Skip to main content

Gelagat Athirah lagi...




(tengok apa bezanya perangai Athirah pada bulan Mei hari tuh ngan hari ni... ada beza tak?)





hu hu tak banyak kan perubahan dia? masih lagi aktif macam tu, sekarang nih berat badan dia 12.4 kg masa pi check kat klinik tadi.. cakap memang la jenuh la nak melayan dia, macam-macam yang di tanyanya.. ada saja yang nakdia ambil tahu.. dah tu pulak sekarang ni Athirah suka menyanyi, alah lagu-lagu budak-budak tu, macam ram, ram  pisang,  dan juga dua tiga lagu lagi.. abah dia pun dah lupa dah.. he hee, selain tu jugak dia juga pandai meniru gaya orang bercerita.. mula-mula dulu maksu (anak kepada penjaga Athirah la.. ) selalu di bercerita pasla serigala dan arnab dan kura-kura pada dia, hmm antara dialog yang selalu dia cakap " ada seekor serigala dan seekor arnab dan kura-kura.. Pada suatu hari serigala pergi berjalan-jalan mencari arnab, tiba-tiba.... " ;, ini lah ayat suspen yang paling best dia buat.. dengan gayanya sekali sambil mengangkat jari telunjuk.. he hee nanti kalau sempat aku amik video dia bercerita.. mesti tersenyum punya la...


Okeh berbalik denga cerita pergi klinik tadi, dia sudah bikin ghapla jingga kat klinik tadi, ada ka patut dia tak mou makan ubat cacing? biasanya dia boleh makan ubat yang pahit, maupun manis masin dan kelat tanpa sebarang masalah bila dok kat umah atau umah emak dia.. tapi bila dok depan nurse tadi.. dia sudah bikin haru nak makan ubta, kononnya nak tengok pokok bunga la, nak tengok monkey la.. ada ada saja dia punya dalih takmou makan ubat, huhu jenuh la di pujuk oleh mama dan abah, kalau nurse yang pujuk memang dia lagi tak layan la.. bila try pakai syerinks, dia takmou bukak mulut juga.. hu huu last last nurse tu kata hmmbawak balik jer lah ubat dan syerinks tu, bagi bila mau.. tapi kan.. bila dah masuk keta, nurse tak dak, mau pulak dia makan ubat tu, siap mintak tambah lagi.. isk apo kes la kou nih Ayong... !! heeee...

Comments

:: Wiween :: said…
tomeinye gelagat dak athirah nih. culik buleh incik? hehehe

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..