Skip to main content

Semangat raya!

Hah.. dah 12 hari kita berpuasa, betul tak, aku agak-agak jer la... suasana nak raya tu semakin terasa la.. kat pejabat-pejabat dah mula menghias kawasan kerja (bukan menghias bangunan no.. tu kira dah over sangat tu), pasang kad raya, pasang pelita buluh, pasang lampu hiasan.. ketupat.. (errr ada orang angkat kawah masuk pejabat ker..? kot nak buat demo buat dodol dan wajik.. aku ada gak cadang nak bakar lemang dalam lib nih... tapi tak sempat cari buluh.. kalau tak .. heboh satu bangunan bau asap... waaa kaa.. kaa..) dah tu siap pasang lagu raya lagi.. nasib baik tak de orang yang datang dari jauh, kalau tak maunya meleleh air mata+idung..

Dalam.. dok seronok-seronok.. (read.. bukan seronok sangat) dok berhias ni ada juga insan yang kurang nak gemar dengan kegiatan kami ni, asyik komplen jer keja dia, macam tokong la, membazir letrik la... dan juga bermacam-macam macam lagi, isk tak kuasa aku nak tulis kat sini, korang paham-paham le sendiri, dia nih macam tu la tak penah yang berkenan di hati dia, ada saja salah orang.. dah tu kalau diam tak per, ni komplen, bukan komplen berdepan.. komplen kot belakang, pastu orang lain lak tolong sampaikan.. isk sungguh tak der keja orang itu.. ader ka dia komplen kat bos kata pasang lampu hiasan tu membazir letrik. Adakah orang itu tak mengenal mood, sentimental value ka.. teruja dengan suasana ka..? Bagi aku senang jer.. bila kita hias, walaupun sedikit dapat menukar mood kita, kembali ceria, kembali pada zaman dulu2.. yang mana dapat merangsang fikiran.. tak der la dok mandom macam tu saja...

Berbalik muka buat donno tu, dah ada sok sek tak bagi pasang lampu hiasan tu, bua donno jer la, selagi bos tak kuar arahan, tak keterlaluan hiasannya, tak keterlaluan bising nya ( dengaq lagu raya), apa la salah nya, aku tengok budak-budak pon happy jer... tapi ntah la, ari jemaat ni ada MBJ.. mesti bos ada kata apa2.. tak per lah.. pastu kita bincang lain yer.. tapi kan aku tak leh masuk MBJ esok.. ada keja lain.. (projek besar.. bina masjid tu) .. jadi minggu depa la tunggu dengar cite..

Berbalik dengan ceta si Athirah, sekarang ni kala berbuka posa, dia tumpang sekaki la, kalau tak sapa nak jaga kan, dah la famaili kecik.. jadi kalau berbuka masing2 tak best la kan.. sunyi jer.. Em, first day posa tu, kalaut la aku pi kedai perabut cari kerusi baby yang macam kat kedai makan tuh, emm kalau nak makan atas lantai, abis la anak dara aku tu godam semua.. buas nih! So masa bebuka tu letak jer la atas kerusi tu, bagi dia pinggan dan nasih yang dah bergaul dengan ikan dan sayur tuh, dia makan jer la.. sambil main2 dengan makanan dia tu.. tak der la susah sangat nak kacau orang, tapikan sementara nak abis makan tu, nasi dah melambung naik sampai ke kepala la, abis la baju yang dia pakai tu, comot abis.. tapi tak per la.. sabo jer la.. buakan ada dua tiga orang anak gi, jadi layan aje la...

Emm tentu korang terperasan kan, semenjak dua menjak ni aku rajin la pulak update blog ni kan? emm aku pon heran juga, macam mana aku leh ter bersemangat nak update blog, adakan aku banyak masa terluang, adakah aku terlalu boring berada disini ( bahagian aku ni), emm ntah la nanti-nanti la kita bincang kan yer.. aku nak update siap2 kang, takleh masuk lak..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..