Alahai Athirah 3...

May 19, 2008

video

Ok, dulu aku penah tunjukkan gambar macam mana Athirah dok berlari-lari, bermain-main kat luar rumahkan? Kali ni aku masukkan video pulak, macam mana meriahnya dia bila dah bermain kat luar, jenuh la aku nak kontrol, jenuh la aku nak hambat dia... memang lasak sungguh dia ni. Hari Ahad hari tu, mem aku bawak balik kampung, rumah Tuk Ayah dan Tuk Pah dia, huh huh lagi la meriah bila disana ada pulak sepupu dia (yang kuat nangis tu), nak di jadikan cerita sepupu dia tu demam selsema, jadi peel dia makin menjadi-jadi la, cemburu sana sini la, apa barang yang di bawa ta k leh Athirah nak pegang pun, mesti nangis.. dah tu lak kalau patung beruang yang Athirah bawak tu dia nak amik.. pon nangis.. adeh pening abis orang kat dalam umah tu...

Jadi, petangnya depa bawak sepupu Athirah ni ( yang Athirah panggil Kak Epa), pergi klinik dan bawak Athirah sama, gamaknya depa kesian tinggai Athirah sorang dengan mama dia saja, dah tu lak mama dia pon bukan larat sangat... maklum la dok bawak badan dan perut saja la ni. Bila aku sampai saja petang tu baru la aku dengaq cite, mak mentua aku ni samapi cekang (tegang) urat betis dok hambat Athirah, yang sememang nya tak leh nak diam tu, yer lah dah di pakaikan kasut, dia nak 'jalan-jalan' la... dan Athirah kalau dia sebut nak 'jalan-jalan' memang dia tak akan jalan saja la, tapi akan berlari-lari la dalam kedai ka, dalam klinik ka, tak kira di mana-mana pon..

Heee hee sekurang nya depa paham, pasai apa aku jarang pakai kan athirah kasut kalau pergi mana-mana, jarang nak lepaskan athirah, mungkin selama ni depa dok heran kat aku kot, pasai apa pi mana-mana aku tak lepaskan Athirah, tak pakai kan kasut Athirah.. kali ni depa tau la pasai apa.. he heee..

You Might Also Like

0 comments