Skip to main content

Rempit V : Jamuan hari Raya....

Semalamkan, hari Sabtu, banyak betui ada rumah terbuka hari raya, ada empat perpustakaan desa yang buat, lepas tu satu di Kilang Gula tempat Angah keja, lepas tu kat Polimas, tempat mama keja, ingat boleh la pi sebahagian dari rumah terbukak tu, tapi kemudiannya lain lak yang jadi.. cadangnya nak pegi yang Kilang Gula dulu, hantar Angah, lepas tu Polimas dan baliknya baru pusing-pusing mana yang sempat.. tapi paginya Angah pulak dah maleh nak pegi, jadi terus saja kami ke Jitra untuk jamuan hari raya Jabatan tempat mem aku keja, harusnya tentu lah majlis dah mula la kan, pasai kami sampai pon dah dekat pukul 10.00 pagi, tapi rupanya baru jer nak mula... kira ok la... 
Katua jabatan depa sempat juga membuat ucapan alu-aluan dan memotong riben bagi merasmikan majlis..
Okeh macam biasa lah Athirah ni kan, mana leh dok diam... sampai saja nak pergi ke tempat jamuan tuh, dia dah cari line, ap adia nak buat, kat mana dia nak pegi... dia sorang saja kanak-kanak dari ramai kanak-kanak yang ikut ibu bapa dia ke majlis tu, naik atas rumput jauh dari orang.. hu huu... 
Mula-mula, dia masih malu-malu.. dok ikut bontot mama dia saja, lepas tu jumpa saja sorang budak yang lebihkurang sebaya dia, mula la buat geng, depa dok kenduri jeli "Sumi' tuh, sampai 3 emapt kali dia berulang dok amik sumi tu, lepas dah kenyang makan sumi, dia mula la buat aktiviti kawad dalam kawasan tuh, isk jenuh juga la abah dia berkejaran (ala-ala mai aci kejar tu..)

Dalam pukul 11.30 macam tu baru la kami bertolak balik, on the way tu, singgah juga satu dua pasaraya untuk beli barang keperluan Athirah seperti pampers, susu, sabun basuhbaju dan juga sedikit barang dapur, al maklumlah dah ula kena buat stok la, terutama kalau ada sale untuk barang-barang nih, kang dah mem aku bersalin nanti, tak payah ribut-ribut nak cari barang ni, barang tu... sampai umah mertuaku dalam pukul 2.20 petang dah.. 
Dalam perjalanan balik tu juga, kami lalu ikut jalan tepi Sungai Korok, kawasan yang di naiki air pada huja lebat hari tu, tengok kesan-kesan banjir tu masih ada la, ruamh-rumah yang masih di tenggelami air punmasih ada walaupun dah tak dalam airnya... gerun juga aku tengok... bahkan sekolah yang menempatkan mangsa-mangsa banjir masih lagi di buka.. gambar yang aku amik nih kat hnetian lintasan keretaapi teluk Malik, masa lain takleh nak amik la, mem aku masih sibuk dok layan Athirah yang masih nak duduk atas riba mem aku, aku lak tengah dok driv ela... 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....