertugas, hai ingatkan leh cuti ka, sambung dengan cuti yang sedia ada.. nak jadi 5 hari cuti, panjang dah tu.. tapi akhirnya aku cuti 4 hari, ok lah tu. Emm yang bestnya mem aku cuti panjang, panjang betul, dari semalam dia dah stat cuti, so tak yah la aku nak berulang alik nak gi amik di. Yang bestnya, dua ari ni aku tak yah makan kat kedai, balik makan kat umah, best ooo.. dah lama aku angankan nak makan macam tu, tapi dah sesama keja, sabo aje lah. Kang buatnya dia tak mau keja, leweh bahu aku... Hari ni, kak aku balik bercuti bersama dengan anak2 dia sekeluarga, em meriah jadinya nanti, tak ler sunyi sangat kat umah aku tu, kalau tak sunyi beno, terutama kak aku yang sorang tu, bila balik aje anak menakan dia, em makan pon jadi lalu, beselera la... emm kebetulan si az sang penunggu kat joe punya blog tu pun balik kampung jugak, heh jenuh la si RN tu ...

SKT: Hish boringnyer aku

Hari ni macam biasa aku sampai kat opis dalam pukol 9.15 pagi, selepas anto mem aku gi keja baru la aku sampai, em bila aku sampai je, aku tgk sunyi je, oo rupanya memba aku ni pi Kangar, mungkin dia pi tulis attendent untuk bulan ni kot, maklum la dah ujung bulan, tentu orang dah nak buat gaji, kang kalau lambat tulis, owang akaun marah, kekawan pon marah, pasai kerana sowang yang lain pon lambat dapat gaji, for us tak de menda la pasai kitaorang permanant, gaji ni dari tengah bulan dah siap. So tinggai la aku sowang, em aku round sepusingan dua kawasan ni, tgk ok jer.. tapi.. isk owang repair tandas tu tak mai la, kang tak pebaik juga la tandas ni, mesti harum semerbak lagi la dalam library ni, heh kalau korang nak tau, kat dalam library ni macam-macam bau ada, yang wangi tu ok la, yang tak best nya kalau bau asyem nya,, uhh ilang selera makan seminggu, emm kontraktor ni pon cap ape tah, pasang jamban pon tak pandai, atau terlebih pandai nak save budget punya pasai sampai kat 's-...

Aku kelu lagi...

Dah beberapa hari takde entry, ntah la aku jemu la, plus aku takde idea... tapi yang jelasnya laptop yang aku dok usung siang malam ni dah serabut, manyak sangat error messege yang naik... tapi ntah macam mana pagi ni, aku teringat nak download msoft update.. tiba-tiba ok lak.. jadi korang jang lah berputus asa dengan aku, aku off kejap kang ada idea aku sambung another entry yer....

Blackout....

Lega.. akhirnya habis juga kursus, emm leganya bukan kerana aku tak suka dengan kursus ni, aku suka sangat, malahan dah lama aku inginkan kursus ni, semenjak kali pertama aku nampak webpage yang ada extension php. Aper kebenda la aku ingat, aku penah copy satu page dan redesign balik guna html, tapi tak elok pon. Pastu penah juga aku buat server php ni, aku copy sumer file yang di perlukan, kejap je aku pakai tapi tak puas ati juga dan akhirnya dapat juga ilmu phpnuke ni, serba sedikit tu aku dah dapat gambarannya, macam mana nak setup sumer tu, macam mana nak redesign balik aktive page dia.. dan dapat juga perbetulkan idea aku, yang selama ni aku ingat php ni baik dengan linux semata.. tapi ari ni tau lah aku, guna windows pon boleh, senang juga dengan ikon2 yang lagi menarik dari windows..nanti la, aku kan set kan satu server kat kuala perlis nanti, walaupun tak leh publish keluar, kat satu network library pon dah cukup. Opss... pasal apa aku lega? takyah la dok antor bini aku awal.....

I make that Nuke!

Emm dah lama aku tak masuk apa-apa kursus, rasanya sepanjang tahun lepas memang tak der kursus pon, mungkin kerana tahun lepas aku sibuk dengan urusan sendiri dan juga masalah keluarga,dan juga membina keluarga sendiri maka tak sempat aku nak berkursus apa... (..ops ada juga satu kursus.. kursus kahwin.. tapi tak melibatkan keja.. so tak kira la..). Now tahun ni, aku bermula kembali program berkursus, emm tak tau berapa kursus yang aku boleh hadiri tahun ni, pasal pasnih payah gak nak keluar, ye lah dah ada baby payah nak berjalan-jalan. So, hari ni aku mula berkursus, kursus pembangunan web dengan mengguna open source, PHP Nuke dan bebarapa program lagi, so far aku rasa ok jer programme ni, dulu penah aku memandai install sendiri dan jalankan server tu sendiri, jadi tapi too complicated, sekarang ni dah tak compicated sangat dah, jadi mudah aku nak catch up dan pasni leh aku apply secara kecil-kecilan kat Kuala Perlis, mungkin banyak gunanya nanti. ok tak mau meraban malam ni, nak tid...

Fantasi Aku : ide memblog

Tadi, aku ada bagitau yang aku suka citer Doogie Howser MD lakonan Neil Patrick Harris, korang tau pasal apa? Heh dari sini la aku dapat first idea apa itu blog atau pada masa tu tahun 1988 rasanya dikenali sebagai life journal, yer la masa tu at the end of siri tu dia akan mengabadikan peristiwa yang terjadi pada hari tu dalam life journal of doogie howser md.. waaa aku dah teringin sangat nak buat macam tu, tapi aku mana lah tau, tak kenal mengenal dengan software2 macam tu, komputer pon baru lagi aku kenal.. rasa nya baru 3 tahun aku kenal komputer, mana ada lagi internet, micrsoft pon tak kenal lagi, yang aku tau, printshop, wordstar dan program basic.. itu jer, emm masa tu aku dah tingkatan 4, awalnya cikgu tak nak kasi aku masuk kelab komputer tu, pasal aku failed math.. tapi aku tebalkan muka aku, aku simpan malu aku, aku gi jumpa cikgu tu, Er Cikgu Abdul Razak Halim, sekarang dia kat Jabatan Pendidikan Perlis dah.. aku sanggup merayu nak masuk kelab komputer tu. Emm masa tu keb...

Sangkelu Another day's off

Sesungguhnya.. banyak yang aku nak katakan.. banyak yang aku nak masukkan dalam ni, tapi entah kenapa aku mengalami syndrome idea yang amat kekeringan, mungkin juga sekering cuaca di perlis sekarang ni, amat kering .. semenjak dari lepas dari banjir ari tu , ujan dah mula mengurang dan kini dah muka kering kontang, kalau air kat dalam parit kat depan umah aku melimpah ruah ari tu, kini dah mula mengering, kat sawah-sawah tanah dah mula merekah sana sini, walaupon padi masih belum di tuai. Tapi best nya musim ni, angin nya tetap sempoi, sepoi-sepoi bahasa kadang kala menjadi kuat, seindah seperti di gambarkan pujangga.. itu penangan winter wind di perlis. Mungkin disebabkan banjir tahun ni, maka takde la pesta mengemping kot tahun ni.. Hari ni cuti minggu, takde banyak keja sangat aku nak buat, cuma kalau leh aku nak basuh keta, nak siram pokok, nak gi makan kenduri, emm korang tau kenduri ape.. hah korang kenalkan Jamsari Sapiean yang jadi keeper Selangor tu, kan dia baru dapat anak su...

Hati yang kuchiwa

Arghhh.. dah seminggu aku tak masukkan entry, bukan takde cerita, tapi aku dengan tak semena jadi borings sangat nak masukkan entry.. huh dampai kan citer raya pon tak de.. hish apa la aku ni, mesti ada orang tunggu entry kan, mesti ada yang rindu, dah la tak dapat nak online waktu siang, apa-apa pon sempena ari raya yang masih ada sikit lagi ni aku aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari sumer, kalau ada yang salah dan silap, terkasar bahasa, tersalap taip, tersalah tujuan.. he hhee kekadang tu kang telajak rel gak kan..? ..nanti aku sambung..

Dari jauh ku menanti.. bila kan sampai masanya?

So, hari ni masih lagi aku kesepian, kesepian dari dunia internet, kesepian dari kekawan yang aku tak penah jumpa bersemuka, tapi kekawan yang amat dekat di hati dan sentiasa ada di depan mata, hari ni mem aku dah ok, dah boleh pegi keja, jadi routine harian aku bermula kembali, pagi hantar kak aku gi keja balik amik mem pastu hantar dia pegi keja lak, dan balik ke Kangar sebentar, ada mesyuarat penyelenggaraan bangunan, well tak banyak benda baru yang akan berlaku (.. emm apa yang aku harap? ler semoga satu bilik server dan system yang dah stabil .. tapi nampak gayanya masih jauh lagi.. ), tak per lah. sekurang2nya masih ada perkembangan yang berlaku. Habis mesyuarat aku balik ke Kuala Perlis, sebelum tu aku sempat download beberapa program bagi membolehkan aku transfer gambar dari phone ke laptop ni.. so nanti ada la gambar balik. Ni kira satu perkembangan la kan?. Balik ke Kuala Perlis masih perkara biasa yang berlaku, cuma aku di beritahu ada satu syarikat datang buat servey nak ma...

Sunyinya tanpa internet..

Hari ni dah hampir seminggu aku tak berinternet di siang hari, rasa terpinggir lak dari ols semua. Tapi nak buat apa kan, demi tugas.. (ewaaahh.. baik nye) terpaksa lah aku korbankan. Dah 3 hari aku berada di Kuala Perlis, sememangnya aku terputus hubungan dengan dunia luar.. pergi ke tempat baru macam ni memang la tak der telefon, takder internet.. tapi nasib baik la ada juga hanphone nyer line, kalau tak terputus terus. 3 hari terkurung di sini juga aku jadi tak menentu, asyik teringat internet saja.. pasal tu pepagi tadi aku singgah kat Kangar awal2 pagi dengan harapan nak guna internet, leh jugak buat entry ke, baca entry ke.. tapi internet lak down.. so putus terus harapan aku. Anyway yang best nya ari ni aku dapat laptop satu, lega juga la. Walau tak de internet, ada laptop pon jadi la, leh jugak aku create keja. Oleh kerana kat Kuala Perlis tak de line, so malam ni aku set kan supaya internet leh guna kat laptop ni, walau pon aku guna diumah, atleast ada jugak sedikit harapan. ...

Hari pertama keja di tempat baru

Hari ni ada lah hari pertama aku keja kat tempat baru, perpustakaan cawangan Kuala Perlis, em macam biasa bila buka aje tempat baru, makin banyak la keja kena buat, macam-macam perkara kena buat balik, malahan barang kerperluan asas pun belum cukup, abaldi, sejadah, bakul sampah penyapu sumer nya belum lengkap lagi, kalau nak komputer tu jauh lagi la, so buat masa ni aku cuma berinternet di rumah aje la, anyway ok lah pasal kedatangan pengguna boleh dikatakan menggalakkan juga, ada la dalam 50 orang, 25 orng kanak-kanak, 19 belia dan 9 dewasa. Untu sebuah perpustakaan di luar kawasan tumpuan, aku rasa quite ok la,, emm mungkin pasal ari ni lum sekolah lagi, ramai jugak pengguna, seawal pagi ( ikut waktu perkhidmatan la, dah ada 3, 4 bebudak.., hah kiranya ada potensi la tu. Tak banyak entry aku leh masukkan pasal masa terhad. So sabo je lah tak dapat aku nak masuk entry yang panjang2 kelu aku di buatnya.

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun baru.. kepada semua, keluarga aku, kawan-kawan aku, kenalan, maupun peminat aku (yarghhh!! pasan nyer!).. di tahun baru ni, aku harap kita sumer akan lebih maju ke hadapan.. lebih berwawasan dan juga lebih murah rezeki.. tapi ada satu maju ni aku tak nak, tapi dia mai juga.. isk perut aku ni la, mencanak-canak je naik.. heh pasal yer? mungkin umur dah bertambah kot, mungkin pasal kurang workout kot, emm yer lah aku kena figure out macam mana nak buat nanti.. Tahun baru yang ni, sebenarnya dalam tahun baru ni, banyak perkara yang akan terjadi pada aku, yang terhebat aku rasa buat masa ni, InsyaAllah kalau diizinkanNya.. dan aku menanti dengan penuh harapan dan debaran, akhirnya aku akan bertukar status lagi.. ya aku akan bertukar status menjadi sorang ayah.. (emm atau abah, bapak, daddy.. err apa lagi yer..?).. aku amat-amat bersyukur atas limpah kurniaNya ini, hidup aku yang terasa sedikit malap dulu.. kini aku harap akan kembali bersinar.. Selain dari itu, sempena tahun ...