Skip to main content

Kalau dah nak jadi...

Hari ni, masa baru saja sampai kat tempat keja, baru saja lepas punch card, baru saja dok kat tempat keja, aku di bagi tau yang kawan sekerja aku eksiden.. hmm terkejut juga aku, dalam fikiran aku isk teruk ka dia, macam mana la kaeadaan dia, jadi macam mana? Selepas bertanya dua tiga orang lagi, masih tidak dapat kesahihan keadaan dia, cuma yang aku di bagitau, telah di hantar ke bahagian Kecemas Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Jadi terus saja lah aku ke hospital, sementelah kat tempat aku ni masih awal, tak der pengguna lagi, dan member sebelah aku pon tak dak aktiviti apa, boleh la aku berkunjung ke hospital sebentar, tengok macam mana keadaan kawan aku tu..

Bila sampai saja, tengok kawan aku tu duduk atas kerusi sorong, ada envelop x-ray kat sebelah dia, di samping dia tu ada abang ipar dia dok tunggu, temankan dia nak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jadi aku dekati terus dan bertanya khabar dia. Menurut cerita dia, kejadian berlaku pada awal pagi, masa dia nak pergi hantar anak dia yang sulung tu ke sekolah, bersama depa juga ialah anak kedua, depa bertiga menunggang moto la, jadi masa sampai satu jambatan tu, tiba-tiba moto dia tak leh nak control lalu menuju ke gigi jalan dan jatuh kat situ, emm anak-anak dia luka-luka saja, dia pula patah tulang bahu!

Itu lah, kalau dah masa nak jadi, berhati-hati macam mana pon, dalam sekelip masa boleh terjadi, walau bagai mana pon adalah lebih baik kita berhati-hati, tapi kalau dah nak jadi juga, itu dah bukan daya upaya kita lagi dah tu, itu takdir nama dia, kalau dah memang naik moto dengan loklaqnya (read : naik moto dengan meng'khinzir'-buta) kalau dah jadi jangan salah orang lain la, sendiri mau ingat la..

Berbalik dengan kawan aku nih, nampak nya dia perlu berehat panjang la.. dia dapat cuti dari 2/5 - 23/5, huh berehat panjang tuh! pastu 23/5 jmp doktor balik.. kalau tak ok lagi tambah cuti (mc) lagi la. Moral of the story : Berhati2 di jalan raya la..

pst...
semalam juga aku ada nampak satu eksiden dekat simpang lampu trafik ke Kuala Perlis - Padang Besar Selatan.. eksiden antara moto dan kereta/teksi.. aku pandang dari jauh saja lah pasal aku berada di seberang jalan, keadaan moto aku tengok remuk di depan, mana kala keadaan keta aku tak nampak, aku juga nampak orang ramai dan polis dari balai bedekatan berkerumun pada satu tempat yang mana aku ada nampak ada orang terbaring dan ada payung diletakkan di hujung kepalanya.. aku tak pasti keadaan nya.. masih tertanya-tanya?

Kat simpang tu selalu terjadi eksiden.. kalau sapa-sapa lalu kat situ berhati-hati la.. walaupun memang laluan kita tapi kadang2 moto selalu mencelah2 dan cross jalan!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....