Skip to main content

RM 10 je...

Huh, entah la apa kenanya hari ni, mengantuk betullah, sampai tak terhabis aku nak baca blog nih, aku ingat dah kemarin baca sekerat hari ni leh la aku perabis. emm dak jugak gayanya. Walau macam mana pon bukan la pasal blog ni tak besh.. tapi ntah la dah petang kot.. itu yang ngantuk sangat.

Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni..


Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung sikit, dak ikan nyok-nyok(?), and guess what..? semua tu baru jer RM10. hehh hee jimat tak..?


On the way balik opis aku singgah dulu kat umah, simpan ikan kat dalam peti ais,lepas tu aku jemur lak sabut kelapa nak wat bakar iakan nanti (basah.. pasal 2 , 3 hari lepas tu ujan lebat) dan rushing balik ke pejabat.. woo semua tu dalam masa tak sampai sejam.. waaa!!


isk ada lagi ceta pasal si athirah berbuka puasa.. nanti-nanti la aku ceta...
errr:- macam penah tgk jer entry ni kan..? sama lah macam tahun lepas gak.. lebih parahnya gambar tu pun tahun lepas punya jugak...

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..