Skip to main content

Souq Al Bukhari

Wah hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa, dah agak stabil dah dengan kebiasaan berpuasa, tak terasa terlalu letih juga tidak terasa terlalu segar, sememangnya secukup rasa bila berpuasa kan? Masuk hari ke 5, nih dah boleh berlenggang kangkung kalau nak berjalan ke mana - mana, kalau tak nak jalan jauh sikit terasa macam nak tumbang saja kan?

Dah sekian lama tak berkeliaran mana-mana, hari ni terasa lak nak berjalan-jalan, dia punya motif hanyalah nak cari susu anak-anak, dah sekian lama lak tak pi Giant kat Souq Al Bukhari tuh, jadi hari ni ke sanlah kami, jalan-sana, jalan sini check sana check sini akhirnya tak ada apa-apa jua yang di beli, hanya lah dua tiga benda yang tak berkaitan, isk isk mau tak mau bergerak lak kat Tesco Mergong, baru llah jumpa susu yang di cari.. 

Sedikit gambar sebagai bingkisan, hmm singgah beli dan makan moi kat MarryBrown,






Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Pagi ni awan berlapis lapis ni hah.. setelah semalam ujan turun.. moga awan yang berlapis ni membawa seribu warna kebaikkan pada semua di pagi jumaat ini...

Vote for me...