Skip to main content

Siri Jalan- Jalan : Tesco Alor Setar




Hari Ahad hari tu sempat juga aku, mem dan athirah, kak iparku dengan anak-anaknya dan juga ibu mertuaku berkunjung (lawatan rasmi) ke Tesco Alor Setar yang baru di buka hampir 2 minggu, ingat kan tak la ramai tapikan aku lupa yang hari tu cuti Hari Wesak, jadi Warga Kedah pon cuti jugak, jadinya meriah la kat Tesco, jem lah jalan nak pi situ, penuh la tempat parking yang disediakan. Bersesak-sesak kat situ, hingga kan tersesat lah mak mentua aku jenuh juga la dok cari.. tengok-tengok dok tunggu kat main entrance.. nasih baik lagi.. kalau tak kena buat pengumuman kat PA.. naya tuh , berjalan-jalan dengan bawak anak ni memang terasa penat, tambah pulak nak beli barang-barang keperluan, seperti 'pampers, dan juga susu tapi dah habis pulak akibat dari promosi dengan harga yang menakjubkan (?) maka makin bertambah penat lah aku jadinya.

Mau tak mau keluar dari Tesco, bertolak pulak ke Aneka di Jitra, nasib baik lah orang tak ramai, nasib baiklah 'Pampers' ada dah tu dapat harga promosi lagi lega la... sambil tu boleh juga dok cari baju Athirah, hmm kesian kat dia dah lama tak beli baju kat dia.. sampaikan naik jemu tengok dia dok pakai baju yang sama tiap-tiap minggu..dalam pukul 4.30 petang baru lah sampai umah metua ku, adeh letih la eden akhirnya..
Posted by Picasa

Comments

Neeza Shahril said…
hehee.. pampers kat malaysia murah kan.. baru ni, kami pun borong pampers gak.. tapi tak banyak pun.. 1 pek aje.. cuma problem sikit pampers ni senang bocor kat belakang tu.. Athirah dah besar, takde masalah.. kalau my son, Shahmey tu.. aduiiii... takleh tunggu lama, mesti salin segera.. kalau tidak, kuning la segala seluar baju hehehe...

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..