Wah, sedar tak sedar bulan Julai beransur pergi, dah menjelang 1 Ogos pun, sungguh cepat rasanya masa berlalu, sedetik kita bersama, sedetik kemudian kita dah di tinggalkannya, owh terasa cepat benar masa itu berdetik, benar juga kata kata orang orang lama, masa itu umpama pedang kalau kita terleka kita akan di cantasnya. Perginya Julai membawa kenangan, namun Ogos yang mendatang juga tetap menjanjikan peristiwa dan memori yang kenangannya akan di bawa sampai mati. Bermula seawal 1 Ogos membawa peristiwa kepada seluruh rakyat negeri, Majlis Pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 1 Ogos bermula jam 8.00 malam. Secara amnya aku juga terlibat tapi tugasnya teramtlah kecil, tapi cukuplah sekadar terlibat juga.. Ogos tahun ini juga membawa angin perubahan, terutamanya perihal kerja aku dan kawan-kawan aku, seperti yang telah sedia maklum, pentadbiran pejabat aku sekarang sudah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, bermakna kami ...