Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Jom pi shopping ikan..

Athirah ni kan, pantang jumpa ketam, mesti dia suruh beli, sabtu hari tu dah masing-masing cuti boleh la kami ronda-ronda cari bahan untuk di masak petangnya. Adik Anieq kami tinggalkan kat angah dia selepas kena paksa tido oleh abah dan mama dia,,, Tempat utama kami tuju ialah semestinya Kuala Sungai Baru, disini banyak di jual ikan-ikan segar yang mungkin baru di naikkan, hmmm tengok kat situ bulan-bulan posa dah jadi macam ada pesta, ramai yang datang dari pelusuk negeri nak cari ikan segar, sampai kereta bersusun-susun kat tepi jalan .. dan selepas berkawad cari tempat parking, kami pergi lah borong, udang, ketam, ikan siakap, hm harganya agak mahal lah dari biasa mungkin pelanggan yang ramai menyebabkan hargai sedikit naik .. 

Semangat merdeka...

H mm, tahun ni nampak gayanya semangat merdeka sedikit pudar rasanya, biasanya kalau disebut merdeka, Hari Kemerdekaan pastinya meriah, bahkan kalau 3 - 4 tahun lepas tak sah Hari Merdeka kalau tak kena berkawad mewakili jabatan, bahkan tahun lepas pun aku berkawad juga, tapi tidak mewakili perpustakaan tetapi di pinjam oleh Kekkwa.. yah kebetulan di bawah satu kementrian, jadinya kira gunasama la..  Dahulu juga kalau malam-malam merdeka pastinya ada konsert, biar pun konsert dari artis tempatan tapi tetap meriah, tambah pula ada pertunjukkan bunga api, menjadi acara kemuncak menanti deti 12 malam, malahan masa muda (awal bekerja lah..) pernah juga aku terlibat dengan kebudayan dalam persembahan ambang merdeka, pernah juga menari, berlakon pentomin, ha haa entah lah mesti anak-anak ku gelak pecah perut kalau depa tau abah depa pernah terlibat. Banyak juga peristiwa detik ambang merdeka yang pernah aku lalui, pernah balik pukul 1 - 2 pagi pergi tengok konsert di Stadium Dato' ...

Jom pi tengok 'baby moon'...

Bagai tahun-tahun yang lepas, menjelang bulan Ramadhan, aku suka pi tengok majlis Hilal Bulan Ramadhan, atau biasanya orang kata tengok anak bulan, juga bak kata Athirah.."jom pi tengok 'baby moon'..". Tahun lepas rasanya aku tak berkesempatan nak pi tengok pasal masa tu mem aku tengah sarat mengandung, dia pon tak de mood nak tengok, jadi tak lah dapat nak pi tengok.. selepas amik adik Anieq kat umah Tok Pah, dalam pukul 7.00 lebih lebih macam tu kami pon pi la kat tempat mencerap Hilal Ramadhan tu..  Tuanku Raja Muda Perlis turut berangkat..    Sebahagian dari Exco dan YB..      Er.. juga budak ni yang sebuk nak tumpang tengok juga...      .. juga penduduk berhampiran termasuk ahli-ahli pergerakan UMNO..     Pemandangan sebelum matahari terbenam, dan juga selepas matahari terbenam, memang tak akan nampak anak bulan itu pasal keadaan cuaca yang tak begitu mengizinkan, ada jerebu kat kaki langit tu menyukarkan untu...

Pagi nan berkabus...

Hampir setahun lamanya, aku tak meletakkan gambar-gambar sawah padi, yer lah tak banyak perubahan pun, bahkan musimnya akan sentiasa berulang-ulang, tapi setiap musim, setiap tahun pastinya tak akan sama, sejarah akan di cipta pada setiap tahun, tiap bulan, tiap hari, malahan setiap jam, minit dan saatnya.. satu kejadian pasti dah tersurat, dan akan tersirat selamanya..

Untuk di renungi bersama...

Rahsia Solat Awal Waktu Ditulis oleh Ustaz Zahazan     Jumaat, 17 Julai 2009 17:35  (gambar dari google la..) Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Pada waktu Subuhalam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini ju...

Kembara WRT5046- Promosi

Okeh macam biasa, bila masuk bulan baru mesti ada dua program kembara untuk promosi perpustakaan ke sekolah-sekolah, dan sekolah pilihan bulan ni ialah Sek. Keb. Stella Marris dan juga Sek. Keb. Panggau Tiiti Tinggi Perlis.. tak banyak aktiviti baru, cuma masih menjalankan aktiviti membaca, pameran jabatan, permainan juga pendaftaran ahli.... apa yang jelas, dah ramai juga murid dah mula pakai topeng keselamata sbg usaha pencegahan wabak H1N1...  Di Sek. Keb. Stella Marris... Di Sek. Keb. Panggau.. sabo tau depa tunggu bawah pokok tu Langit tak selalunya cerah.. kadang-kadang bas lak rosak, bateri weak jadi kena tolak la...

Dah seminggu..

Okeh mungkin belum sampai seminggu, tapi besok memang hampir seminggu Athirah masuk sekola, Alhamdulillah dia pun tak manyak akal kali, walaupun mak ngan abah dia tak senang duduk, yang jadi motivasi di na pi sekola tu bukannya apa sangat, hanya kerana ada buaian dan papan gelongsor ni la... ..nih muka sayu je nak kena tinggai... tapi bila mai papan lonsor nih, semagat lah pulak

Kembara WRT 5046

Semalam aktiviti kembara berjalan macam biasa, dan dalam jadual ada tiga destinasi yang perlu di singgah, tapi hanya dua sahaja yang dapat pergi kerana yang satu tu masih tak dapat 'green light' dari pihak sekolah, depa kata pasal bas ni bising dan kurang keperluan maka pasai tu tak dapat 'green light'.. yer lah kan dah orang tak sudi dengan perkhidmatan kita macam-macam lah alasan dia kan..? hentian Kg Pauh, Sanglang Walapun begitu, hari ni juga di teruskan dengan kekecewaan, destinasi pertama juga penuh dengan kekecewaan, pertamanya penjaga perpustakaan tiada kerana ada urusan di Perpustakaan Pusat, dan destinasi ketiga pada waktu petangnya juga di landa kekecewaan, cuma ada dua user yang naik, semata-mata nak amik borang keahlian, ok lah jugak kan.. tak ada lah kosong sangat... Hentian RPA Behor Lateh..

Perkembangan Adik Anieq...

Ini lah wajah terbaru adik Anieq, selepas sekian lama demam, ni baru lah nak mula berisi sikit, dah tu muka pon dah makin ceria, sudah pandai gelak-gelak bila kena acah, ok maleh nak ceta.. cuba tgk saja video nih..

Dah besar rupanya dia...

Hmm.. dah makin besor rupanya budak athirah ni, aku ingatkan dia lawak-lawak saja nak pergi sekolah, setiap kali outing pergi jalan-jalan, jumpa je sekolah dia cakap nak gi sekolah lah, ni sekolah dia lah, ada Mickey mouse, ada Minnie Mouse bagai, dah tu siap cakap kat sekolah tu ada cikgu fatimah la.. hmm Cikgu fatimah tu nama feveret dia kot, sampai kan semua sekolah ada Cikgu Fatimah.. he hee  Akhirnya nak tengok betul ke tak dia nak pi sekolah, try la bawak dia pi satu Nurseri pada hari Sabtu semalam, sekali tengok dari luar aje dia dah suka, dah tu tak sabar-sabar nak masuk, entah pasal tak sabar nak belajar, pasal tak sabar nak jumpa kawan-kawan atau pun nak naik buaian dan papan gelonsor yang tersedia di situ... jadinya dah dia suka sangat, mula dari esok dia akan pergi sekolah, jadinya kita tengok aje macam mana jadinya nanti.. he heee

Kami dah balik...

Alhamdulillah, kami semua dah pon berada di rumah.. sememangnya semalam kami buat test dan hasilnya memang positif, tetapi bukan lah H1N1 yang sedang di takutkan sekarang ni.. cuma satu virus influenza demam biasa sahaja.. lega rasanya.. bila boleh balik.. suhu badan adik Anieq pun dah makin menurun.. Athirah pon dah sihat.. mama dia juga makin sihat... cuma abahnya dok rasa seram sejuk pulak... Walaupon boleh balik, tapi kami kena juga bercuti seminggu dok di rumah.. sebagai langkah berjaga-jaga, sehingga di sahkan semua ok baru lah boleh bergaul balik macam biasa, tapi sekurang-kurang memang tak ada rasa simptom apa-apa pon, cuma batuk-batuk biasa.. ok cuma nak laporkan yang tu dulu, nanti ada peluang aku akan sambung kisah sekeluarga admitted tuh... 

Suspected Influenza!

Hari ni Adik Anieq di ambil sample kahak lagi bagi tujuan screening Influenza dan juga virus lain, juga kena buat X-Ray sekali lagi, menjelang tengahari, keputusan ujian pon datang, pertama POSITIF INFLUENZA! Cuma tidak dapat di pastikan A atau B jadi .. sehingga further notice,  kami kena berada dalam bilik saja la, doktor dah rujuk pada HTF tapi depa mintak kami terus berada di KMC untuk monitor sehingga sahih ianya jangkita Influenza A H1N1 Kedua keputusan X-Ray menunjuk kan masih ada kahak kat dalam dada adik Anieq jadi akan di teruskan buat fisioterapi, tapi akan dibuat kat bilik sahaja.  dan sebentar tadi Athirah juga demam dan mungkin kena buat screening jugak, semalam mama depa demam tapi harini dah ok...

Sekeluarga admitted... part 4

Petang semalam, aku dengan mem cuba juga untuk mintak discharge kat doktor, maklum la hospital swasta ni kan, lagi lama duduk memang kos dia akan makin naik, tapi nasib baik lah mem aku ada amik insuran untuk anak-anak, jadi dapat lah claim dari insuran, kami cuma top up mana-mana yang insuran tak cover saja, macam bilik yang lebih dari rate yang di benarkan, extra meal dan beberapa macam lagi la, bila dah pernah masuk dah sekali, jadi tau lah sikit nak budget mana boleh dan mana yang tidak... Berbalik dengan kesah adik Anieq, masa ni suhu badan dia masih tak menentu, kejap naik, di beri ubat turun balik, dah macam-mcam jenis ubat dan antibiotik di beri, ada yang diberi makan, yang disuntik melalui drip, masuk melalui air ikut drip juga, malahan ada yang dititik melalui mulut.. kadang kadang tu kesian tengok adik Anieq, tapi nak buat macam mana kan, demi nak bagi lega taha hati saja la.. Dah tu pulak hari-hari kena buat fisioterapi sedut kahak.. menangis-nangis adik Anieq.. Menjela...

Sekeluarga admitted... part 3

Sebenarnya tujuan drip untuk adik Anieq bukanlah untuk masukkan air tapi semata-mata untuk tambahan antibiotiknya, keadaan Adik anieq tidaklah kritikal, cuma demam panas nya memang agak kuat, sampai satu masa hampir mencecah 40 darjah selsius, ini menyebabkan setiap empat atau lima jam dia kena makan ubat, dah tu pulak nurse akan datang monitor suhu setiap satu atau dua jam sekali.. Pada masa yang sama Athirah pon demam juga, dan lepas tu mama depa pon demam, dah jadi macam ni, aku pon jadi macam tak boleh nak lena, kejap rasa badan adik, lepas tu kakak lepas tu mem pulak, mem aku pulak dengan sakit kepala, urat la.. memang takleh nak jaga adik Anieq la.. aku rasa sampai dekat pukul tiga pagi dia lena, baru lah boleh bangun tidor dengan adik Anieq... Athirah tidor atas kerusi panjang dan aku tidor atas lantai beralaskan toto (lemek?).. Nak di jadikan cerita,mlaam tu dek buasnya tido Athirah, mungkin dia dok bergolek-golek atas kerusi tu, entah pukul berapa pagi tah, dia jatuh dari keru...

Sekeluarga admitted... part 2

Sebenarnya terlupa nak bagitau yang semalam, selepas buat terapi dan amik kahak, depa buta saringan untuk Influenza H1N1, teramat saspennya kami, kalau la positif , jenuh la kami sekeluarga kena kuarantin kan? Malam nya selepas doktor datang melawat, kami tanya-tanya la tengok, doktor kata negatif.. lega la kami.. Ok kita sambung citer seterusnya, dalam dua tiga kali dok check tempreture kat sini pada waktu malam tu, suhu dia kejap tinggi lepas bagi ubat turun balik, selepas sejam dua naik balik, malah dalam satu ketika boleh mencecah sampai 39.9.. hu hu takutnya aku, boleh dapat sawan oo.. tido pon tak berapa nak lelap, paginya pn masih macam tu, aku malas nak tinggalkan adik Anieq dan mem, tapi Athirah pon nak kena bagi rawatann juga, jadi dalam pukul 11.00 pagi, aku gagahkan diri balik juga, baru nak masuk sempadan Kedah/Perlis mem aku telepon pulak, dia bagitau yang Adik Anieq akan di pasang drip untuk masukkan antibiotik, pasal ubat yang di bagi tu lambat dapat respon, dah lak mem...

Sekeluarga admitted... part 1

Pagi tadi, aku dan mem bawak adik Anieq ke KMC nak buat pemeriksaan lagi, selepas seminggu lalu admitted kat KMC, semalam dia demam lagi, agak panas juga la aku rasa, jadi mau tak mau aku terpaksa lah juga aku amik cuti yang dah tinggal seciput tu, yer lah anak lah katanya kan..  Dalam pukul 8.00 pagi lebih, kami bertolak ke Alor Setar, tu pun selepas sesi pujuk-pujuk nak tinggal Athirah kat umah pengasuh dia, lepas tu terus berangkat, sampai kat sini dah pon 9.15pg lebih, cadangnya nak pegi peksa, amik ubat dan balik la, almaklum la hari Jumaat masa terlalu pendek rasanya.. Dalam 9.40 macam tu, baru dapat jumpa doktor, hmm ramai juga mungkin pasal Kedah bercuti hari ni, jadi senang buat janji temu dengan doktor di huj8ng minggu.. masuk dalam, terus doktor suruh timbang berat adik Anieq, masih juga 8.1kg.. ok lah tu, kemudian check tempreture, wah suhu badan dia dah naik sampai 38.7 huu terus doktor kata, baik admitted saja la, senang dia nak monitor.. jadi dengan sehelai sepinggan...