Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Taman lagi...

Ni haa.. mek Tirah ni, lambat ada peluang ada saja rancangan dia nak pi taman, kalau dah pi taman tu memang sampai ke telinga la senyum dia, dah tu gelak kuat kuat sampai kan abang-abang yang dok main kat sebelah pon tertoleh toleh, entah apa yang dia seornok sangat tah la.. nih gambar masa ari Sabtu tu (26/07).. Lawatan ke taman tu, boleh tengok-tengok saja la pasal awal pagi tu hujan, jadi semua permainan tu basah dan licin, jadi tengok saja la... Seronok lah tu... Lepas pada lawatan pi taman tu, kami berangkat pula la ke Pameran dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis, hmm tak ada apa sangat la.. tengok-tengok saja, lepas tu mama Athirah beli kurma ngan kismis untuk Athirah pas tu balik la... Seronok lah tu... boleh tengok ponny dan juga bird... becok saja mulut dia..

How to describe my little family

Create your own family sticker graphic at pYzam.com Inilah keluarga kecik aku.. huu huu baru bertiga, InsyaAllah kalau ada rejeki, bulan sebelas ni leh tambah sorang lagi... doakan moga selamat semuanya...

Eh... ape hal ni..?

Nih siapa nih, mai mana anak dara ni? He .. he jangan ko cuba nak berfikiran yang bukan-bukan yer.. jangan cuba di gossip2kan.. sebenarnya ini ada lah salah seorang student Kolej komuniti Tambun Tulang yang sedang buat praktikal kat sini... dan kerana dia agak suka sengih dan ketawa, juga suka bersembang dan bercerita, sesaja lah aku letak ceritanya disini. Semenjak dua menjak ni, ramai juga praktikal student yang singgah kat sini, semuanya dari pelbagai bidang dan institusi yang berbeza, biasanya dari UiTM Shah Alam, Arau, pernah juga ada dari UUM Sintok, dai USM Pulau Pinang, juga dari Politeknik Syed Sirajuddin, dan juga Kolej Komuniti... dulu, masa staf kat sini tak begitu ramai macam sekarang, hubungan antara student da pekerja agak rapat, student boleh kenal denga semua staf yang ada, bahkan boleh berkunjung kerumah staf.. dan depa pon kadang-kadang dah jadi macam staf.. boleh melibatkan dalam semua aktiviti, program dan juga bidang tugas yang berbeza. Tempoh masa 3 - 6 bulan sud...

Sekitar aktiviti Kelab 25-07

Sekitar aktiviti yang di jalankan minggu ni, permaianan dam ular yang besar tu, sampaikan bebudak tu sendiri ken bergerak, emm minggu ni tak la ramai sangat bebudak yang hadir, jadi boleh la main ni, tak yah dok ikir nak buat hak remeh temeh.. asalkan bebudak ni enjoy untuk beraktiviti.. Tengok tu sempat lagi berposing.. dah boleh juga dok berlengang mak limah...

Macam mana harus aku ceritakan...?

( atas bantahan dari bangsa-bangsa bersatu, terpaksa di tukarkan image terdahulu.. juga kerana tidak mendapat kelulusan dari LPI - Lembaga penapisan gambar/Image ) Macam mana harus aku ceritakan...? Itu lah yang sedang bermain dalam benak fikir ku ini... sudah lewat 15 tahun aku bermastautin disini, sudah cukup matang rasanya aku menghuni di daerah ni, segala yang terjadi rasanya macam dah sebati dengan diri ku, malah aku sangka kan semuanya dah pernah aku alami di daerah ini... tapi hari ni kenyataan sebenarnya tidak memihak pada ku, aku sebanr sedang berpatah balik kepada masa-masa awal aku menjadi pendatang di daerah ini.. aku seolah - olah baru sahaja di rekrut, di induksi sebagai mana pelajar yang baru mendaftar di sebuah pusat pengajian yang mana semuanya terasa asing sekali.. seolahnya aku baru di kenali.... ................. ............ ....... .... .. ceritanya bermula begini...... .. .... ....... ............ ............... .... jam sudah menjangkau 6.00 petang, suasan...

Kontrak Sosial

Entah pasai apa tah, bila aku baca komen dari Tun Dr Mahathir tentang kontrak sosial ni, aku tergerak untuk abadikan disini, jadi letakkan juga disini untuk tatapan kita semua.. untuk versi bahasa Inggeris sila lawati sendiri ke laman Tun Dr Mahathir.. KONTRAK SOSIAL MALAYSIA 1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. 2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman. 3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah. 4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu. 5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu ...

Rekreasi Malam..

Nampak gaya nya Athirah nimasih lagi dok teringin nak pi main kat taman, abis tu macam mana kan? abah dia kena turn balik lewat minggu ni, mama dia pulak memang dah tak larat nak bawak ketaman, dah lak mama dia tengah dok bayar utang posa dia ,jadi memang tak larat benor nak terkejar-kejar melayan Athirah main nanti, kesian dia.. jadinya malamnya lebih kurang dalam pukul 8.30 malam kami keluar la, pegi bank la, isi minyak keta mama la.. lepas tu kesian gakkat dia tak dapat gi taman , kami singgahlah kat taman ni sat.. bagi tengok air pancut dan lampu-lampu kat situ... Air pancut di Taman Rekreasi Sg Kechor Tengok tu betapa leka nya si Athirah ni tengok air pancut Sukanya dia boleh tengok lampu yang bermacam-macam tu.. Emm dalam 10 - 15 minit singgah kat situ kami balik la, pasai tengok si Athirah tu dah ngantuk... hmmm mesti tak tido petang ni... Athirah biasanya akan tido sekali saja sehari waktu siang dalm pukul 11 - 12 tengahari , tido pon tak lama dalam sejam macam tu kalau kat u...

Tengok bot...

Athirah ni kan.. memang suka tengok bot tau, kalau tanya dia nak pi mana, nanti dia jawab '"Nak pi pi alan-alan...", pastu tanya pulak nak gi jalan mana? " Nak pi Kuala Perlis, tengok bot".. macam tu la hari-hari nak gi jalan-jalan tengok bot, jadi ada peluang pergi la meronda tengok bot... sambil2 tu boleh la beli ikan.. dan seangkatan dengannya.. Kuala Sungai Baru - Perlis

Musim berubah lagi..

Dah lama aku tak merayau-rayau, melihat alam, melihat suasana kampung dan suasana padi yang menghijau, tapi aku rasa hijaunya padi ni dah tak lama.. kerana sudah ada tanda-tanda padi yang hijau akan bertukar warna menjadi kekuningan dan lepas tu akan menjadi keemasan... ini lah antara kehidupan rutin petani kat sawahpadi ni, dari satu musim ke musim yang akan membawa penuh pengertian, pengharapan... dan aku yang hanya memerhati saja ni, juga terasa perubahan dari musim ke musim ni.. banyak meninggalkan nostalgia pada aku.. Ye lah dari kecik aku di besarkan di kampung ni, susah payah, suka duka, ketawa menangis, jerih perih kehidupan banyak tercatat dalam lipatan sejarah kampung ni... mungkin juga ada baiknya aku tak berpeluang untuk merantau ke bandar lain, ke negeri lain bah kan untuk ke luar negeri, kalau tidak siapa lah nak menghuni kampung kan, kat kampung aku sendiri dah tinggal berapa kerat saja yang masih muda-muda.. yang lain adalah warga-warga emas yang ...

Berkenan la...

Tadikan... dah aku boring sangat dok dalam library, melayan bebudak yang ramai bagai nak rak kat dalam tu, aku keluar la amik angin sekejap.. sambil dok tengok-tengok kerja-kerja korek mengorek laluan pembentungan ( bukan lah aku ni kepala kerja - mandor dia orang).. tiba tiba aku terpandang keta nih, wuih come nya.. dah tu lawa lak dia buat.. hmm kalau pasang rim yang besaq sikit lagi, dah tu lower kan spring (absorber) dia tu.. dah tu lak kan tinted bagi kaw-kaw punya kan.. fuhh!! mesti canggih.. walaupun aku tak berapa minat kaler dia sangat.. tapi keta ni cukup menggoda hatiku... kalau ada hak dua pintu pon ok jugak ni.. he hee.. tapi buat sekarang ni hanya menjadi anganku semata-mata la.. First generation (1973-1979) The Honda Civic is a compact car manufactured by Honda . It was introduced in July 1972 as a two-door coupe , followed by a three-door version that September. With transverse engine mounting of its 1169 cc engine and front-wheel drive like the British Mini , the ...

Athirah lagi...

Adeh, mek aku nih kan, kalau pasal jumpa taman, cukup suka lah dia... apa apa yang dia jumpa nampa ada buai saja, ada kuda kepang spring tu, jonkang jongket.. cukup la di berkenan, biarpun yang dok main kat situ semuanya besar-besar dari dia .. tidak di kesahnya.. asalkan dapat bermain, kalau naik jongkang jongket tu.. jawab dia abah dia lah yang kena tolong jongket kan.. nak aku naik sekali kang di jelingnya pak guard tu, nak tumpang main sama tengok kiri kanan bapak-bapak, ayah - ayah dan abah-abah lain dok duduk saja je.. hu huu.. akhirnya tekan-tekan jer la bagi terjungkang jongket.. hu huu.. dah main tu susah pulak nak tinggal, sampaikan dah nak maghrib masih tak mau lepas, mainnya tak seberapa asyik dok tengok kiri kanan saja... hu huuu apa la yang di dok pikirkan yer... gamak nya bila la aku nak besar macam abang-abang dan kakak-kakak tu, boleh la aku main dengan diaorang.... hmm itu lah antara aktiviti aku semalam selepas melawat mak mertuaku kat wad.. Alhamdulillah semuanya ta...

Gempar Sehari..

Kemarinkan, bagus punya plan nak makan-makan, yer lah dah lama mem aku tak masak, semenjak lekat perut nih, dia alah tak leh bau wap masakan.. mesti nak mun*ah punya... dan dalam sepanjang tempoh ni dok makan hasil chef kak aku tak pun che bertauliah di kedai saja la.. Awal pagi lagi dalam kol 9.00 pagi dah bertolak hantar Athirah ke umah pengasuh dia la.. kesian lak nak bawak panas tul sekarang ni... lepas hantar Athirah pegi lak Nat (pasar minggu) Simpang Empat beli ikan , ayam serba sikit untuk dimasak tengah hari.. dah siap beli semua hujan turun lak.. lebat juga la.. terpaksa la tunggu dalam 10 minit baru la boleh balik.. on the way balik singgah kat CIM* Kuala Perlis, nak settle masalah insuran mem.. dalam kol 12.30 baru lah sampai umah dan mula masak, dalam kol 1.15 baru la siap nak makan... masakn simple jer lah macam ni.. Baru saja nak duduk mengadap makan ni, tiba-tiba (hmm ayat standard suspen ni...) telepon mem aku bunyi, rupa-rupanya telepon dari kak ipar aku yang bagitau...

Selamat Kembali.. eh tak dak ole2..?

Selamat Kembali... Kembali ke dunia nyata, kembali ke pekerjaan hakiki, tinggal lah apa yang disana..

Aku di Hargai

Macam biasa, pagi-pagi aku dah merayau-rayau dari blog ke blog... mengisi masa, dengan mencari iktibar dari pengalaman, pendapat dan citarasa orang lain, serba sedikit boleh memberi pengalaman pada aku juga.. dan setelah 4 tahun berkecimpung dalam alam blog nih, ini lah kali pertama aku di beri penghormatan, di beri penghargaan, terima kasih pada neeza .. kerana penghargaan yang bermakna ini.. dan sebagai menyambung penghargaan ni, aku lanjut kan kepada blog-blog yangselalu aku lawati.. Joe Perantau Delinn Farra AD Yija

pagi yang basah!

Patut la.. pagi ni, jaga saja dari tidur, rasa macam segan malas saja nak bangun, masih mengkrekot kat atas tilam, sambil dok tengok Athirah yang masih tidur pulas... dah bangun siap-siap semua.. nak keluar rumah tengok dah kelam gelemat.. hu huu tanda hujan nak turun la tu, selepas hantar Athirah kat tempat ngasuh dia, aku terus ke Market (pasar basah) Kuala Perlis, beli ikan dan sayur-sayur.. tengah dok membeli tu hujan pon mula turun dengan lebatnya.. adeh basah juga la aku semnetara nak sampai ke kereta.. Lepas balik hantar semua tu, baru la aku ke tempat keja, nasib baik la minggu ni keja lewat.. sempat juga la kalau nak kepasar atau kemana-mana dulu (atau nak sambung tidur - hmmm dah lama aku tak buat keja ni...) , on the way ke tempat keja hujan masih lagi lebat, dan juga angin pun agak kuat...