Merdeka.. merdeka..
Nukilan
Sikelu
, Sunday, August 31, 2008 at Sunday, August 31, 2008, in
Raptai Kawad....
Nukilan
Sikelu
, Saturday, August 30, 2008 at Saturday, August 30, 2008, in
12345... terimakasih
Nukilan
Sikelu
, Thursday, August 28, 2008 at Thursday, August 28, 2008, in
subjek:
Aku
Kawad lagi...
Nukilan
Sikelu
, Wednesday, August 27, 2008 at Wednesday, August 27, 2008, in
Makan-makan yang tak syok....
Nukilan
Sikelu
, Monday, August 25, 2008 at Monday, August 25, 2008, in
subjek:
Athirah,
Jalan-jalan,
Me n Mem
Mula-mula tu nak lepak kat gerai bola tuh, dah tak dak ABC.. pergi gerai seblah dia.. tengok-tengok ada mesin ais.. ha kira jadi la.. lepas tu kami duduk saja, datang lah pelayang kedai, emm tengok muda lagi.. segakpulak tu.. hah ok lah tu kan..? lepas tu order makan, aku mintak mee goreng tu, mana kala mema aku order nasi pataya.. bila tanya ABC.. dia cakap tak dok.. ais nya lom sampai.. adehhhh takkan la nakbangunpulok kan, dah la parking dah bayar.. tunggu saja lah, nak buat macam mana tak dak rejeki nak makan ABC kan? Esok-esoklah pulak gi cari... emm aku pon order la air oren sunkist tuh, mem aku lak order jus epal.. lepas 15 minit, sampai lah makannya.. aik air lom buat la pulok.. kena tunggu lagi 10 minit.. sambil-sambil tuh kami makan la cubit-cubit .. sementara air nak sampai.. mee tu rasanya ok jugak, nasi pataya tu mema aku kata kurengg la... lepas tu baru la air sampai.. athiranh tengok ada ais dia pob nak tumpang sama la.. amik jer gelas tu, aku cicip lah sikit, emm tak manis pon.. ok lah tu kan.. tak la aku makan manis sangat.. aku pon sedut la dengan straw.. sekali naik dengan gulanya sekali, kacau-kacau tengok hmm punya la banyak gula kat bawah tu.. isk bengan la aku... ingat nak tinggal macam tu ajer la... tapi mee tu aku habiskan juga la...
Lepas tu mem aku lak suruh rasa air jus epal dia tuh, laaa lagi la haru, dah la gula sekerat gelas, rasa epal pon tak dak... sungguh kami bengang dan tak pueh hati... aleh-aleh abis kan makan.. kami pon nak balik la, dek pasal tak pueh hati, kami gi komplen jugak la kat cashier tu pasal air epal yang tak terasa epal tuh, sekalai dia sound kat orang dapur dia "eii.. kapa buat air apa nih haaa.. air anggur ka.. sampai tak rasa epal".. ceh macam nak perli kami la pulok... hampeh tol.. sepanjang perjalan balik tuh tak abis mem aku dok pot pet- pot pet.. aku diam saja lah.. bengang kat dalam ati sajok ler... kepada sesapa yang ada hati nak makan kot tuh, tengok2 sama lah.. , dan besok nya memang ponada kawan-kawan aku yang terkena macam tu... kang kapa terkena macam aku nih, pandang-pandang sama la tempat yang nak pi tu...
Seharian bersama Athirah..
Nukilan
Sikelu
,
at Monday, August 25, 2008, in
subjek:
Athirah
Aku biar sajalh selagi dia tak pegi dapur.. (takut dia naik dan main tangga..), tak keluar dari umah.. pasal panas sangat sekarang ni, mmg tak sesuai nak main kat luar... emm berpusing-pusing saja la dala umah ni.. entah dalammasa bila tah dia amik kain tudung mama dia, dan dok main-main ala iklan Yusof Taiyoob tuh, yang dok pakai macam purdah tu.. dah tengok macam tu hilang ngantuk aku, terus capai handphone lepas tu aku selendangkan tudung tuh.. pastu aku snap gambar... lepas 2 - 3 keping tangkap.. dia pon nak tengok la.. tengok jer gambar mengekek dia gela.. dia kata " owang openg " (orang topeng).. he hee
Hari jalan-jalan makan kenduri...
Nukilan
Sikelu
, Sunday, August 24, 2008 at Sunday, August 24, 2008, in
subjek:
Athirah,
Jalan-jalan,
Me n Mem
Kesian Aleya..
Taman lagi...
Nukilan
Sikelu
, Thursday, August 21, 2008 at Thursday, August 21, 2008, in
subjek:
Athirah
Kursus pengurusan kaunter!
Nukilan
Sikelu
, Tuesday, August 19, 2008 at Tuesday, August 19, 2008, in
subjek:
kursus,
perpustakaan
Kiri.. Kanan.. kiri... kanan....
Nukilan
Sikelu
, Monday, August 18, 2008 at Monday, August 18, 2008, in
subjek:
Aku,
kursus,
perpustakaan
Jom jalan-jalan....
Seminar Parenting@work...
Nukilan
Sikelu
, Thursday, August 14, 2008 at Thursday, August 14, 2008, in
subjek:
perpustakaan
Mengalih arah....
Nukilan
Sikelu
, Wednesday, August 13, 2008 at Wednesday, August 13, 2008, in
subjek:
hobi
Foto baru, kostum lama
Nukilan
Sikelu
, Tuesday, August 12, 2008 at Tuesday, August 12, 2008, in
subjek:
perpustakaan
Untuk renungan : Hadis Palsu Rejab - Syaaban
Nukilan
Sikelu
,
at Tuesday, August 12, 2008, in
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
selanjutnya sila baca : Dr Maza
Musim berganti lagi...
Nukilan
Sikelu
,
at Tuesday, August 12, 2008, in
subjek:
nostalgia
Pengurangan Aktiviti Blog dan Messenger...
Nukilan
Sikelu
, Monday, August 11, 2008 at Monday, August 11, 2008, in
Makan-makan....
Nukilan
Sikelu
, Sunday, August 10, 2008 at Sunday, August 10, 2008, in
subjek:
Me n Mem
Jimat Minyak...
Nukilan
Sikelu
, Friday, August 8, 2008 at Friday, August 08, 2008, in
Dua hari dua malam...
Nukilan
Sikelu
, Thursday, August 7, 2008 at Thursday, August 07, 2008, in
subjek:
Aku
Warna warni merdeka...
Nukilan
Sikelu
, Wednesday, August 6, 2008 at Wednesday, August 06, 2008, in
subjek:
perpustakaan
Sempena Bulan Merdeka ni, tempat keja aku ni ada buat sedikit pameran (mini pameran) tentang Tokoh-tokoh menuntut kemerdekaan dan ahli-ahli politik zaman kemerdekaan, di samping tu ada juga pameran barang-barang yang selalu di gunakan masa zaman pasca dan awal kemerdekaan.. tapi tak banyak barang pon.. saja suku-suka saja mengembali nostalgia zaman dulu.. Pameran ini di kendalikan oleh Unit Seranta. Antara Barang yang di pamerkan ialah mesin taip lama, basikal tua, lampu gasolin dan juga seterika la..
Kisah abah & anak
Nukilan
Sikelu
, Tuesday, August 5, 2008 at Tuesday, August 05, 2008, in
subjek:
Athirah

Mula-mula tu lepas dia bangun tido (pukul 6.45 tu dia bangun), dia nak tengok kartun kat Channel 611, lepas tu dah cerah sikit dia nak meronda kat luar, nak tengok pokok bunga, nak kutip buah mempelam yang luruh, nak sapu sampah dan juga bakar sampah bersama angah dia.. (tapi macam biasa la, jadi mem besar sajala.. mulut becok sana sini, komplen sana sini, tanya sana sini.. dah puas kacau angah dia...
Nampak pulak abah dok basuh keta, emm seronok tu boleh main air, mula-mula dia sapu keta tu dengan tangan dia, lepas dia himpit abah dia yangsedang cuci keta, lepas tu dia mintak kain cuci.. hah lepas tu dengan paip air tu dia amik... jadi apa lagi abah pon amik gambar saja la... lepas tu baru angkat mandi dan abah pon sambung kejanya.. hu huu.. rajin juga anak dara aku ni yer..?
menurut carta...
Jawapan 1- Bodek abahnya nak pergi taman mendapat 66%
he hee..
Nira Nipah.. aduh sedap nya...
Nukilan
Sikelu
, Monday, August 4, 2008 at Monday, August 04, 2008, in
subjek:
nostalgia
Cuba pakat-pakat tengok.. yang mula-mula tu memang dah buah nipah... sedap juga buah nipah ni.. tetapi nak menghasilkan nira.. buah nipah ni kena buang la.. pasal nira akan keluar dari batang tandan nipah ni.. lepas tu batang dia akan di sadap, baru keluar nira.. lepas tu akan di tahan (takung) dengan menggunakan tukei.. ok dulu tukei ni di buat dengan menggunakan buluh, buluh yang sesuai ialah buluh minyak yang biasa di dapati di kampung-kampung la.. tapi sekarang ni dah moden dah ada yang menggunakan botol-botol plastik minuman dan juga ada yang terus menggunakan plastik minuman tu. Untuk makluman juga kalau pakai tukei buluh tu, dia kena diasap selalu dengan di bakar dengan daun lalang untuk mengelakkan dari tukei tu berbau masam, tapi nanti tukei tu akan berbau asap daun lalang la.. mungkin pasal tu ramai yang tak suka bau asap ni... bagi aku, aku suka sangat bau asap nih, nostalgia betui... yang menggunakan plastik ni dah boleh siap di jual ... satu plastik ni rasanya dalam RM 4.00 kot.. atau sekarang dah naik harga..
Selain dari di buat nira, pucuk daun nipah juga di gunakan sebagai rokok, lebih dikenali rokok daun nipah, dimana tembakau yang di mampatkan di gunakan sebagai 'candu'nya.. biasanya pucuk yang baru 'sua' di tebang, kemudian akan dikatan-katankan untuk di amik pucuknya.. kemudian akan buku untuk di ambik bahagian dalamnya.. lidinya akan dia buang, selepas dah buang kemudiannya di jemur sehingga kering.. lepas tu baru di potong mengikut size nya.. kemudian baru di pasarkan.. hmm sekarang ni permintaan rokok daun memang dah popular, pasal dia murah... tapi kalau tak tau nak membalutnya susah la...
Satu lagi kegunaan nipah ialah daunnya, daun nipah ni boleh di buat atap, dulu-dulu sebelum ada atau zink, atap asbestos dan genting, daun nipah dan bertam adalah keperluan untuk di buat atap.. sekarang ni pon pasaran ataup daun nipah ni masih menggalakan, kebanyakkan di gunakan untuk binaan hiasan lanskap, pondok-pondok di taman.
Last sekali, ni buah nipah... sedap juga di makan.. kalau dulu, hilang nya aku dari umah, tak balik makan nasi, tak pi main di masjid ka, lepas ngaji Al Quran lepas tu parang ilang ka, hmm mesti dok makan benda ni, sodap ooo..
Apo kono mu nih yob..?
Nukilan
Sikelu
, Sunday, August 3, 2008 at Sunday, August 03, 2008, in
subjek:
negeri ku
Bacalah anakku...
Nukilan
Sikelu
,
at Sunday, August 03, 2008, in
Menurut penceramah tu, Encik Othman bin Ahmad, dari Read Network.. program ni menggunakan kaedah Fonetik.. iaitu tidak perlu menghafal a, b, c,.. tapi sebaliknya menggunakan kaedah bunyi huruf. Pada keseluruhannya kursus ini memang dapat memberi idea macam mana nak buat, tapi untuk melaksanankan dalam umur Athirah sekarang ni, tak banyak boleh di buat hanya boleh perkenalbunyi-bunyinya sahaja, lepas tu baru boleh gunakan kad.. jadi buat masa ni rilek la dulu kan..? pelan-pelan asalkan berjaya, jangan gelojoh la pulak...
M enghormati tugu negara...
Nukilan
Sikelu
, Friday, August 1, 2008 at Friday, August 01, 2008, in
Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”
di petik dari : http://drmaza.com/
Kenangan itu...
Nukilan
Sikelu
,
at Friday, August 01, 2008, in
subjek:
nostalgia
(yer.. yer aku di lahirkan tahun '71)
MESTI KORANG INGAT NI
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban.
(dah tentu aku tengok... dan aku suka, bahkan aku dah tengok dari cahnnel 7 Tv Siam.. lama sebelum masuk ke Tv Malaysia lagi.. hanya RTM waktu tu..)
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah. Hmm.... mesti pegang cawan
warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah.
(He hee sekolah aku jauh dari parit.. tapi dekat dengan kolam ikan buatan.. jadi kat situ la kami sumer mencangkung.. hu huu lelaki dan pompuan)
Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene la tampal.
(maunya aku tak ingat, sampai termimpi-mumpi aku takut.. dah tu surat kebenaran dari misi tu aku hilangkan.. pasal takut.. sampai dapat surat kedua baru bagi arwah mak sain..)
Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...
(kami dapat free saja... pasal suka bodek cikgu.. dan cikgu pon suka bodek kami suruh buat macam-macam)
Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
(yaaa selain dari kena berdiri kat atas kerusi.. pastu upgrade ke atas meja.. atau kena berdiri luar kelas {sonok juga boleh skodeng budak kelas sebelah} atau kena pusing pusat..{uih hasab ooo kena pusing pusat ni})
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
( yer la.. laksa pon 50 sen.. kalau mewah sikit beli nasi goreng kot tingkap kantin... nih kira jual asing la.. tapi baru singgit saja.. air baru seposen segelas..)
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....
(yer la kasut hong keong tu la.. high cut ngan low cut beli siap-siap pasal dok main sepak raga, jadi tak la sakit sangat pasal masa tu sure bola rotan punya... kadang-kadang tu sampai bengkak dahi..)
Internet? email? Menda alah ape tu?
(haa la.. tapi aku mula kenai komputer pon masa sekolah menengah, tingkatan 4 kot, tergedik-gedik aku tengok cikgu angkut masuk bilik store yang baru di upgrade jadi bilik komputer.. walaupun tak layak pasal aku ilmu hisab nih kantoi.. tapi lepas lembut2 leher ngan cikgu baru la leh masuk..)
CD? Ape tu? Kaset tape penah laa dgr......Tiket wayang pun 5 ringgit je.
(he hee tengok wayang pon setahun sekali, tu pon tiket free masa hari Kebangsaan di panggung wayang Kuala Perlis- ceta masa tu james bond la.. )
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family la dlm class.
(he hee aku penah kena marah pasal main tikam nih, pasal aku punya seronok main sampai habis duit.. duit tambang balik pon abis.. terpaksa la bang aku mai hantar duit lain untuk tambang balik)
Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tuh...
(apek tu siap tungu depan pintu pagaq sekolah lagi.. dah tu ada main tikam juga dapat hadiah ais krim .. kadang kadang tu menang boleh dapat sampai dua tiga.. ais krim tu siap boh jagung lagi dan di himpit ngan roti.. sedap oooo..)
Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.
(meski pun aku kategori anak yatim [pasal ayah aku meninggal masa aku umo 4 tahun].. tapi tak dapat RMT.. tapi kelas aku dekat ngan kantin.. mana-mana ada lebih.. kami lah tukang perabisnya...)
Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...
(haa laa..)
Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar-kejar duduk...
(mai toi, perang-perang guna senapang kayu dengan peluru batang bemban, main bola kat masjid, main hoki dengan batang maru berbolakan buah pom pom, tangkap ikan karin [ikan laga], aci ligan[hambat;kejar] atas pokok{hak ni ekstrim sikit.. jadi macam monyet pon ada.. bergayut dari pokok ke pokok})
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
(ada juga ais krim malaysia yang di masukkan dalam plastik kecik tu, ada perasa oren, jagung, asam, kadang-kadang tu bubur kacang pon ada... best oooo.. {nanti kena buat jugak la kalau dah Athirah nak makan ais pop tu saja..})
Bipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. Hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.
(sungguh seronok... kadang2 tu nak ngorat pon pakai main baling-baling kapur juga...)
Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
(masa tu gila mikel jakson la.. )
Bagi diorg.....
Ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau takde remote control.
Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...
Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiaphari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7.. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh
tapi apa yang pentinglah kan.... bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata....yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???
Yer lah masa berputar sedikit demi sedikit meninggalkan kita, kenangan masa lalu tu tetap ada dalam lipatan sejarah, kadang dok tertanya-tanya di manakah kawan-kawan, di manakah cinta hati zaman cinta monyet dulu..?
buat cinta hati ! ingat dak lagu ni?
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambut mu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
Sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu ku genggam
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
:- kopratasa.
Entry ini aku petik dari cerita-nini

































