Skip to main content

faizal tahir, mufti dan kerajaan negeri!

Seperti yang kita sedia maklum, sehari dua ni, ada sedikit perbedaan pendapat antara kerajaan Negeri Perlis, Pejabat Mufti dan juga Penganjur Jom Heboh TV3 seperti yang di laporkan oleh Berita Tv dan juga akhbar-akhbar dua tiga hari lepas. Kemelut ini bermula bila Jabatan Mufti mengeluarkan pandangan yang kurang menyenangi dengan sesetangah program yang diaturkan oleh pihak Penganjur Karnival Jom Heboh TV3, antara program yang kurang disenangi ialah Konsert Artis tempatan, aktiviti yang di fikirkan kurang sesuai! Selain itu juga Jabatan Mufti juga menasihat kerajaan agar memantau dan juga memastikan program Jom Heboh ini mengikut garispanduan yang telah di keluarkan.

Menurut Mufti Perlis, beliau telah mengeluarkan surat kepada Tv3 untuk meyenaraikan program dan juga artis hendak di bawa ke Perlis, tapi tidakmendapat sebarang balasan menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menarik perhatiansemua pihak. Jadi bagi aku bukan sekadar menarik perhatian pelbagai pihak malah menarik perhatian seluruh negara .. heh nam yang makin popular ialah Faizal Tahir... nama yang disebut-sebut tidak mendapat kelulusan dari Mufti.. okeh meh tengok 'Youtube' nih..





Okeh,

Bagi aku,

Jabatan Mufti berhak mengeluarkan pandangan sebagai Institusi Islam, perkara-perkara yang difikirkan kurang sesuai dan elok di mata dan hati adalah lebih baik di hebahkan untuk pengetahuan semua, dan sebagai institusi penasihat kerajaan negeri mengenai hal ehwal agama dan adat istiadat melayu Perlis mereka juga berkewajpan mengingatkan kerajaan negeri, mengeluarkan pendapat dan garis panduan tatacara majlis. Namun kerajaan negeri juga berhak membuat pertimbagan demi kepentingan umum .

Kerajaan negeri juga harus mempertimbangkan sebaiknya teguran dan pendapat dari jabatan mufti demi menuju kearah menjadikan Perlis Darul Sunah, yang mendokong AsSunnah Wal Jamaah, yang mana sebelum ini di pandang sinis dengan alasan yang banyak perkara yang tidak dapat tangani, seperti masalah sosial dan juga kekhilafan lain!

Pihak TV3 juga patut mempertimbangkan juga semua ni sebelum menganjur program-program seperti ini, pendapat dari pihak berkuasa agama dan adat istiadat juga diambilkira demi keselesaan semua, bukan untuk remaja dan juga rakyat lain. Juga haruslah bukan semata-mata mencari ruang dan tempat yang tidak dapat di isi di negeri-negeri lain sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para

Salam Maghrib.. Sudah² ka.. moh le balik..