Wah, sedar tak sed,ar dah sebulan kita tempuhi bulan Kemerdekaan, tahun ni Bulan Kemerdekaan jatuh di bulan puasa, hampir 3 suku Ramadhan jatuh di bulan kemerdekaan, jadi mungkin kerana tu, sambutan Kemerdekaan tidak di rasakan sangat dan Malam kemerdekaan juga sunyi dan sepi tanpa apa-apa acara. Yang ada hanya lah,golongan muda yang merayap sepanjang malam, mat-mat moto pulak hampir sepanjang malam dok bising dengan moto depa, merempit, berlumba dan sebagainya.. Pagi pada 31 Ogos kakitangan kerajaan kena berhimpun di Dataran Merdeka Kangar, atau biasa di kenali sebagai Padang Bandaran Kangar, berhimpun menyanyi lagu kebangsaan dan negeri serta mendengar titah dan ucapan dari Tuanku Raja serta Pemimpin negeri, juga ada sketsa kemerdekaan dari kanak-kanak sekolah. Balik dari situ bertolak pulak ke Alor Setar kononnya nak cari baju raya Athirah, tapi orang punya ramai sampai nak mencelah sangat pon tak boleh, baik yang Melayunya, yang cinanya,maupun Indiany...