Skip to main content

Rempit... di subuh hari..

Hmm.. dah 3 hari aku merempit, merempit bukannya mengguna motosikal tapi menggunakan kereta, buka pasal apa sangat sebenanya, tapi keadaan mem aku yang dah tak mengizinkan untuk dia memandu sendiri dan sendirian. Mem aku sekarang ni dah masuk 8 bulan usia kandungan, ada lebih kurang sebulan lagi nak besalin kalau ikut tarikh yang di berikan doktor.. atau lebih kurang 40 hari, sama dengan 34 minggu atau 1 bulan 10  hari...  hmm macam mana nak drive kan.. perut pon dah sangkut stereng.. dah tu kalau dia drive jadi tension lak macam tu.. berpeluh-peluh badan dia dalam kedinginnan ekon kereta.

Jadi mau tak mau terpaksa lah aku jadi driver rasminya, mana kala kawan-kawannya jadi driver pebantunya... he hee .. perjalanan pergi dan balik ke Pekan Jitra ni mengambil jarak lebih kurang 128 km pergi dan balik.. masa yang di amik ialah lebih kurang 40 - 50 minit saja satu perjalanan.. tak laju kan.. ? Lebih kurang 100 - 110 km/j saja... walaupun kekadang tu terlajak juga sampai 120km/j kalau awal-awal pagi tu..

Hari Pertama Ahad 12/10

Bertolak lebih kurang jam 6.45 pagi, dalam keadaan yang agak cerah tetapi suasana yang berkabus, walaupun tak terlalu tebal tapi lampu kereta kena bukak juga.. bila sampai kawasan sekita Ulu Pauh kabus menjadi semakin tebal.. jarak pengelihat menjadi semakin kurang.. terpaksa lah lebih berhati-hati.. sampai di Polimas Jitra, dalam pukul 7.35 - 740 macam tu.. kira rekod baru mem aku sampai awal ke Polimas la.. Lepas tu sempat gi sarapan dulu dan bergerak pulang dalam pukul 8.20.. sainggah sat kat Nat Pekan Pauh yang lebih popular dengan panggilan Nat Pokok Getah.. pasal nat ni di buat dalam kawasan Kebun getah. Belih ikan, sayur dan keperluan lain segalanya tuh, pastu bertolak balik dalam kol 9.00 lebih-lebih.. sampai umah tengok Athorah dah bangun dok main Lego dengan Angah dia.. Petangnya aku bertolak dari umah lebih kurang kol 3.30 petang, awal juga aku keluar pasal bawak Athirah sekali, jadi tak leh la nak bawak laju-laju.. Sampai kat jalan Jitra tu, berdepan dengan Kilang Gano Excell tuh, tengok keta berderat-deret panjangnya... hu huuu mesti ada ssuatu yang terjadi.. bila sampai dekat  baru tau jem kat situ pasal ada banjir .. berderet-deret kereta yang sangkut tak leh nk patah balik.. terpaksa pihak PLUS buka laluan kontra.. tu pon dah 2km jem .. sampai kat mem ku dah kol 4.40 ptg elok-elok mem aku nak balik.. masa balik tepaksa la balik ikut jalan lain


Hari Ke Dua Isnin 13/10

Hari ni, aku merempit juga, tapi tak la jauh sangat setakat Changloon saja pasal mem aku nak tumpang kawan dia kat sana.. lega siki aku, tak la nak terkejar sana sini, kami bertolak awal hari ni, dalam pukul 6.20 - 625 lagi untuk hantar Athirah ke rumah pengasuh dia, lepas tu terus ke Kangar nak hantar kakak aku yang nak gi keja, lepas tu baru merempit ke Changloon, sampai Changloon dalam pukul 7.20 pagi.. sempat singgah isi minyak dulu .. lepas tu bauk aku patah balik ke Kangar dalam pukul 7.30, samapi kat opis aku dalam kol 7.50 pagi.. hu huuu.. Dalam kol 5.00ptg lepas aku habis keja baru lah merempit semula ke Changloon untuk nak amik mem aku.. sampai Changloon dalam kol 5.30 dan sepatut nya sampai umah dalam kol 6.15 - 6.30 ptg. untuk amik Athirah, lepas tu sempat kami merayau-ayau kat Kuala Perlis. Sampai umah dah dekat kol 7.30 mlm.. terus tidokan Athirah yang bangun awal hari ni dalam kol 6.00 pagi, kol 8.00 malam dah letih pun dia, pasal kat umah ngasuh dia lena sekejap sahaja dalam 1 jam gitu .. mama dan abah dia pon terlena juga lepas siangnya letih merempit.. !!

Hari ketiga.. nanti la aku sambung laaahhh.....

Pemandangan pagi yang berkabus berhampiran dengan sempadan Kedah/Perlis menghala ke Changloon


Berhampiran jejantas berdekatan dengan Felda Laka 


Sinar Pagi.......!

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....