Skip to main content

Tak de update....

Walaupun raya belum menjelang, tapi aku menyusun sepulh jari, kerana tidak dapat membuat update seperti yang telah ku janjikan, tapi hanya kerna aku mengkhatamkan blog si Fara ni, sampaikan aku sendiri kehabisan idea yang ada dalam batu jemala ni, heh aper taknya bila kita baca blog orang, siap leh buat cerpen la, drama la, sajak la, syair la.. yangaku ni dari dulu dok berangan-angan nak ubah cara penulisan, tapi tak juga menjadi-jadi.
Isk.. tak per la.. aku akan berusaha jugak, yer lah kata orang tua tua kalau diasahkan belakang parang tu akhirnya tajam gak kan, cuma aku takutnya, kalau dah terlalu diasah belakang parang tu, sementara nak tajam maunya melecet tangan tu kan. Tapi tu la, orang kata itu buktinya usaha kan, selagi tak tinggal kesan, lagi tu orang tak kata kita berisaha bersungguh-sungguh.
Sebenarnya ada juagk tiga empat story yang aku terlepas untuk bercerita, cerita macam mana athirah masuk taska dan pastu kuar semula, cerita macam mana athirah sambut puasa dan juga citer athirah yang semakin rajin becakap sekarang ni, juga macam-macam gi.. he he.. ada juga idea.. cuma nak bercerita tu, kalau dah masa tak lapang, takmou menjadinya..
Sementelah sekarang ni aku tak dapat la pula nak berinternet kat umah (.. buakan macam orang tu, dah ada laptop, dah ada bluetooth, dah ada line free gi) tak per la.. ok la.. dah lewat ni.. aku balik dulu..
moga esok ada sinar utk ku menulis lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....